10 WASIAT RASULULLAH SAW KEPADA FATIMAH AZ ZAHRA'


1- Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji tepung, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2- Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung (memasak makanan) untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

3- Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang telanjang.

4- Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak.

5- Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu, ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6- Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan Allah menetapklan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika meninggal ketika melahirkan maka dia tidak membawa dosa sedikitpun.

7- Ya Fatimah, tidaklah wanita yang tersenyum di hadapam suaminya melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

8- Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminaa dengan rasa senang hari melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.

9- Ya Fatimah, tidaklah wanita yang melayan suaminya selama sehari semalam dengan senang hati serta ikhlas melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupaya pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan pahala kepadanya pahala seratus kali beribadah haii dan umrah.

10- Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suaminya dan menyikatkanya, meminyakkan janggut dan memotong misainya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari siksa neraka serta dapat melintasi siratul mustakim dengan mudah.

7 KELEBIHAN BERSAHUR DI BULAN RAMADHAN



1. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat.

2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat.

3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur.

4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas.

5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar.

6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur.

7. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.

3 TINGKAT ORANG YANG BERPUASA


1. Puasa orang awam 
Puasanya manusia pada umumnya, yaitu menahan masuknya makanan dan minuman ke dalam perut serta menjaga syahwat, tidak berhubungan suami-isteri di saat puasa.
(Ertinya dia cuma menahan diri dari perkara2 yang batalkan puasa pada zahirnya. Sedangkan anggota badan yang zahir dan anggota batin nya tidak di jaga)

2. Puasa orang Khawas (khusus di sisi Tuhan)
Menahan diri dari semua perkara yang batalkan puasa. Dan juga menahan diri dari maksiat2 anggota zahir da batin.
(Ertinya memelihara mata, telinga, hidung, kaki tangan, mulut dll dari melakukan ma'siat. Dan juga memelihara batin (hati) dari maksiat2 batin seperti mengumpat dalam hati, jahat sangka dll)

3. Puasa Khawasul Khawas
Memelihara hati tetap zikrullah, memusatkan ingatan hanya pada Allah. Buang segala ingatan selain dari Allah.
(Ertinya setiap kata2nya, tingkah laku nya, perbuatannya hanya tertumpu kepada Allah semata2. Selain dari Allah tidak bertahta di dalam hati mereka)

9 AMALAN YANG PALING ALLAH SWT SUKA DI BULAN RAMADHAN



1- Solat sunat Dhuha di bulan Ramadhan mendapat seperti pahala haji dan umrah.

2- Berzikir kepada Allah SWT dibulan Ramadhan mendapat pahala lebih bernilai daripada emas.

3- Bersedekah di bulan Ramadhan adalah sebaik-baik perbuatan kebjikan.

4- Menunaikan Umrah di bulan Ramadhan seperti menunaikan haji bersama Rasulullah SAW.

5- Bersahur adalah waktu paling berkat untuk berdoa kepada Allah SWT.

6- Bersegera berbuka puasa adalah amalan yang mendapat pujian Allah SWT.

7- Berdoa semasa berbuka dan semasa berbuasa adalah doa yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT.

8- Bersugi selepas bersahur dan semasa hendak berbuka adalah Sunnah Rasulullah SAW.

9- Melipat gandakan ibadat sunat di sepuluh hari terakhir adalah Sunnah Rasulullah SAW.

SIFAT MAHMUDAH ( TERPUJI )


1. TAUBAT – Keazaman untuk meningglkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan il,u, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.

2. TAKUT AKAN ALLAH SWT – Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipat gandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya.

3. MAHABBAH – Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahrkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan Islam.

4. ZUHUD – Kehidupan insane Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.

5. SABAR – Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan. Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.

6. SYUKUR – Bersyukur kepada Allah s.w.t. atas nikmat kesihatan, rezeki kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya.

7. IKHLAS DAN BENAR – Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.

8. TAWAKAL – Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah s.w.t. setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha.

