CIRI-CIRI WANITA ISLAM


1. Wanita yang menjadikan Al-Quran dan Al Hadis sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya.

2. Wanita yang Ibadahnya baik dan memiliki akhlak serta budi pekerti yang mulia.

3. Wanita yang Berbuat baik dan berbakti kepada orang tuanya. Ia senantiasa mendoakan orangtuanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi keduanya

4. Ia taat kepada suaminya.Menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang Islami. Jika dilihat menyenangkan, bila dipandang menyejukkan dan menentramkan bila berada didekatnya. Hati akan tenang bila meninggalkannya pergi. Ia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan gairah dan memotivasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah

5. Ia tidak bermewah-mewah dengan dunia, tawadhu, bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, ia tidak berhenti belajar untuk bekal hidupnya nanti

6. Ia bermanfaat dilingkungannya. Pengabdiannya epada masyarakat dan agama sangat besar. Ia menghadap kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut, hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas dan dengan hartanya

7. Ia Berusaha menjadikan potensi yang ada pada dirinya sebagai sumber penghasilan yang dapat membantu perekonomian keluarga minimal untuk berinfaq,bersadaqah dan berzakat

8. Ia Senantiasa mengingatkan suaminya agar mencari nafkah dengan cara yang halal,tidak menipu dan korupsi

9. Ia menjadi orang yang bermanfaat disekelilingnya. Menjadi contoh dan tauladan bagi orang-orang yang mengenalnya.

10. Ia pandai mengelola keuangan keluarga dengan berinvestasi yang aman menguntungkan.

6 RAHSIA KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA


1. Kejujuran - Faktor ini adalah merupakan aspek penting di dalam sesuatu kebahagiaan hubungan rumah tangga. Pada kebiasaannya, pasangan yang berasa teraniaya atau dianiaya akan menyimpan dendam dalam setiap penipuan yang telah dilakukan. Masalah ini akan berbalas-balas sehingga menjadi punca keretakan didalam sesuatu hubungan.

2. Hormat - Semua manusia yang hidup di muka bumi ini suka apabila diri mereka dihormati. Begitu juga dalam hubungan rumah tangga, suami menghormati isteri, dan isteri pula menghormati suami. Selagi perasaan hormat-menghormati ini menebal dalam diri, pasti tiada masalah untuk sesuatu pasangan untuk mengekalkan kebahagiaan mereka.

3. Cinta - Apabila menyebut soal cinta, ia adalah satu perkara yang subjektif yang sukar untuk diterjemahkan. Cinta juga mungkin boleh disamaertikan dengan pengorbanan. Sekiranya anda betul-betul mencintai pasangan, sudah pasti anda akan sanggup untuk berkorban demi kebahagiaan mereka. Kebahagian yang pasangan anda miliki pula akan menjadi kebahagian untuk diri anda.

4. Sabar - Sifat pemarah adalah merupakan faktor utama yang menjadi punca dalam keretakan sesuatu hubungan. Anda perlu belajar untuk bersabar. Lakukan sesuatu dengan pertimbangan yang waras dan bukannya apabila dipengaruhi oleh emosi.

5. Komunikasi - Pasti anda semua menyetujui jika kami menyatakan bahawa lebih banyak mendengar adalah lebih baik berbanding lebih banyak bercakap. Berikan sepenuh perhatian apabila pasangan anda meluahkan perasaan untuk mereka merasakan diri mereka dihargai. Seseorang yang merasakan diri mereka dihargai akan tahu untuk menghargai orang lain.

6. Memahami - Apabila isteri anda seorang yang pemarah, anda perlu banyak bersabar. Bukannya anda juga turut serta untuk berasa marah. Apabila anda sudah memahami pasangan anda, ia juga bermakna anda akan mampu untuk bertolak ansur terhadap pasangan dalam apa jua situasi sekalipun. Tolak ansur juga penting dalam kebahagiaan rumah tangga.

CIRI2 WANITA AHLI SYURGA


1. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.

2. Bersaksi bahwa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.

3. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

4. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

5. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berdzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.

6. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

7. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.

8. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang mendhaliminya.

9. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

12. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

13. Berbakti kepada kedua orang tua.

14. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

11 GOLONGAN AHLI NERAKA


1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

10 AMALAN AHLI SYURGA


Pertama :
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua :
Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga :
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.

Keempat :
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima :
Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman.

Keenam :
Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhuk.

Ketujuh :
Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Kelapan :
Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT

Kesembilan :
Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati.

Kesepuluh :
Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT
kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.

10 KESALAHAN PALING HOT KETIKA RAMADHAN


Tidak sahur
- Puasa orang yahudi dan orang Islam sama saja, kecuali puasa orang Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.

Sahur terlalu awal
- Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper namanya.

Terlebih tidur
- Lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah hehe.

Berbuka secara buffet sampai buncit
- Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

Membazar hingga membazir
- Lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.

