TIPS MENCARI JODOH DUNIA AKHIRAT


1. Memperbaiki Diri.
Jika kita ingin mendapatkan jodoh yang shalih, maka kita harus menjadi orang yang shalihah juga. Itulah maksud Allah dalam firman-Nya,
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (QS. An-Nur: 26).

2. Tidak Putus Asa Dalam Berdoa.
Jangan pernah berputus asa untuk berdoa. Doa yang baik untuk mendapatkan jodoh adalah doa yang terdapat dalam surat Al Furqon ayat 74 : “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.
Agar doa lebih terkabul, perhatikan juga adab-adab berdoa dalam Islam. Jadi jangan berdoa menurut versi kita sendiri. Berdoalah menurut apa yang diajarkan Allah dan Rasul-Nya kepada kita, niscaya doa kita akan lebih terkabul.

3. Memperbanyakkan Ibadah Sunnah.
Agar jodoh kita semakin cepat datang, kita juga perlu mendekati Allah dengan ekstra dekat. Caranya tidak hanya mengandalkan ibadah wajib, tapi juga dengan menambah ibadah-ibadah sunnah seperti sholat tahajjud, sholat dhuha, shaum, tilawah Al Qur’an, infaq, dan lain-lain. Lakukan ibadah sunnah ini secara rutin setiap hari agar iman kita bertambah dan doa kita semakin dikabulkan Allah Swt.

4. Memiliki Kriteria Yang Tidak Sukar.
Mengapa jodoh sulit datang kepada kita? Salah satunya mungkin disebabkan karena kriteria jodoh kita terlalu sukar. Kita ingin jodoh yang mapan, ganteng/cantik, berpangkat, keturunan baik-baik dan beriman. Keinginan semacam itu sah-sah saja, tapi jika hal tersebut dijadikan syarat untuk jodoh kita maka kita telah mempersulit diri sendiri.
Itulah sebabnya Rasulullah mengatakan jika kita tidak dapat memperoleh semuanya, maka pilihlah yang agamanya paling baik. Hal itu berarti mungkin saja jodoh kita orang yang miskin, tidak berpangkat, bukan keturunan orang baik, akan tetapi kita perlu menerimanya asalkan memiliki agama/akhlaq yang baik. Jangan kita menginginkan kesempurnaan dari orang lain, sedangkan diri kita tidaklah sempurna.

5. Memperluaskan Pergaulan.
Cara lain agar cepat mendapatkan jodoh adalah memperluas pergaulan. Dengan pergaulan yang luas kita juga lebih banyak mendapatkan pilihan. Seringkali jodoh itu datang bukan dari perkenalan langsung, tapi dari kenalan teman kita. Itulah gunanya pergaulan yang luas. Ibarat seorang nelayan yang menebarkan jaringan yang luas untuk mendapatkan ikan yang lebih banyak.

6. Meminta Bantuan Orang Lain.
Cara lain agar cepat mendapatkan jodoh adalah meminta tolong kepada orang lain yang reputasinya baik. Orang tersebut bisa saja guru mengaji, murobbi, teman, orang tua, saudara, dan lain-lain. Jangan malu-malu untuk meminta bantuan kepada mereka dan jangan malu-malu juga untuk mengulangi permintaan kita secara rutin agar orang tersebut ingat bahwa kita meminta bantuan kepadanya.

7. Menyatakan Hasrat Secara Langsung.
Bisa juga seorang wanita mendapatkan jodoh dengan cara menyatakan langsung kepada lelaki yang baik agamanya bahwa kita siap menikah dengannya. Ini adalah cara yang masih asing dalam budaya Indonesia. Namun cara ini sebenarnya Islami, karena pernah dilakukan Khadijah ra kepada Nabi Muhammad SAW. Khadijah ra yang lebih dahulu menyatakan hasratnya kepada Nabi melalui perantaranya.

JODOH URUSAN ALLAH


Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan yang jahat atau zalim.. Contohnya, Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun Laknatullah.