9. REDA DENGAN QADAK ALLAH – Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insane Mukmin.

10. MENGINGATI MATI – Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana.

18 CIRI-CIRI SUAMI SOLEH


1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

10 PERINGATAN BUMI


1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

‎7 KALIMAH MEMULIAKAN ANDA DI SISI ALLAH SWT


1- Ketika memulakan sesuatu pekerjaan membaca-"BISMILAH".

2- Ketika dapat selesaikan sesuatu pekerjaan membaca-”ALHAMDULILLAH“.

3- Jika terlanjur sesuatu pada lidah atau pekerjaan, membaca-"ASTAGHFIRULLAH" .

4- Jika ingin melakukan sesuatu akan datang, membaca-”INSYAALLAH“.

5- Jika menghadapi sesuatu kesukaran, membaca-” LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH HILALIYYIL AZIM“.

6- Jka ditimpa musibah, membaca-”INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN” .

7- Berzikir siang dan malam dengan lafaz-”LA ILAHA ILLALLAH “.

PANTUN MALAS SEMBAHYANG


Apasal laa aku malas sembahyang,
Tuhan bagi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh siang malam…



Apasal laa aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang...


Apasal laa aku malas sembahyang,
Tuhan bagi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan bagi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan bagi nikmat kenapa aku tak kenang…

Apasal laa aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa laa aku ingat masuk syurga boleh hutang...


Apasal laa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang…

Apasal laa aku malas sembahyang,
Seksa neraka cuba laa aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!

SABAR & SYUKUR


Marhaban Ya Ramadhan...
Ramadhan turunnya Al-Quran, untuk menjadi huda linnas (petunjuk kepada manusia)
Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah Ta'ala kerana memanjangkan umur kita hingga ke hari ini, sempat lagi kita bersama-sama menunaikan amalan berpuasa di bulan yang mulia ini. Jika kita lihat, ada juga sabahat-sabahat kita, saudara kita yang mana tidak sempat untuk meraikan Ramadhan kali ini, kita dipilih oleh Allah untuk terus beramal di bulan mulia ini.

Hari ini, hendak saya berkongsi sedikit Ilmu yang saya ada : Antara Sabar Dan Syukur, yang mana sebenarnya lebih susah untuk diamalkan dibulan Ramadhan?


Dalam bulan mulia Ramadhan Al Mubarak, kita diberi lapar dan dahaga terlebih dahulu, setelah itu kita diberi nikmat berbuka puasa. Disini adalah isinya, bila kita berpuasa, kita merasa lapar dan dahaga, dan kita ketahui ramai umat Islam di dunia ini boleh bertahan yakni bersabar dengan ujian Allah ini. Mereka ini tidak menjamah makanan walaupun lapar, tidak meneguk air walaupun haus dan kekeringan kerongkong. Dapat kita lihat, ramai yang boleh menahan dugaan ini..
Kesabaran adalah penting dalam bulan Ramadhan, jika kita lihat pada bulan Ramadhan, tidak ramai yang melakukan maksiat, bila hendak melakukan maksiat kita berfikir, 'Oh, aku sedang berpuasa,' sekurang-kurangnya dapat menyekat diri dari melakukan maksiat. Sabar dalam bulan Ramadhan ini tidaklah sukar, bahkan ia jauh lebih mudah berbanding bulan-bulan selain dari Ramadhan. Jika ada bersifat pemarah, semakin reda api kemarahan mereka, jika yang merokok mereka berazam untuk berhenti merokok.

Selepas itu kita diberi pula nikmat berbuka puasa, bagaimana perasaan anda ketika berbuka puasa? Nikmat sungguh, akan tetapi berapa ramai umat Islam di Malaysia ini khususnya bersyukur atas kenikmatan berbuka puasa?
Anda mengatakan bahawa anda sudah bersyukur? Bagaimana?
Berbuka puasa sehingga makan dengan berlebih bukanlah syukur, tapi kufur... kufur nikmat, yakni bila diberi kenikmatan ia lupa untuk bersyukur.

Bagaimana caranya bersyukur?
Disunatkan kepada kita berbuka dengan 3 biji kurma dan segelas air. Kemudian solat Maghrib berjemaah di rumah Allah. Disusuli pula dengan solat Isya' dan solat sunat Tarawih dan disudahi dengan witir, bukankah itu cara yang baik untuk memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT? Setelah pulang dari rumah Allah barulah kita menjamah makanan 'berat' untuk mengisi perut.

