PETUA APABILA MASUK RUMAH BARU


1. Azan - 
Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baharu. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah berpesan bahawa sekiranya sesebuah bangunan, pejabat atau rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus yang dikenali sebagai Al-'Ammar. Ia suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca Surah Al-Baqarah - 
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah jika dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran – 
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baharu diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - 
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, Selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali.

9 HAL YANG AKAN HILANG & TAK BERGUNA


1. Ilmu yang tak diamalkan.

2. Perbuatan yang tak ikhlas.

3. Harta yang tak di nafkahkan.

4. Hati yang tak di isi dengan cinta kepada ALLAH.

5. Badan yang tak mampu taat pada ALLAH.

6. Cinta yang tak diikat dengan keridhaan ALLAH.

7. Waktu yang tak digunakan untuk mendekatkan diri pada ALLAH.

8. Fikiran yang tak digunakan untuk hal yang berguna.

9. Air mata yang keluar bukan karena takut dosa.

KEAJAIBAN AIRMATA


1. Membantu penglihatan :
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria :
Tak perlu ubat tites mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood :
Seseorang yang menangis bleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun :
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.

5. Mengurangkan stres :
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membina komuniti :
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.

7. Melegakan perasaan :
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan.

10 AMALAN AHLI SYURGA


Pertama :
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua :
Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga :
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.

Keempat :
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima :
Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman.

Keenam :
Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhuk.

Ketujuh :
'Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Kelapan :
Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT.

Kesembilan :
Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati.

Kesepuluh :
Memelihara diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana di situlah terletaknya nilai 'amalan di sisi Allah SWT.

8 JANJI ALLAH YANG TIDAK AKAN DIMUNGKIRI


1. Apa yang disedekahkan dan dikorbankan secara ikhlas Allah akan kembalikan..

2. Mereka yang sakit dan sabar Allah akan menghapuskan dosa-dosanya yang lalu...

3. Mereka yang ditimpa musibah kemudianbersabar Allah akan mengangkat darjatnya...

4. Mereka yang menutup aib orang lain Allah akan menutup aib dirinya dunia dan akhirat....

5. Mereka yang berdoa kepada Allah, Allah akan memakbulkan sama ada cepat atau lambat...

6. Mereka yang memaafkan kesalahan orang lain terhadap dirinya Allah akan memuliakannya....

7. Mereka yang cukup solat 5 waktu dengan sempurna Allah akan memasukkanya ke dalam syurga....

8. Mereka yang berdosa kemudian bertaubat dan beramal soleh Allah akan menggantikan dosa-dosa mereka dengan hasanah.

RAHSIA SURAH ALFATIHAH


1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan.

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

* SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

KELEBIHAN BERZIKIR


1. Melahirkan budi pekerti luhur. Sentiasa berzikir akan menghindari diri daripada melakukan perkara buruk.

2. Mendekatkan diri kepada Allah. Apabila diri sentiasa dekat dengan Allah, bermakna kita di dalam perliharaan-Nya.

3. Menenangkan jiwa. Hati yang resah tidak akan dapat dihilangkan dengan berhibur atau bersukaria kecuali dengan berzikir mengingati ALLAH.

4. Beroleh keampunan. Berzikir akan mengampunkan dosa-dosa malah diganjari pahala. Ini ada dalam surah Al-Ahzab ayat 35.

5. Dapat melepaskan diri daripada bahaya. Allah memberi jaminan ini sebagaimana yang berfirman dalam surah As-Syafaat ayat 142-144.

6. Menguatkan anggota badan dan fikiran.

7. Mencerahkan pintu rezeki.

8. Membuka pintu rezeki.

9. Menghidupkan hati.

10. Melindungi dari perangkap dan penyelewengan.

11. Allah membanggakan orang yang berzikir di hadapan para malaikat.

12. Membantu kepada semua bentuk ibadah yg lain

CIRI-CIRI AJARAN SYIAH


1. Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2. Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat.

3. Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.

5. Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib isyak walaupun tanpa bermusafir.

6. Menghalalkan nikah mutaah

7. Memaki hamun dan mencela para sahabah Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8. Mencela imam-imam sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9. Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap..Sepatutnya al-Quran 2kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10. Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.

11. Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar,umar,usman,Muawiyah dan Aisyah.

12. Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa2 kecil dan dosa2 besar).Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13. Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi

14. Rukun islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12).Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15. Kain kafan mayat mereka bertulis

16. Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12

17. Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah.Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18. Suami halal meliwat isteri.

19. Harus taqiah (boleh menipu\berpura-pura)untuk menarik ahli suannah masuk syiah.

20. Mereka tidak ada solat teraweh.Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21. Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22. Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

23. Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali,pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait.Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat.Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong..Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan.Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT


1. Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.

2. Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".

3. Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.

4. Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.

5. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.

6. Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.

7. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

8. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

9. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

10. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi.

11. Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.

12. Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

13 NASIHAT KEHIDUPAN


1. Jika kita memelihara kebencian dan dendam, maka seluruh waktu dan fikiran yang kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif.

2. Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk memaafkannya, mendoakannya, memperbaikinya dan menjaga aibnya.

3. Bukan gelaran atau jawatan yang menjadikan orang menjadi Mulia. Jika kualiti peribadi buruk, semua itu hanyalah topeng tanpa wajah.

4. Ciri seorang pemimpin yang baik akan nampak dari kematangan peribadi, buah fikiran, serta integrasi antara kita dengan perbuatannya.

5. Jika kita belum bisa Membagikan Harta Membagikan Kekayaan, maka Bagikanlah Contoh Kebaikan.

6. Jangan Pernah Menyuruh Orang lain utk Berbuat Baik, sebelum Menyuruh Diri sendiri, Awali segalanya dari Diri sendiri.

7. Pastikan Kita sudah Bersedekah hari ini, Baik dengan Materi, dengan Ilmu, Tenaga, atau Minimal dengan Senyuman yang Tulus.

8. Para Pembohong akan Dipenjara oleh Kebohongannya sendiri, Orang yang Jujur akan Menikmati Kemerdekaan dalam Hidupnya.

9. Bila Memiliki banyak Harta, Kita akan Menjaga Harta. Namun Jika Kita Memiliki banyak Ilmu, maka Ilmulah yang akan Menjaga Kita.

10. Bila Hati Kita Bersih, Tak ada Waktu untuk Berpikir Licik, Curang atau Dengki sekalipun terhadap Orang lain.

11. Bekerja Keras adalah Bagian dari Fisik, Bekerja Cerdas merupakan Bagian dari Otak, sedangkan Bekerja Ikhlas ialah Bagian dari Hati.

12. Jadikanlah setiap Kritik bahkan Penghinaan yang Kita Terima sebagai Jalan untuk Memperbaiki Diri.

13. Kita Tidak pernah tahu Kapan Kematian akan Menjemput Kita, tapi Kita Tahu persis seberapa Banyak Bekal yang Kita Miliki untuk Menghadapinya.

SIFAT IBU BAPA CEMERLANG


1- Membersihkan hati dan perasaan.

2- Membina kebahagiaan secara proaktif.

3- Mendidik diri sendiri.

4- Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusian melalui al-mawaddah (kasih sayang) dan al-rahmah. (kasih-mengasihani)

5- Mengistiqamahkan sunah Rasullullah s.a.w dan penghayatan islam dalam rumah tangga.

6- Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul.

7- Mengamalkan suasana yang harmoni dan membina.

8- Menjaga pemakanan dan kesihatan keluarga.

9- Mengamalkan pergaulan hidup berumah tangga yang diredhai.

10- Muhasabah diri sebelum tidur malam.

11- Berdoa memohon petunjuk dan keredhaan ALLAH.

7 PENYAKIT HATI



1- Suka dipuji = SUM'AH.

2- Suka berbangga diri = TAKBUR.

3- Suka pandang rendah kpd org lain = SOMBONG.

4- Suka puji seseorang di hadapan tetapi kutuk di belakang = MUNAFIQ.

5- Suka menunjuk-nunjuk = BERLAGAK.

6- Suka sakit hati terhadap nikmat org lain = BUSUK HATI / DENGKI.

7- Suka berfikiran negatif terhadap org lain = BURUK SANGKA.

6 PERKARA YANG WAJIB SIBUKKAN DIRI


1- Jika manusia sibuk memperbanyakkan amal, maka hendaklah kamu sibuk menyempurnakan sebaik-baik amal.

2- Jika manusia sibuk dengan perkara-perkara sunat, maka hendaklah kamu sibuk menyelesaikan perkara-perkara fardhu.

3- Jika manusia sibuk memperbaiki perkara-perkara zahir, maka hendaklah kamu sibuk memperbaiki perkara-perkara batin.

4- Jika manusia sibuk mencari kesalahan orang lain, maka hendaklah kamu sibuk mencari kesalahan diri sendiri.

5- Jika manusia sibuk mencari kesenangan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari kemakmuran Akhirat.

6- Jika manusia sibuk mencari keredhaan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari keredhaan Akhirat.

8 TANDA MA'RIFAT


1. Hatinya senantiasa perasaan takut pada Allah.

2. Timbul pengharapan atas rahmat -Nya.

3. Lisannya selalu memuji Allah.

4. Selalu menyanjung Allah.

5. Kedua matanya selalu diliputi rasa malu.

6. Bila menangis, maka tangisannya karena Allah.

7. Kehendaknya selalu diliputi rasa tidaksenang pada keduniaan.

8. Selalu ingin mendapatkan ridha Allah.

6 PESANAN UNTUK WANITA


1. Jaga solat pada awal waktu.Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

PETUA AWET MUDA CARA ISLAM


Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9 : Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

CIRI-CIRI ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA


1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

10 MAKSIAT BATIN


1. SYARHUT THA’AM
Suka makan banyak.

2. SYARHUL KALAM
Suka banyak bercakap.

3. GHADHAB
Kuat marah

4. HASAD
Dengki terhadap orang lain yang mendapat nikmat kurniaan Allah.

5. BAKHIL WA HUBBUL MAL
Kedekut dan mencintai harta benda.

6. HUBBUL JAH
Cintakan/Sukakan pangkat, kebesaran dan kedudukan.

7. HUBBUD DUNIA
Cintakan/Sukakan perkara keduniaan.

8. TAKABBUR
Membesar/Sombongkan diri sendiri.

9. UJUB
Terpesona diri sendiri (merasa diri banyak berbuat kebaikan dan kebajikan).

10. RIYA’
Membuat ibadah bukan kerana Allah
(suka menunjuk-nunjukkan kelebihannya).