Terselit hikmah disebalik yang Allah tentukan segala sesuatu.. Mungkin juga Allah hendak meninggikan lagi darjat kita di akhirat nanti.

Walaupun kita diduga dengan pasangan yang memberatkan kita, terimalah dia seadanya.. Bersyukurlah dengan Kelebihannya dan bersabar dengan Kekurangannya.

Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katakanlah kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik...tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah, Bersabarlah. Mungkin itu salah satu cara Allah nak beri syurga pada kita. Rebutlah pahala sabar dan redha kerana orang yang sabar, Allah dekat padaNya.. Orang yang dizalimi, cepat doaNya...

Jangan berputus asa walaupun kadang kala, amat berat untuk kita pikul walaupun ia amat memenatkan dan memeritkan kita, terima lah dugaan kita di dunia..

Biarlah ia berat didunia, jangan ia berat di alam akhirat.. Subhanallah...

Janji Allah tentang lelaki baik untuk wanita yang baik atau sebaliknya bukan hanya berlaku pada awal pernikahan tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju ke syurga..

MENGAPA PERLU BERKAHWIN


1. Bernikah maknanya menghalalkan yang haram.

2. Bernikah bererti hubungan dua keluarga dieratkan menjadi satu keluarga besar.

3. Bernikah.. "Sempurna ibadah seseorang itu apabila ia bernikah.." Sabda Rasulullah saw yang bermaksud. “Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya di telah memelihara sebahagian daripada agamanya.”

4. Bernikah.. Membawa kepada kelahiran zuriat dan memperbanyakkan umat Nabi Muhammad SAW.

5. Bernikah.. Tiada aurat antara suami dan isteri. Sabda Rasulullah SAW, “Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, maka sesungguhnya kahwin itu menghalang pandagan yang haram dan memelihara kemaluan. Maka sesiapa yang tidak sanggup berbuat demikian hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai baginya.”

6. Bernikah.. Membina sebuah keluarga dan membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan

7. Allah berfirman dalam surah An-Nisa' Ayat pertama sekali.
“Wahai manusia, bertakwalah kamu kepada Tuhan kamu, yang menjadikan kamu daripada jiwa yang sorang iaitu Adam, daripada Adam dijadikan Hawa, dan daripada keduanya percantuman mereka bagi perkahwinan ini, akhirnya lahirlah zuriat yang ramai; lelaki dan perempuan.”

KESETIAAN WANITA LEBIH HEBAT DARI LELAKI


1. Wanita kurang berbohong berbanding lelaki. Wanita berkata benar setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika terkena lelaki, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada kebenarannya. Senang cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.

2. Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau darjat. Susah senang wanita sanggup harungi bersama demi cinta. Lelaki zaman ini pula lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup meninggalkan pasangan HANYA kerana HARTA DUNIA.

3. Ketika lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi pendengar setia. Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian. Kadang-kala lelaki lupa akan pengorbanan wanita walaupun dia sekadar "meminjamkan" telinganya untuk mendengar segala keluh resah anda.

4. Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia. Wanita akan menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir meninggalkan pasangan walaupun lelaki itu tinggal sehelai sepinggang (mungkin ada yang kurang setuju, tetapi hakikatnya wanita yang sanggup susah bersama). Betul betul betul.

5. Sifat keterbukaan tanpa ada selindung. Wanita berterus-terang mengenai segala hal. Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding lelaki yang punya pelbagai lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak berselindung dari berterus-terang.

6. Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat. Segala rahsia diceritakan kepadanya pasti terkunci. Wanita tidak suka menjaja keaiban pasangannya. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun hatinya dikoyak dan dirobek sesuka hati oleh pasangannya.

7. Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana wanita kini lebih berdikari. Lelaki pula suka mengambil kesempatan jika pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana lelaki sanggup curang dengan isteri kerana tidak dimanjakan dengan wang.

8. Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya. Sanggup membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa juga keperluan yang didambakan. Hobbi yang paling best bagi orang perempuan adalah shopping.. jadi bila anda panggil dia dan dia sanggup batalkan niat nak pegi shopping tu kira "berkorban" juga.

9. Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan perhatian dan nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya yang telah berpunya. Sebaliknya lelaki kalau mendapat perhatian wanita seksi, pasti mula mengaku solo.

10. Wanita tak kisah diajak bertandang ke rumah keluarga kekasih. Tak kira berapa pun usia percintaan tetapi wanita tetap tenang untuk berdepan keluarga kekasih. Lelaki selalunya memberi alasan belum bersedia. Padahal mereka takut jika berjumpa keluarga nanti, soal perkahwinan terpaksa dibincang lebih awal.

TANDA2 SIFAT SOMBONG


1. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.

2. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya.

3. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.

4. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.

5. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.

6. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.

7. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.

8. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah.

9. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia

10. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.

11. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.

KENAPA KITA DIUJI


Sebab Dia mahu lihat sejauh mana keikhlasan kita dalam menerima dugaanNya dan redha hambaNya diatas segala ketentuanNya..

Walaupun qadak dan qadar telah ditulis sejak dalam perut ibu sekali, yang mampu meruba qadak dan qadar adalah doa.. Doa pada Allah.. kerana SesungguhNya Allah itu dekat dengan hambaNya yang berdoa padaNya..

Ujian Anak :
Kadang-kadang Allah uji kita melalui anak. Anak ini amanah Allah.. anak bukan investment, bila cukup masa kita suruh dia ganti balik apa yang kita dah beri pada dia.. Hikmah Allah beri anak pada kita kerana anak itu salah satu harta akhirat kita.. bila kita didik anak dengan betul, maka dengan doa anak dan IzinNya maka boleh berubah nasib kita di"sana" kelak.. Anak adalah amanah Allah pada kedua orang tuanya. Disamping itu anak juga pembawa rezeki pada ibu bapanya.. biasanya bila ibu mengandung, bertambahlah rezeki satu keluarga itu.. jangan tamak dengan harta atau rezeki yang diberikan.. sebab bila Allah beri kita rezeki lebih bukan untuk kita semata-mata, kerana hadirnya satu lagi tanggungjawab iaitu anak.
Apabila besar anak itu kelak, maka diuji lagi dengan kenakalan si anak.. Hinggalah dia meningkat dewasa.. itulah ujian anak..

Ujian Harta :
Allah juga uji kita dengan harta.. bagaimana kita belanjakan harta kita? Bukan ke rezeki itu datang dari Allah.. bila ada harta yang lebih, perlu juga kita sedekah kan pada yang kurang.. namun biasanya dengan harta, datang sifat Tamak pada manusia.. itulah ujian Harta

Ujian Pangkat :
Bila kita dinaikkan pangkat, bukan ke itu dengan Izin Allah? Pernah ke kita teliti kenapa kita dinaikkan pangkat? kadang-kadang kita dinaikkan pangkat sebab adanya satu lagi tanggungjawab dalam hidup kita. Dengan pangkat, Allah uji kita, adakah kita "ujub" dengan pangkat? Sifat takbur dan bongkak pada pangkat yang ada? Adakah kita lupa dari mana kita mula? Bukan ke dari bawah? mengapa perlu takbur dan sombong bila Allah kurniakan atau murahkan rezeki kita dengan pangkat?

Ujian Kuasa :
Seorang lelaki diberi pelbagai kuasa.. Kuasa ketua dalam rumahtangga.. Kuasa sebagai imam di kalangan isteri dan anak-anaknya. Dan juga kuasa talaq. Kuasa dalam pekerjaannya.. dan dengan kuasa itu juga, Allah duga khalifah di bumiNya.. Dengan kuasa, manusia menzalimi dan dizalimi..

