33 LARANGAN RASULULLAH TERHADAP WANITA



  1. WANITA MENDEDAHKAN AURAT 
  2. WANITA BERPAKAIAN MENYERUPAI LELAKI 
  3. WANITA BERGAUL BEBAS DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM 
  4. WANITA BERSALAMAN DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM 
  5. WANITA BERPAKAIAN MENYERUPAI ORANG KAFIR 
  6. WANITA MENYAMBUNG RAMBUT 
  7. WANITA MENCABUT, MENCUKUR ATAU MENIPISKAN ALIS 
  8. WANITA MENGIKIR GIGI 
  9. WANITA MELAKUKAN TATO 
  10. WANITA MELIHAT AURAT SESAMA WANITA ATAU BERGABUNG DALAM SATU PAKAIAN 
  11. WANITA MELAKUKAN MUSAHAQAH (LESBIAN) 
  12. WANITA MEMAKAI WANGIAN AGAR DKAGUM ORANG LAIN 
  13. WANITA MEMASUKI PUSAT RAWATAN KECANTIKAN AWAM 
  14. WANITA BERKHALWAT DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM 
  15. WANITA TIDAK MELAYANI KEHENDAK SUAMI 
  16. WANITA MENCERITAKAN RAHSIA HUBUNGAN SUAMI-ISTERI KEPADA ORANG LAIN.
  17. WANITA MENERIMA TETAMU BUKAN MUHRIN TANPA IZIN SUAMI 
  18. WANITA KELUAR RUMAH TANPA IZIN SUAMI 
  19. WANITA MEMBENCI DAN MENYAKITI HATI SUAMI 
  20. WANITA MENGINGKARI PERINTAH SUAMI YANG BAIK 
  21. WANITA BERMUSAFIR TANPA MUHRIM ATAU SUAMI 
  22. WANITA MENCERIKAN SIFAT WANITA LAIN KEPADA SUAMINYA 
  23. WANITA PUASA SUNAT TANPA IZIN SUAMINYA 
  24. WANITA MENGINFAK HARTA SUAMI TANPA IZINNYA 
  25. WANITA KUFUR TERHADAP KEBAIKAN SUAMI 
  26. WANITA MENYUMPAHI ANAK 
  27. WANITA MEMAKSA SUAMI MENCERAIKANNYA 
  28. WANITA MEMAKAI PAKAIAN MAS DENGAN SOMBONG DAN MEGAH 
  29. WANITA MENYAKITI JIRAN TETANGGA 
  30. WANITA MENCAKAR DAN MEROBEK PAKAIAN KETIKA MENDAPAT MUSIBAH 
  31. WANITA MERATAPI KEMATIAN 
  32. WANITA BERKABUNG ATAS KEMATIAN SESEORANG MELEBIHI TIGA HARI 
  33. WANITA MENZIARAHI KUBUR DIIRINGI TANGISAN
"Jika seorang isteri solat lima waktu dengan istiqamah dan taat serta tidak menderhaka kepada suaminya, maka Allah SWT mempersilakan masuk Syurga dari pintu mana yang ia suka."

Mafhum sabda Rasulullah SAW diatas dapat disimpulkan bahawa sebahagian besar kaum hawa akan terdedah kepada kebinasaan disebabkan mencuaikan dirinya sebarang tanggungjawab agama, keluarga dan dalam masyarakat.
Bagi membentuk peribadi wanita soleh sangat perlu mengetahui segala larangan agama yang berkaitan dengan kaum hawa. jesteru itu, betapa bertuahnya wanita bahkan lelaki pun yang mampu menjauhi larangan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian sehingga dapat mengelakkan diri dari seksa neraka. Buku ini membantu anda mengelakkan seksa bagi mendapatkan pahala. Insyallah....

ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan, AKHLAK hiasan jiwa, peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti

MALAIKAT MAUT DATANG MENZIARAHI KITA



Berapa kali malaikat maut ziarah kita?

Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, ” Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.” ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Izrail: ” Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa”

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran m! alaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai
perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari=24 jam=1440 minit
1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita
=20.571 minit
INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT
WALLAHUALLAM.

KISAH PENCIPTAAN MALAIKAT MAUT




Diriwayatkan dalam suatu hadist bahwa tatkala malaikat maut diciptakan oleh Allah SWT, dihijab-Nya malaikat maut itu dengan sejuta hijab. Tubuh sang malaikat itu besarnya lebih besar daripada tujuh lapis langit dan bumi. 

Sebelum ia dirantai dengan 70.000 rantai. Jarakdari tiap-tiap rantanya berjarak sama dengan tujuh ratus perjalanan. Tidak ada seorang pun dari para malaikat yang mendekati dan mengetahui wujudnya. Hanya terkadang suaranya saja yang terdengar. 