Solat tarawih tapi tak qiamullail pada lailatul qadar
- Nabi kadang-kadang meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

Puasa tapi tak solat
- Puasa tp tak solat? maka sia2 puasanya. dalil? di ibarat nak bina rumah tapi takde tiang maka runtuh lah rumah tu. Ayoyo!

Sibuk beribadah, lupa cari ilmu
- Bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan, aiyoo.

Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan
- Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar, tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan
- Bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal.

JENIS ISTERI CALON NERAKA


1- Tidak Suka Mengerjakan Solat

2- Suka Bercakap Bohong kepada Suami

3- Suka Berhias kepada Orang Lain selain Suaminya

4- Tidak mensyukuri kesenangan yang diberikan oleh Suami

5- Tidak menghormati suami

6- Suka mencari musuh

7- Sombong

8- Tidak takut kepada Allah walau sedikit pun

9- Tidak mahu mengaku kesalahan diri sendiri bila membuat salah

10- Tidak mahu meminta maaf kepada suami

11- Tidak boleh menerima nasihat

12- Degil dan keras kepala

13- Merasakan diri lebih baik dari orang lain

14- Suka berpoya-poya

15- Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar

16- Suka memandang rendah kepada orang lain

ANTARA TANDA2 KECIL KIAMAT


1. Bila manusia mulai membunuh (meninggalkan) solat

2. Bila sifat amanah telah lenyap

3. Bila berdusta dihalalkan

4. Bila manusia memakan riba

5. Bila amalan rasuah bermaharajalela

6. Bila bangunan-bangunan tinggi pencakar langit muncul

7. Bila manusia memperturutkan hawa-nafsu

8. Bila manusia menjual agamanya untuk membeli dunia

9. Bila menumpahkan darah dianggap perkara ringan

10. Bila perilaku lemah-lembut dianggap sebagai sebuah kehinaan

11. Bila kezaliman menjadi suatu kebanggaan

12. Bila para pemimpin dan pembesar merupakan orang paling buruk

13. Dan bila para pembantu dan orang-orang kepercayaan pemimpin merupakan orang-orang fasiq

14. Bila para cendekiawannya merupakan orang-orang fasiq

15. Bila kezaliman bermaharajalela

16. Bila thalaq (perceraian) banyak terjadi

17. Bila muncul fenomena kematian mendadak

18. Bila mushaf Al-Qur’an dicetak dengan hiasan yang indah-indah

19. Bila masjid dibangunkan untuk bermegah-megah

20. Bila mimbar-mimbar masjid dibuat tinggi

21. Bila hati manusia menjadi kesat

22. Bila banyak perjanjian dan transaksi dilanggar

23. Bila peralatan muzik banyak dibunyikan

24. Bila khamar (arak) banyak diminum

25. Bila zina bermaharajalela

26. Bila pengkhianat diberi kepercayaan, dijadikan pemimpin

27. Bila orang yang amanah dianggap pengkhianat

28. Bila isteri terlibat dalam perniagaan suami kerana cintakan dunia

29. Bila salam hanya diucapkan kepada orang yang dikenali

30. Bila pasar-pasar (mall, plaza, hypermarket) muncul berdekatan

31. Bila manusia mengenakan baju domba sebagai penutup hati serigala

32. Bila hati manusia lebih busuk daripada bangkai

KHAS UNTUK LELAKI


1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA BERTUNANG Tunang bukanlah tiket untuk berdua-duaan, apatah lagi berpegangan tangan kerana pertunangan bukan bermaksud menghalalkan. Ia cuma bertindak sebagai persetujuan awal sahaja.

4. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah.

5. KETIKA MENJALANI KEHIDUPAN RUMAH TANGGA Masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berat. Jangan terlalu difikirkan untuk memewahkan hidup, tapi berfikirlah untuk melaksanakan amanah yang dipikul.

CIRI2 LELAKI DAYUS MENURUT ISLAM

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin dicoretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepad dirinya.
Nabi SAW bersabda :

“Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout).

10 AMALAN TERBALIK YANG TIDAK DISEDARI


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

TANDA2 HIDUP TAK BERKAT


1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

7 AMALAN YANG PAHALANYA TERUS MENGALIR


1- Ilmu yang disebar luaskannya.

2- Anak saleh yang ditinggalkannya.

3- Mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya.

4- Masjid yang dibangunnya.

5- Rumah yang dibangunnya untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan.

6- Sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang banyak.

7- Harta yang disedekahkannya.

6 HAL YANG MENDATANGKAN AZAB ALLAH SWT


1- Sengaja berbuat dosa dengan harapan kelak bertaubat.

2- Mempunyai ilmu namun enggan mengamalkannya.

3- Beramal namun tidak ikhlas.

4- Memakan rizki Allah namun tidak mensyukurinya.

5- Tidak ridha dengan pemberian Allah

6- Menguburkan jenazah namun enggan mengambil pelajaran dari kematian mereka.