CIRI2 POSISI TIDUR MELAMBANGKAN PERIBADI ANDA


TIDUR BERPOSISI KEDUA-DUA TANGAN DI BELAKANG KEPALA.
Golongan ini merupakan seorang yang pintar dan bersemangat untuk belajar.
Sering dan gemar memberikan idea yang bernas mahupun unik. Idea yang mungkin tidak pernah diperolehi orang lain.
Seorang yang memegang prinsip FAMILY FIRST!
Sukar bercinta dek kerana terlalu memilih.
Seorang yang berterus-terang dalam hubungan dan gemar meluahkan rasa tidak puas hati tanpa memendam.
Agak cemburu dan juga seorang yang paranoid.

TIDUR BERSELUBUNG SELIMUT SELURUH BADAN.
Seorang yang berpenampilan "macho/cun" di hadapan khalayak ramai.
Pemalu dan lemah.
Penyiman rahsia dan seorang yang sangat berahsia.
Gemar menyelesaikan masalah sendirian dan memendam tanpa pengetahuan orang lain.
Sering meracau sewaktu tidur.
Tidak gemar meminta bantuan orang lain.
Berjiwa lembut dan romantik dalam hubungan.
Sang pencinta setia walaupun ramai beranggapan anda tidak pandai bercinta.

TIDUR BERPOSISI KEDUA-DUA TANGAN DILETAKKAN DI BELAKANG KEPALA DAN KAKI BERSILANG.
Seorang yang terlalu mementingkan perasaan diri sendiri.
Sukar menerima perubahan dalam diri.
Gemar bersendirian tetapi mempunyai sikap toleransi.
Seorang yang tegas dalam semua perkara.
Tidak takut untuk berhadapan dengan cabaran.
Mempunyai matlamat hidup yang jelas.
Seorang yang pendendam di dalam hubungan.
Sekali terluka, si dia akan menerima balasan yang setimpal.

TIDUR MEMBONGKOK.
Sering berasa keseorangan dan kecewa dengan kisah silam.
Terlalu merendah diri dan kurang keyakinan.
Sangat pemalu.
Memiliki sifat sense of humor sangat kuat.
Kurang berkomunikasi dan mudah dicop sombong.
Seorang penyabar dalam setiap situasi.
Sering teragak-agak dan berbelah bagi dalam memberi cinta kepada pasangan.

TIDUR MEMBONGKOK DAN MENGIRING.
Seorang yang pentingkan diri sendiri dan kuat cemburu, pendendam.
Panas baran hanya kepada orang yang suka cari pasal.
Seorang yang yakin pada diri sendiri.
Boleh melihat kejayaan dalam setiap perkara yang dilakukan.
Suka merealisasikan impian anda.
Seorang manis bibir dalam percintaan.
Pandai dalam berkata-kata dan suka meluahkan perasaan.

TIDUR MENGIRING DAN BERALASKAN LENGAN DI KEPALA.
Seorang individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang.
Kurang keyakinan di dalam diri sendiri.
Seorang yang sentiasa belajar dalam kesilapan dilakukan.
Terlalu boros dalam berbelanja.
Dalam diam, sebenarnya anda suka mencari perhatian daripada orang lain.
Cepat naik marah apabila berhadapan dengan situasi genting.
Senang untuk memberi hadiah kepada orang tersayang.

TIDUR TERLENTANG DENGAN MENDEPA SEDIKIT TANGAN DAN KAKI.
Seorang yang sangat cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan.
Mempunyai cita rasa yang sangat tinggi.
Tidak suka mengikut arahan orang lain.
Mampu berdikari dan pantang bergantung dengan orang lain.
Seorang yang pemboros dan sesuai dengan pendapatan anda memiliki tidak kurang hebatnya.
Seorang yang penyibuk dan suka bergosip.
Berkomitmen tinggi akankerja yang dilakukan serta bekerja keras.