Hingga ketika nabi Adam tercipta, Allah SWT menyerahkan pengurusan malaikat maut kepada Malaikat Izrail. Izrail bertanya mengenai malaikat maut itu,"ya Tuhanku, siapakah itu?"

Kemudian Allah menyibakkan hijab Malaikat Maut itu, sehingga terlihatlah sang malaikat maut oleh Malaikat Izrail. Dan para Malaikat lainnya diperintahkan oleh Allah SWT untuk berdiri melihat malaikat maut. 

Malaikat maut diperintahkan oleh Allah SWT untuk terbang agar dapat disaksikan oleh seluruh Malaikat. Subhanallah, para malaikat jatuh pingsan melihat wujud maut itu. Seribu tahun kemudian batu siuman.

Malaikat bertanya kepada Allah SWT,"ya Tuhanku, adalah Kau ciptakan makhluk-Mu yang lebih besar daripada maut itu". 

Allah menjawab, "Aku (Allah) yang menciptakan dan Aku (Allah) jugalah yang lebih besar daripada dia. sesungguhnya seluruh makhluk merasakan maut juga".

Allah SWT berfirman kepada Izrail,"sesungguhnya Aku (Allah) menyerahkan pengurusan Maut itu kepada engkau. Sahut Izrail,"Ya Tuhan-Ku, dengan kekuatan yang mana hamba-Mu memegang sebab dia lebih besar daripada hamba". 

Allah pun mengkaruniai Izrail kekuatan yang lebih besar daripada Maut, sehingga Izrail dapat memegang Malaikat maut tadi. Malaikat itu pun pasrah terhadap pemeliharaan oleh Izrail tersebut, karena memang kehendak Allah semata.

Pada suatu waktu, Izrail datang kepada Allah untuk mengajukan permohonan, katanya,"Ya Rabbi, karunialah kiranya kepada hamba-Mu suara lantang yang membahana ke seluruh langit ini".

Allah pun mangabulkannya. Mulailah malaikat maut menyeru-nyeru dengan sangat lantangnya. " Akulah Maut yang menceraikan antara seluruh kekasih dengan kekasihnya. Dan akulah yang menceraikan antara isteri dan suaminya. Dan akulah yang menceraikan seluruh anak dan Ibunya. Dan akulah yang menceraikan antara seluruh saudara laki-laknya dengan saudara perempuannya.

Ketika didatangkan Malaikat Maut kepada seseorang, berdirilah sang maut dihadapannya seperti rupa orang yang hendak mati itu. Ditanyalah maut,"siapakah engkau, dan apa keinginanmu".

Sahut malaikat Maut,"akulah Maut yang mengeluarkan engkau dari dalam dunia ini, dan akulah yang menjadikan anakmu yatim dan menjadikan isterimu seorang janda,membuat seluruh harta warisanmu dipusakai oleh orang yang tidak engkau cintaisekalipun pada masa hidupmu.

 Dalam sebuah hadist diriwayatkan bahwa malaikat Maut menetap dilangit ke tujuh, Allah SWt menciptakannya dari nur. Memiliki kaki. Dia(maut) memiliki sayap yang berjumlah 70.000 buah. 
Tubuhnya penuh oleh mata dan lidah. Tidak ada seorang pun makhluk yang bernyawa yang wajahnya tidak terdapat pada tubuh malaikat ini. Pada tubuh Malaikat Maut juga terdapat empat muka. pertama, diwajahnya; kedua di kepalanya; ketigadi lehernya; keempat, pada telapak kakinya.

8 AMALAN SEHARIAN YG MEMBAWA KE SYURGA



1. UNTUK BADAN
Menjaga Kesihatan
Setiap ahli usrah hendaklah melakukan pemeriksaan umum kesihatan dari semasa ke semasa. Jika kita berpenyakit, segeralah berubat. Selain itu, ambil berat tentang punca-punca kekuatan badan dan pemeliharaan kekuatan itu dari segi kesihatan. Jauhkan diri kita daripada perkara-perkara yang boleh melemahkan kesihatan badan.

Menjaga Kebersihan
Jagalah kebersihan dalam semua hal: dalam rumah tangga, pakaian, makan minum, tubuh badan, dan tempat bekerja. Agama Islam itu diasaskan di atas dasar kebersihan.