Banyak kelebihan kita beribadat ketika perut tidak kenyang dan tidak pula lapar, antaranya kita dapat menyempurnakan solat sunat Tarawih dengan tidak penat, perut pula tidak meragam. Ketika kita dalam keadaan sebegini, iman kita bertambah, dan nafsu menjadi tunduk, nafsu menjadi lemah sekiranya badan dalam keadaan lapar, apabila kita dalam keadaan kenyang, pasti pelbagai alasan yang kita kemukakan bagi mengelakkan diri menunaikan solat sunat Tarawih, antara alasannya adalah, terlalu kenyang, sakit perut, penat dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana badan sudah kenyang dan ketika ini nasfu mengawal akal sehingga roh menjadi lemah.

Jika kita tengok dalam bulan Ramadhan ini, 10 hari pertama penuh orang di rumah-rumah Allah, bahkan sehingga solat diluar. Ini kerana 10 hari pertama bulan Ramadhan Allah menurunkan rahmat. Apabila sampai 10 hari yang kedua dalam bulan Ramadhan ramai yang beransur kurang, sedangkan 10 hari kedua Allah membuka pintu keampunan bagi orang yang benar-benar memohon keampunan dan pada 10 hari ketiga pada bulan Ramadhan yang mana tersembunyi malam Lailatul Qadar, pada 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan ini Allah melepaskan kita dari Api Neraka, tetapi lihatlah masyarakat sekarang semakin hari semakin berkurangan berkunjung ke rumah Allah, ke mana mereka ini? Mereka ini ke gedung membeli belah, kononnya menyambut Hari Raya Aidilfitri...

BERMAKNAKAH AIDILFITRI sekiranya kita tidak dilepaskan dari Api Neraka???


Mari kita renung-renungkan bersama...

“.. sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.


Az-Zumar [53] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


“Demi Zat yang menggenggam jiwaku, sekiranya kalian tidak pernah berbuat dosa, nescaya Allah akan
mematikan kalian dan menggantikan dengan kaum yang berbuat dosa, lalu mereka memohon ampun kepada Allah dan Allah pun mengampunkan mereka.”

10 SURAH MENGHALANG DARIPADA 10 UJIAN BESAR ALLAH SWT


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

10 HAL DAPAT MEMBUAT SAUDARIKU MENJADI WANITA SEMPURNA


1- Dengan senyum cantik anda yang membangkitkan rasa cinta dan menebar kasih sayang kepada orang lain.

2- Dengan tutur kata baik mu yang dapat menjalin persahabatan yang dianjurkan syariat dan menghapus semua rasa dengki.

3- Dengan ketulusan derma mu yang dapat membahagiakan orang miskin, menggembirakan orang fakir, dan mengenyangkan orang yang lapar.

4- Dengan duduk manis bersama Al-Qur’an seraya membaca, merenungi makna, mengamalkan kandungannya, bertobat, dan memohon ampun kepada-Nya.

5- Dengan banyak dzikir, memohon ampun, rajin berdoa dan suka memperbaharui taubat.

6- Dengan mendidik anak-anak mu untuk mendalami agama, mengajari mereka sunnah dan membimbing mereka kepada hal-hal yang berguna bagi mereka.

7- Dengan rasa malu dan jilbab seperti yang diperintahkan Allah kepada mu sebagai sarana memelihara diri dan kehormatan mu.

8- Dengan berteman bersama wanita-wanita yang baik dari kalangan mereka yang mempunyai rasa takut kepada Allah, menyukai pengamalan agama, dan menghormati norma-norma etika.

9- Dengan berbakti kepada kedua orang tua, bersilaturahim, menghormati tetangga dan menjamin anak-anak yatim.

10- Dengan membaca buku-buku yang bermanfaat, menelaah bacaan yang berguna, maka hal itu benar-benar merupakan hal yang amat menyenangkan lagi memberikan informasi yang benar.