TIDUR MENIARAP.
Seorang yang berfikiran agak sempit,terlalu tertumpu dan suka memaksa orang orang lain untuk memenuhi kehendak diri.
Seorang yang lalai dan tidak terurus, pelupa dalam segala hal percintaan.
Manja dan pemurah hati.
Popular dikalangan kawan-kawan dan orang sekeliling.
Suka memberi pertolongan.
Lebih mementingkan persahabatan di dalam hidup.
Paling pantang dengan manusia penipu.

20 SIKAP SUAMI YANG TAK DISUKAI ISTERI


1. Panas Baran.

2. Suka Mengongkong.

3. Ego.

4. Suka “cuci mata”.

5. Main Kayu Tiga.

6. Tidak Sensitif Perasaan Wanita.

7. Lebih Pentingkan Kawan-kawan.

8. Tidak Tahu Menghargai.

9. Meninggikan Suara.

10. Penipu.

11. Sombong.

12. Tertutup (Perahsia).

13. Tidak Berpendirian Tetap.

14. Lemah /Tiada keyakian diri.

15. Pengecut.

16. Pemalas.

17. Tidak Bertanggungjawab Terhadap Anak

18. Menang Sendiri.

19. Kurang Komunikasi.

20. Tidak Kemas & Tidak Harum.

10 KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN SUAMI TERHADAP ISTERI


1. Tidak Mengajarkan AGAMA & HUKUM Syariat Kepada Isteri.
Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie dan tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak dan menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dan sebagainya. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.
Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintakan.” (Surah At-Tahrim:6)

2. Suka Mencari Kekurangan & Kesalahan Isteri.
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatiri akan mendapati berbagai kekurangan isteri dan cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya. Kerana suami juga mempunyai kekurangan dan celaan seperti sabda Rasulullah:
“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {Hadith riwayat Muslim}

3. Memberi Hukuman Yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri.
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, iaitu:
Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman (sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34)
Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie (sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1)
Memukul wajah, mencela dan menghina.
Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” (H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani)

4. Culas Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri.
Isteri berhak mendapatkan nafkah dari suami, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa pengetahuan suaminya.
Sabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” (Muttafaq ‘alaih)

5. Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri.
Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” (Hadith riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani)
Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam, seseorang suami itu haruslah berakhlak baik, bersikap lembut dan tidak kasar terhadap isterinya. Hal ini kerana, suami yang bersikap kasar pasti akan menggugat kebahagiaan hubungan antara dirinya dengan isteri.

6. Sombong Untuk Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga.
Sesetengah suami sombong dan malas untuk membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Disebabkan sikap ini, sesetengah isteri merasa dirinya terbeban dan tertekan. Marilah contohi Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dalam melayani isterinya Aisyah r.ha. Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam di rumahnya, beliau menjawab:
“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” (Hadith riwayat Bukhari)

7. Menyebarkan Rahsia & Aib Isteri.
“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya dan isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” (Hadith riwayat Muslim)
Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.

8. Sikap Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri.
Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dan sebagainya. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:
“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” (Hadith riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani)

9. Berpoligami Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syariat.
Bernikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Tetapi, terdapat sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama dan anak-anaknya. Dalam Surah an-Nisa, ayat 3, Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.”

10. Lemah Kecemburuan Terhadap Isteri.
Para suami membiarkan keindahan dan kecantikan isterinya dinikmati dan dipertontonkan kepada bukan mahram. Dia membiarkan isterinya mendedahkan aurat ketika keluar rumah, dan membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki bukan mahram. Bahkan ada sebahagian suami bangga kerana memiliki isteri yang cantik dan boleh dinikmati oleh pandangan kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang sangat mulia, sehingga keindahan dan keelokannya hanya diperuntukkan atau dikhususkan untuk suaminya sahaja dan tidak sesekali ‘dijaja’ ke mana-mana pun.
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang bukan mahram. Perhatikan ancaman Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):
“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts.” (Hadith riwayat An-Nasa’i, dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674)