Minuman dan Rokok
Janganlah minum kopi, teh dan minuman penyegar lain secara berlebih-lebihan. Seboleh-bolehnya jangan sama sekali menghisap rokok. Ulasan penyunting: 1. Teh dan kopi (terutamanya Nescafe) adalah antara minuman yang boleh mengalakkan penyakit magrain. Minuman penyegar, khususnya yang bergas, boleh merosakkan bahagian perut. 2. Saya yakin merokok amat berbahaya kepada tubuh badan dan kesihatan kita. Alhamdulillah, saya berhenti merokok sejak sebelas tahun yang lalu setelah "berhenti-henti" selama seminggu, sebulan dan enam bulan. Namun demikian, saya berhenti merokok bukanlah atas sebab-sebab kesihatan. Saya berhenti merokok atas sebab-sebab agama (setelah membaca tiga buah buku yang berkaitan dengan keharamannya) dan sebab-sebab sosial. Nyatakan pendapat anda di forum GU. Diharap ada respons.)

Riadah
Amalkan apa-apa riadah badan walaupun sekadar berjalan-jalan kaki sahaja. Jadilah ahli mana-mana pasukan pengembara jika umur anda munasabah dengannya.

Minuman Keras
Hindari diri daripada arak, sebarang minuman yang memabukkan, dan minuman yang boleh melemahkan kesihatan badan atau apa-apa jua minuman yang berbahaya.

2. UNTUK AKAL
Amalan Membaca
Pastikan diri kita mampu membaca dan menulis dengan baik. Hendaklah kita sentiasa membaca bahan bacaan Islam, akhbar dan majalah bermutu. Jika anda golongan iktisas dalam sesuatu bidang pengetahuan, usahakan sebuah perpustakaan khas peribadi, walaupun kecil, agar saudara berpeluang mendalami ilmu pengetahuan. Timbalah pengalaman dalam urusan agama Islam sekira-kira membolehkan anda menggambarkan hakikat dan menimbang sama ada cocok atau tidak satu-satu perkara itu dengan tujuan dakwah kita.

Mendalami Pengetahuan Islam
Hendaklah saudara dapat membaca Al-Qur'an dengan betul; dan juga hendaklah saudara dapat mendengar serta memikirkan ertinya. Juga saudara dikehendaki mempelajari sirah atau perjalanan Rasulullah s.a.w. dan sejarah angkatan salafus soleh atau yang sangat mustahak tentang asas-asas akidah, asas-asas bagaimana hukum-hukum itu bercabang, dan juga rahsia-rahsia syariat Allah s.w.t.

3. UNTUK BUDI PEKERTI
Berketerampilan
Hendaklah saudara sentiasa dalam keadaan segar mekar dan cergas, berperasaan halus, mudah berkesan sama ada terhadap sesuatu yang baik mahupun terhadap sesuatu yang baru; sama ada terhadap perkataan-perkataan mahupun terhadap perbuatan.

Berkata Benar
Hendaklah saudara sentiasa bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta; hendaklah saudara kuat kemahuan dan janganlah teragak-agak dalam sesuatu perkara, yang benar dan hendaklah saudara sanggup menyimpan rahsia; berani mengaku kesilapan sendiri, sanggup menyedari dan mengawasi diri sendiri ketika marah.

Berani
Hendaklah saudara bersikap berani; sanggup memikul bebanan; dan semulia-mulia keberanian itu ialah berani berterus terang dengan perkara yang benar dan hendaklah saudara menyimpan rahsia; berani mengaku kesilapan sendiri, sanggup menyedari dan mengawal diri sendiri ketika marah.

Serius
Hendaklah saudara bersikap gagah dengan cara sentiasa bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara. Kegagahan sikap seperti itu tidaklah pula sampai menghalang saudara daripada bergurau dengan yang benar dan ketawa dengan senyum dan dengan tidak mengada-ngada.

Hindari Kejahatan
Hendaklah saudara menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang jahat dan daripada kawan-kawan yang rosak seperti mana saudara juga hendaklah menjauhkan diri daripada tempat maksiat dan dosa.

4. UNTUK SAKU
Bekerja Walaupun Sudah Kaya
Hendaklah saudara membuat apa jua kerja yang halal yang boleh mendatangkan rezeki sekalipun kalau saudara sudah kara-raya; dan juga hendaklah saudara memilih kerja yang sesuai dan mencubanya sedaya upaya walaupun kerja itu sukar; bahkan hendaklah saudara bertekun sehingga berjaya dalam satu-satu kerja.

Teruskan Kerja
Janganlah saudara terlalu sibuk mencari kerja di pejabat-pejabat kerajaan, tetapi janganlah pula menolaknya jika ada peluang. Janganlah lepaskan kerja yang ada kecuali kerja itu benar-benar berlawanan dengan tugas-tugas gerakan dakwah kita.

Jujur
Hendaklah saudara sentiasa berjaga-jaga supaya dapat menunaikan tugas saudara dengan cukup amanah tentang kelicinan dan ketertiban pekerjaan itu; jangan sekali-kali menipu; bahkan hendaklah saudara menunaikan kewajipan itu dengan tepat pada waktunya dan tepat pada masa janjinya.

Jangan Berjudi
Hendaklah saudara menjauhkan diri daripada permainan judi walaupun apa jua coraknya, dan walau apa pun jua tujuan yang ada di sebaliknya. Hendaklah juga saudara menjauhkan diri daripada cara-cara penghasilan haram walaupun di sebaliknya itu terdapat keuntungan yang segera.

Hindari Riba
Jauhilah diri kita daripada riba dalam semua muamalah jual beli--bersihkan diri anda daripada sebarang bentuk riba.

Menyimpan dan Berjimat
Hendaklah saudara menyimpan sebahagian daripada wang saudara untuk masa kecemasan walaupun simpanan itu sedikit sahaja, dan janganlah sekali-kali saudara terjerumus ke dalam perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak mustahak.

Hindari Maksiat
Hendaklah saudara memerangi tempat-tempat permainan kotor; jangan menghampirinya, dan hendaklah saudara menjauhkan diri daripada cara hidup bermewah-mewah, berlebih-lebihan dan membazir.

Berhemat
Hendaklah saudara menggunakan harta umum umat Islam itu kepada jalan-jalan yang menggalakkan perusahaan dan pembangunan ekonomi Islam. Hendaklah saudara berjaga-jaga supaya jangan sampai keciciran wang itu walau sekupang sekalipun ke tangan pihak yang bukan Islam walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Hendaklah saudara jangan memakai melainkan barang-barang buatan tanah air saudara sendiri.

5. UNTUK ORANG LAIN
Adil
Hendaklah saudara berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum walau apa pun jua perkaranya. Janganlah saudara lupakan kebaikan orang lain sebab saudara marah; dan sebaliknya pula, janganlah saudara memejam mata daripada kejahatan-kejahatan mereka itu kerana saudara menyayanginya. Budi baik orang lain hendaklah dikenang walaupun ketika dalam keadaan bermusuhan. Hendaklah saudara bercakap benar walaupun terhadap diri sendiri atau terhadap orang yang paling hampir dengan saudara sekalipun percakapan yang benar itu pahit dan maung akibatnya.

Komited
Hendaklah saudara cergas dan terlatih dalam membuat perkara-perkara kebajikan am. Kecerdasan ini dapat diukur dengan perasaan gembira saudara ketika saudara dapat memberi khidmat kepada orang lain untuk mencapai maksud ini hendaklah saudara menziarahi orang-orang sakit, menolong orang-orang yang berhajat, menanggung bebanan orang-orang yang lemah dan melapangkan dada orang-orang yang ditimpa kemalangan atau bencana walaupun hanya sekadar dengan cakap-cakap yang melegakan hati. Tegasnya, hendaklah saudara segera melakukan kebajikan walau apa jua pun coraknya.

Belas Kasihan
Hendaklah saudara bersifat belas kasihan dan bertolak ansur. Dalam hal ini hendaklah saudara memaafkan dan mengampun kesilapan-kesilapan orang lain. Belas kasihan ini bukan sahaja terhadap sesama manusia akan tetapi juga terhadap makhluk haiwan. Hendaklah saudara bermuamalah dengan orang lain secara yang baik; sentiasalah berkelakuan baik terhadap orang ramai dan hendaklah saudara memelihara sopan santun secara Islam dalam pergaulan sehari-hari--iaitu dengan cara menaruh perasaan belas kasihan kepada yang kecil dan menghormati yang tua, melapangkan tempat ketika di dalam mana-mana majlis perhimpunan ramai. Janganlah saudara mengintai atau mengumpat; jangan menceroboh bahkan hendaklah saudara terlebih dahulu meminta izin ketika hendak masuk ke sesuatu tempat dan begitu juga ketika hendak keluar daripada sesuatu tempat.

Hak
Hendaklah saudara meminta hak saudara dengan cara yang baik dan hendaklah menunaikan hak orang lain dengan sepenuhnya dengan tidak payah dituntut dan dengan tidak lengah-lengah lagi.

6. UNTUK GERAKAN DAKWAH
Hindari Kumpulan yang Tidak Berfaedah
Anda hendaklah melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada gerakan dakwah kita.

Tegakkan Kebiasaan Islam
Berusahalah sedaya upaya menghidupkan kebiasaan yang bercorak Islam dan perangi adat dagang dalam semua lapangan hidup, termasuk cara memberi hormat, tutur kata, bahasa itu sendiri, sejarah, pakaian dan masa bekerja.

Berhati-hati Bertindak
Jangan menonjolkan diri dalam apa jua mahkamah bukan Islam; iaitu dengan jalan tidak berhakimkan kepadanya kecuali jika terpaksa. Janganlah pergi ke kelab-kelab yang bukan Islam, akhbar-akhbar, kumpulan-kumpulan, sekolah-sekolah dan badan-badan serta perbadanan-perbadanan yang menentang Islam. Pemulauan ini hendaklah saudara lakukan dengan cara yang bersungguh-sungguh. (Ulasan: Bagaimana jika seorang naqib usrah sengaja mengeluarkan anaknya daripada taman asuhan kanak-kanak Islam dan menghantar anak itu ke tadika Kristian? Bagaimana dnegan ahli usrah yang meninggalkan sekolah kebangsaan dan menyekolahkan semua anak mereka di sekolah rendah berjenama Saint.)

Berkenalan
Kenalilah semua anggota cawangan sendiri. Perkenalkan diri sendiri kepada mereka dengan sejelas-jelasnya sambil menunjukkan bahawa anda benar-benar berasa kasih sayang, penghargaan, sanggup bertolong-tolongan dan buktikan bahawa anda mengutamakan kepentingan mereka berbanding dengan kepentingan diri sendiri.

Sumbangkan Harta untuk Gerakan
Sumbangkan sedikit daripada harta anda untuk gerakan dakwah. Janganlah pula lupa mengeluarkan zakat yang wajib. Peruntukan sedikit harta untuk pengemis dan orang-orang yang terputus rezeki, walaupun pendapatan anda sangat kecil.

Berdakwah dan Selalu Sedia
Berusahalah menyiarkan seruan dakwah ke segenap teluk rantau. Corakkan rumah tangga, keluarga dan semua rakan taulan dengan corak keislaman. Laporkan suasana yang mengelilingi anda kepada pucuk pimpinan. Hendaklah anda sentiasa berhubung rapat dengan pucuk pimpinan dari segi jiwa dan amalan. Malah kita hendaklah meminta persetujuan mereka terlebih dahulu dalam setiap langkah yang penting di samping menganggap diri kita sebagai askar yang sentiasa dalam keadaan siap sedia dan hanya menunggu perintah untuk bertindak.

7. UNTUK TUHAN
Mengawasi Allah
Janganlah saudara terputus daripada mengawasi Allah. Sentiasalah berniat ikhlas kerana Allah dalam sebarang pekerjaan. Saudara hendaklah sentiasa beringat-ingat serta bersedia untuk ke akhirat; iaitu dengan jalan beramal dengan ibadat sunat untuk menghampirkan diri kepada Allah. Banyakkan zikrullah dalam semua hal serta berdoa dengan doa-doa yang ma'thur yang pernah diamalkan oleh Rasulullah dalam setiap keadaan.

Amalkan Wirid Khas
Amalkan wirid yang khas bagi Ikhwan Muslimin dan janganlah saudara mengecualikannya melainkan sesuatu situasi cemas dan memaksa.

Bersih dan Kelalkan Wuduk
Peliharalah kebersihan yang nyata dan yang maknawi. Seboleh-bolehnya sentiasalah berada dalam keadaan berwuduk.

Solat
Dirikan solat dengan betul dan pada waktu-waktunya yang ditentukan. Seboleh-bolehnya selalulah ke masjid dan berjemaah di sana.

Puasa
Hendaklah saudara berpuasa pada bulan Ramadan dengan sebaik-baiknya.

Haji
Hendaklah saudara menunaikan fardu haji jika mampu. Jika belum mampu, bekerjalah untuknya sekarang juga.

Beristighfar
Hendaklah saudara sentiasa membaharui taubat dan istighfar meminta ampun kepada Tuhan. Jauhkan diri daripada segala dosa besar dan dosa kecil.

Manfaatkan Masa
Hendaklah saudara menjaga masa kerana masa itu adalah umur saudara; oleh itu hendaklah saudara menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang samar-samar hukumnya supaya dengan menjauhkan diri daripadanya saudara tidak terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram.

Kawal Diri
Lawan diri sendiri dengan sehebat-hebatnya agar mudah saudara memimpin diri sendiri. Kawallah mata dan perasaan hati sendiri. Kuasailah desakan kemahuan dalam diri dan halakanlah semuanya itu kepada perkara yang halal lagi baik. Elakkan diri daripada apa jua perkara yang haram walau apa pun jua coraknya.

8. UNTUK KESEMUANYA
Kekal Niat Jihad
Hendaklah saudara sentiasa berada dalam keadaan niat berjihad dan untuk-Nya sedaya upaya.

