Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak solat, bahkan ramai juga yang tak tahu nak solat. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak solat tanpa sebab. Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin solat itu fardu.Masya-Allah... taknak masuk golongan nih.. paling menyedihkan...
GOLONGAN 2
Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar solat maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang solat tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.
GOLONGAN 3
Orang yang mengerjakan solat, bahkan tahu ilmu mengenai solat, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap solat, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia solat, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak solat. Orang ini jatuh fasik.
GOLONGAN 4
Orang yang solat, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada solat yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam solat, orang ini lalai dalam solat. Neraka wail bagi orang ini.
GOLONGAN 5
Golongan yang mengerjakan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam solat itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai solat awamul muslimin.
GOLONGAN 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam solatnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam solatnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam solatnya. Begitulah sehingga selesai Solatnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai solat itu. Ertinya solatnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini.
GOLONGAN 7
Golongan yang mengerjakan solat yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar solat itu tidak mempengaruhi solatnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam solatnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.
GOLONGAN 8
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam solatnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan solatnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam solatnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )
GOLONGAN 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dariseluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah solat itu dijiwai didalam solat malahan ia dapat mempengaruhi di luar solat. Kalau ia bermasalah langsung ia solat, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan solat. Solat telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti solat Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan solat dulu, maka didalam solat itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan solat. Makin banyak solat makin lazat, solatlah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam solatlah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan