30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.

2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm & solat witir 3 rakaat.

3. Beri makan org berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.

4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.

5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.

6. Sunat dhuha setiap pagi.

7. Sedekah setiap hari minima seringgit.

8. Pastikan sahur setiap hari.

9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.

10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.

11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.

12. Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.

13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.

14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.

15. Jauhkan aktiviti yang lagha.

16. Zikir harian, banyakkan berdoa.

17. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dlm sehari.

18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah.

19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.

20. Menjaga dan menghubung silaturrahim.

21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna (bukan berpakaian tp bertelanjang)

22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara2 yg dilarang.

23. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.

24. Perbanyakkan amalan2 sunat-solat sunat rawatib.

25. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)

26. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.

27. Lazimi lidah utk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kpd Allah di kala senang maupun susah.

28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.

29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.

30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

KELEBIHAN MALAM LAILATUL QADAR


Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim).

“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat al-Bazzar)

Dari Aisyah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari)

Aisyah RA mengatakan, “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari)

Aisyah RA mengatakan, “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Aisyah RA, katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, jikalau saya mengetahui bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau menjawab: "Ucapkanlah: "Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Termidzi)

Hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tentang bila terjadinya lailatul qadar di antaranya adalah agar terbeza antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang malas.

LAILATUL QADAR



Tanda-tanda yang megiringi Lailatul Qadar :

1. Kuatnya cahaya dan sinar pada malam itu, tanda ini ketika hadir tidak dirasakan kecuali oleh orang yang berada di daratan dan jauh dari cahaya.

2. Thama'ninah (tenang), maksudnya ketenangan hati dan lapangnya dada seorang mukmin. Dia mendapatkan ketenanangan dan ketentraman serta lega dada pada malam itu lebih banyak dari yang didapatkannya pada malam-malam selainnya.

3. Angin bertiup tenang, maksudnya tidak bertiup kencang dan gemuruh, bahkan udara pada malam itu terasa sejuk.

4. Terkadang manusia bisa bermimpi melihat Allah pada malam itu sebagaimana yang dialami sebagian sahabat radliyallah 'anhum.

5. Orang yang shalat mendapatkan kenikmatan yang lebih dalam shalatnya dibandingkan malam-malam selainnya.

Tanda-tanda yang mengikutinya :

Matahari akan terbit pada pagi harinya tidak membuat silau, sinarnya bersih tidak seperti hari-hari biasa. Hal itu ditunjukkan oleh hadits Ubai bin Ka'b radliyallah 'anhu dia berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam mengabarkan kepada kami: "Matahari terbit pada hari itu tidak membuat silau." (HR. Muslim)

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH


Hukum mengerjakan solat tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (Sahih Muslim)

Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi sallallahu `alaihi wa sallam: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan berqiam Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab, dia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”. (HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Baihaqi)
Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malam bulan Ramadan dengan mengerjakan solat sunat.


Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang qiyam (solat sunat waktu malam di bulan Ramadan) bersama imam sehingga imam beredar (selesai), ditulis baginya pahala qiyam satu malam penuh.” (HR At-Tirmizi)

PERKARA2 MAKRUH KETIKA BERPUASA


1. Berkucup dan pendahuluan jimak walau melalui khayalan atau penglihatan. Juga makruh mengikut pandangan Mazhab hanafi mengucup/menghisap bibir isteri. Walaupun di sana ada hadith riwayat As-Syaikhan (Bukhari dan Muslim): "Bahasa Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam telah mengucup dan bersentuh kulit, sedangkan Baginda sedang berpuasa." Kebanyakan ulamak menetapkannya makruh kerana ditakuti seseorang itu tidak mampu mengawal nafsunya seperti Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam Ini diperkuatkan lagi dengan hadith: Dari Aisyah R.A: "Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam telah mengucup Aisyah R.A. sedangkan Baginda shollallahu 'alaihi wasallam berpuasa dan Baginda bersentuh kulit sedangkan Baginda berpuasa dan Baginda seorang yang mampu menguasai perasaannya."(Muttafaq Alaih) "Dan Baginda melarang orang muda melakukannya tetapi memberi kelonggaran kepada orang tua." (Hadith Hasan riwayat Abu Daud dari Abu Hurairah, diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah dan Abu Darda' begitu juga dari Ibn Abbas dengan sanad sahih)

2. Merasa ataupun mengunyah makanan tanpa ada keuzuran walaupun tidak ditelan kerana dikhuatiri akan termasuk sesuatu bahagian ke dalam rongga.

3. Makruh mengikut pandangan Mazhab Syafi'ie jika bersugi selepas gelincir matahari.

4. Memakai wangi-wangian ketika berpuasa adalah di antara perkara yang makruh dalam mazhab Syafi`i.

5. Berbekam ketika berpuasa hukumnya makruh. Ini boleh dilihat dalam kitab Mughni Al-Muhtaj (Jilid 1--Mazhab Syafi'ie, As-Syarh As-Saghir(jilid I)--mazhab maliki. Kedua mazhab ini berpendapat bahawa berbekam hukumnya makruh. Mazhab Hanafi pula berpendapat tidak makruh sekiranya berbekam itu tidak melemahkan orang yang berpuasa.

KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN


1. Pintu langit dibuka

2. Pintu-pintu syurga di buka

3. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga

4. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT

5. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak

6. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt

7. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga

8. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

FADHILAT BULAN RAMADHAN


HADITH 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


HADITH 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


HADITH 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."


HADITH 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."


HADITH 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."


HADITH 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

KEUTAMAAN SEPULUH HARI PERTAMA, PERTENGAHAN DAN DI AKHIR BULAN RAMADHAN


1. Sepuluh hari pertama ramadhan dinamakan terbukanya pintu Rahmat Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang menunaikan ibadah puasa.

2. Sepuluh hari kedua atau pertengahan dinamakan Magfirah yaitu di Ampuninya-Nya segala dosa-dosa oleh Allah SWT.

3. Sepuluh hari terakhir bulan ramadhan dinamakan pembebasan dari api neraka.

Sebagaimana yang diterangkan dalam hadist Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam’ :

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah SAW. Bersabda :

أول شهر رمضان رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار

“Awal bulan Ramadhan adalah Rahmah, pertengahannya Maghfirah, dan akhirnya ‘Itqun Minan Nar (pembebasan dari api neraka).”

SEMAKIN HARI DILEWATI, SEMAKIN MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH.. 

GOLONGAN YANG WAJIB BAYAR FIDYAH PUASA


1. Mereka yang melambatkan qada' puasanya hingga melangkah ke tahun yang berikutnya dikenakan denda membayar fidyah dan wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan.

2. Uzur menunaikan puasa wajib. Golongan ini terdiri daripada mereka yang sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Kadar fidyahnya ialah sehari secupak makanan kepada fakir miskin.

3. Perempuan yang hamil dengan syarat dibimbangi keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan fidyah dan juga wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan.

4. Ibu yang menyusukan anak dengan syarat dia berasa bimbang puasa akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya. Maka wajib baginya mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah.

5. Orang yang telah meninggal dunia. Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Membayar fidyah ertinya memberi orang miskin makanan sebanyak satu mud untuk satu hari tidak berpuasa pada bulan Ramadhan.
Jika tidak berpuasa sehari, fidyahnya satu mud.
Jika dua hari, fidyahnya dua mud, dan seterusnya.
Mud adalah ukuran isipadu (bukan berat) yang setara dengan isipadu 544 gram gandum (al-qamhu).
[Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 62].
Menurut jumhur ulama, fidyah dibayar dalam bentuk makanan asasi pada suatu negeri (ghaalibu quut a-balad).
Jadi di Malaysia, fidyah dibayar dalam bentuk beras, yang isipadunya satu mud.


Apakah fidyah boleh dibayarkan dalam bentuk wang?
Menurut ulama Hanafiyah, boleh dibayarkan dengan nilainya (qiimatuhu), iaitu dalam bentuk wang yang setara nilainya dengan makanan.
Manakala menurut ulama jumhur (Malikiyah, Syafi’iyah, Hanabilah), tidak boleh dibayar dengan nilainya.


Fidyah mesti diberi dalam bentuk makanan (beras).
Biasanya pusat pungutan zakat menerima bayaran dalam bentuk wang tetapi menyampaikannya kepada fakir miskin dalam bentuk beras.


Jika Tidak Mampu Membayar Fidyah.
Jika pada Ramadan tahun lalu dia di dalam keadaan tidak mampu (miskin atau fakir), maka dia tidak wajib membayar fidyah.
Inilah pendapat Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu’ Syarah Muhadzdzab, iaitu gugurnya kewajiban fidyah bagi orang yang tidak mampu.
Pendapat ini disepakati juga oleh Ibnu Hajar

PUASA


IBADAH PUASA
"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

PENGERTIAN PUASA 
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. 

PUASA WAJIB 
Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar. 

PUASA SUNAT 
Puasa enam hari pada bulan Syawal 
Puasa hari Arafah 
Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam 
Puasa bulan Syaaban 
Puasa Isnin dan Khamis 
Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah) 

PUASA MAKRUH 
Puasa yang terus menerus sepanjang masa 
Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq 

PUASA HARAM 
Puasa pada hari raya pertama Aidil Fitri 
Puasa pada hari raya pertama Haji 
Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah. 

SYARAT WAJIB PUASA 
Berakal 
Akhir Baligh (Cukup umur) 
Kuat atau mampu mengerjakan puasa 

SYARAT SAH PUASA 
Islam 
Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk) 
Suci daripada haid dan nifas 
Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa. 

RUKUN PUASA 
Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok. 
Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari. 

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA 
Makan dan minum dengan sengaja. 
Muntah dengan sengaja. 
Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan. 
Keluar darah haid atau nifas. 
Gila. 
Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa. 

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA 
Orang yang sakit. 
Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km. 
Orang tua yang sudah lemah. 
Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.