Muhasabah
Sebelum tidur, peruntukkan masa selama satu jam untuk menyoal diri sendiri tentang sejauh mana dan sebanyak mana saudara menunaikan kewajipan ini. Jika didapati jawapannya baik, bersyukurlah kepada Allah; tetapi jika dapati kekurangan maka pintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah. Hendaklah saudara pinta pertolongan daripada-Nya kerana Allah itu sebaik-baik Pengawal dan sebaik-baik Pembantu.

10 KEDIAMAN SYAITAN DI LUBUK HATI KITA




Imam Ghazali r.a telah menggariskan kpd kita sepuluh perkara yg menyebabkan syaitan bermaharajalela di lubuk hati kita....

1. Marah dan Syahwat
2. Hasad Dengki dan Tamakkan Dunia
3. Kekenyangan Akibat Makan Terlalu Banyak
4. Terlalu Menghias Diri
5. Keinginan Mengampu
6. Harta dan Wang Ringgit
7. Lokek dan Takut Miskin
8. Terlalu Fanatik,Taasub dan Berdendam
9. Terlalu Memikirkan Tentang Zat dan Sifat Allah SWT Tanpa Ilmu Pengetahuan dan Diluar Batas Akal Fikiran Manusia
10. Sangka Buruk Sesama Kaum Muslimin

SEMOGA KITA DIJAUHKAN OLEH ALLAH DARI SEMUA KEBURUKAN INI~INSYAALAH

SAYANG KEDUA-DUANYA


بسم الله الرحمن الحيم
السَّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



"Kasih Ibu membawa rahmat ...,

Kasih Ayah membawa berkat ...

Kasih sayang kedua-duanya mengundang keredhaan Allah Ta'ala ....

Ibnu Abbas r.a. berkata;- " Tiada seorang anak yang melihat wajah ayah ibu dengan
rasa kasih sayang ( rahmat ) melainkan Allah Ta'ala akan mencatat untuknya pahala

haji yang mabrur ( diterima-NYA )." ... { سبحان اللهُ وتعالى } ....

" Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibubapaku,kasihanilah mereka
sebagaimana mereka mengasih sayangi aku ketika dalam pemeliharaan mereka
ketika aku kecil. Ampunilah juga dosa orang-orang muslim muslimat, baik yang masih
hidup maupun yang sudah mati.

Dan jadikanlah hubungan kami dengan semua muslimin sentiasa baik. Ya Allah,
ampunilah dan kasihanilah kami, hanya Engkaulah Yang Maha Pengasih. Dan hanya
Engkau ya Allah Maha Perkasa lagi Maha Suci Engkau daripada sifat kekurangan.
Amin Ya Rolbal alamin ."


AL-Fatihah untuk ayah/ibu yang telah kembali ke Rahmatullah ....


HR:- MUSLIM ;- " Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputus-
lah amalannya kecuali tiga perkara iaitu;- sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat
dan doa anak yang soleh yang mendoakan orang tuanya." ...

Berbuat baik dan berbaktilah kepada ayah ibu selagi hayat dikandung badan. Tanpa mereka
berdua, siapalah kita. Jasa mereka tak terbalas oleh kita... renung2kanlah...

والسّلام.  والله اعلم بالصواب 

FITNAH




Sesungguhnya lidah itu merupakan nikmat yang amat berharga kerana itu kita hendaklah menjaga dengan sebaik-baiknya, jangan sampai disalahgunakan seperti membuat fitnah.

Namun dalam era kemajuan sains dan teknologi ini, manusia bukan sahaja menyebar fitnah menggunakan lisan tetapi juga melalui kecanggihan teknologi maklumat sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik.

Oleh itu kita hendaklah menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut dengan baik dan bijaksana. Namun apa yang membimbangkan pada masa ini terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakannya untuk menyebarkan berita-berita yang tidak benar, khabar-khabar angin apatah lagi yang mengandungi unsur-unsur fitnah.

Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Qalam ayat 10-11 tafsirnya :

"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan".

Diriwayatkan daripada Khuzaifah Radiallahuanhu, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :

"Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)". {Hadis riwayat Imam Muslim}

HEMBUSAN NAFAS SEORANG DA'IE


Zaman tidak pernah ketandusan pejuangnya.

Zaman tidak pernah sepi.

Sekalipun tidak ramai yang mahu kemedan ini.

Medan air mata.


Medan susah payah dan medan yang tiada istirehat ini namun Allah masih memberi ruang kepada hambaNya untuk merasa kenikmatan memangku agamaNya dan merasai berada dalam jiwa rasul yang sangat dicintai….

Disinilah nafas nafas yang ingin ku hembuskan untuk memiliki kenikmatan itu. Kenikmatan menyusuri Nabi ku. Merasai apa yang telah dirasainya. Menghamburkan airmata seperti mana telah dituangkanya diharmain…luka-luka hatinya waktu berada keseorangan setelah kehilangan yang dicintainya….

Memang mustahil untuk ku merasai menaiki buraq kelangit ketujuh untuk dihiburkan dengan gambaran gambaran syurga namun kisah nabiku telah mencabut ruh ku untuk berjalan merentasi awan kapas…berlegar legar menanti hari bahagia itu. Dalam lambaian penghuni jannah untuk kutemui apa yang ku citakan…

Telah ku hapuskan dongeng dengeng lama dalam diri ini untuk aku melaju menemui mereka sebelum aku…

Disinilah iradah ku tercipta..Iradah yang dicerminkan oleh duat terdahulu dan aku penyambungnya…

Aku inginkan agar nafas yang ku hembuskan naik dan turun disetiap malam mencari redhanya ini adalah nafas semangat yang tidak akan melalaikan dan membuatkan aku tertidur lelap…

Aku tidak mahu hanya menangis diatas sejadah tanpa berbuat apa apa terhadap dakwah ini. Aku tidak mahu hanya berukuhuwah dan berkasih sayang sahaja tanpa dapat menarik sahabat sahabat ku untuk melaksanakna dakwah ini semahunya…

Aku mahu mereka semua mengubah pohon jahiliyah ini menjadi pohon islam yang berbuah dan ranum dan dapat dinikmati oleh generasi mendatang…

Aku mahu mereka menjadi burung helang yang sentiasa bersemangat waja membela deen ini dan bukan burung puyuh yang hanya merayap menunggu pemangsanya….

Aku tidak mahu melihat ummah ini hanya puas kepada islam yang mereka miliki sekarang yang tidak menjanjikan ketenangan batin…

Islam yang masih tergolek lemah dibawah panji panji demokrasi yang syirik ini hingga ummah cenderung dan berpuas hati pada hanya kehidupan duniawi yang melihat kemaksiatan sebagai perkara biasa dan bukan sebagai najis yang perlu dibersihkan….

Inilah sebahgian semangat ku dan nafas yang ku hembuskan buat kamu duat yang sangat aku kasihi…

Bangunlah dari tidur yang melenakan…
kerana usia ini sangat pendek
buang kalimat ‘ nanti dan sampai…
kerana kedua itu adalah penyakit yang sangat dalam….

Jangan kita mengangankan dunia yang fana’ ini wahai duat…
kerana orang yang mengembalakan hasrat dunianya
dipadang rumput angan angan
gembalaannya akan terus kurus

Memang iman kamu akan terus kurus..

Aku telah lalui jalan ini dan memang menjemukan jika tanpa dihiburkan oleh iman yang telah aku jadikan sebagai alunan musik yang tertusuk jiwa …


InsyaALLAH sahabat ku…
dialam ini akan terbit fajar baru
dengan hembusan nafasmu yang menyonsong cahayanya
kamu pasti akan melihat cahaya itu menyinari kita dari jauh…~

SIAPA TUHAN DI HATI KITA ??


Aku insan kerdil....

Alhamdulillah...bersyukur kehaadrat Ilahi kerana dapat lagi aku bernafas dan berpeluang meningkatkan ilmu dan amal di bumi yang bertuah ini...semestinya aku bersyukur kerana dapat hidup dengan aman dan damai tatkala sahabat2 kita di negara lain di timur tengah khususnya menghadapi segala macam kesulitan untuk terus pemperjuangkan nasib mereka....

Aku insan kerdil..dan semestinya aku tidak punya apa2 untuk dibanggakan...

Siapakah kita???

Siapakah kita? Siapakah kita untuk hidup bersendirian sedangkan Tuhan itu ada? Siapakah kita yang mencipta jalan sendiri sedangkan Jalan terbaik telah tersedia? Siapakah kita mahu mengeluh sedangkan nikmat tuhan sentiasa ada?

Siapakah kita yang mahu lupa padaNya sedangkan dia tidak pernah lupa memberi denyutan pada nadi kita?

Siapakah kita yang mahu membangga diri dengan kemewahan sedangkan semuanya tu dariNya? Siapakah kita yang merungut tentang kekecewaan sedangkan saat kegembiraan sedikit pun tidak teringat akanNya?

Siapakah kita mahu melanggar batas yang ditetapkan sedangkan Tuhan telah mencipta HukumNya dengan sempurna dan menjanjikan Redha pada yang mahu mengikutnya? Siapakah kita mahu menentukan nasib ditangan sendiri sedangkan pancaindera pun dari kurniaanNya?

Siapakah kita mahu membeza-bezakan bangsa dan rupa walhal Allah memandang kita sama dan Iman yang menjadi beza? Siapakah kita mahu membenci makhluk lain sedangkan kita juga makhlukNya?

Siapakah kita mahu melawan takdir sedangkan kita belum tahu apa yang berlaku dihadapan? Siapakah kita untuk diberi pujian sedangkan pujian kita untuknya pun masih belum mencukupi? Siapakah kita untuk merasa sempurna sedangkan diri masih berdoa meminta padaNya? Siapakah kita yang terus kedekut di dunia sedangkan Tuhan itu Maha Pemurah?

Siapakah kita yang mahu hidup tanpaNya sedangkan dia tidak pernah lari dari mendengar rintihan dan doa dari Hambanya? Siapakah kita yang mahu berputus asa dari rahmatnya sedangkan kita terus diberi nafas agar segera bertaubat kepadaNya? Siapakah kita mahu menganiaya orang lain dengan kejam sedangkan setiap perbuatan kita dihakimiNya?

Siapakah kita yang sentiasa mempertikaikan kewujudanNya sedangkan bukti-bukti kewujudan sudah terpampang di depan mata? Siapakah kita yang meninggalkan sujud kepadaNya sedangkan dosa tidak pernah lari dari hambaNya? Siapakah kita yang terus mempersoalkan nasib kehidupan sedangkan Tuhan dengan rela memberi sandaran yang tidak pernah rebah pada hambaNya yang berserah diri kepadanya?

Siapakah kita mahu meletakkan harapan pada manusia sedangkan harapan dari Allah tidak pernah mengecewakan? Siapakah kita untuk terus menikmati kehidupan dunia sedangkan Allah menetapkan mati itu pasti dan akhirat akan menanti? Siapakah kita untuk berbahagia di dunia tanpa mengenang dosa sedangkan Tuhan tidak pernah lupa?

Siapakah kita untuk terus berlagak biasa tanpa memikirkan dimana tahap iman kita? Bukankah kita cuma hambaNya..yang tercipta dari tanah cuma? Tuhan kurniakan agama untuk tidak mengecewakan manusia..namun manusia sentiasa mengecewakan agama.. Tuhan kurniakan akal untuk berfikir kekuasaanNya namun manusia sentiasa lupa.. Janji Allah pasti terlaksana! Hukum Allah tetap berlaku! Tatkala Allah berkata 'Kun fa ya kun" Maka bila jadi akan jadilah! Kenapa masih meraguiNya?

Kita cuma hambaNya yang hina..sentiasa meminta...Tatkala diberi pula terus lupa,tatkala diberi bala untuk mengingatinya kembali ..kita menangis kecewa denganNya..Bukankah kita patut bersyukur kerana Allah itu rindukan doa dan rintihan kita..agar kita kembali pada jalanNya?

Bila kita teguh pada jalanNya tatkala diberi ujian untuk menambahkan pahala kita mengeluh minta dijauhkan sengsara?Minta dicepatkan kedukaan hilang?

Sedangkan Allah itu menyayangi kita dan memberi ujian untuk terus mendengar kalimah kesyukuran padaNya agar dapat pertolongan pahala diberi namun kita pula yang mengelak sedangkan belum tentu Syurga milik kita dengan pahala yang baru sedikit cuma? Kita cuma hambaNya.. Matinya bila-bila..Renung2kanlah...wallahualam...

‎10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan... selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya 


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi
makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya
(Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

10 SEBAB DOA TIDAK DIKABULKAN


Dari Syaqiq Al Balkhi berkata : "Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya:

"Ya Abu Ishaq, Allah berfirman; bermaksud :
"Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan. Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan!".

Ibrahim bin Adham menjawab: "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".

1.Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.

2.Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya. 

3.Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya. 

4.Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya. 

5.Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga. 

6.Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya. 

7.Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati. 

8.Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri. 

9.Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya. 

10.Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka. 

  • 10 SEKSAAN KEPADA WANITA YANG PALING MENGERIKAN


    SEPULUH jenis siksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Isra` dan Mi`raj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenang-nya.

    Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan :
    (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

    Siksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah :
    (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan 
    (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan 
    (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

    Baginda juga melihat bagaimana :
    (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

    Ada pula :
    (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwhudlu dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi yaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

    Selain itu, Baginda melihat :
    (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

    Baginda juga melihat :
    (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

    Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah :
    (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

    Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang :
    (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

    Semoga kita terhindar dari Siksaan tersebut diatas...