Nabi saw berkata,
apabila kita dimasukkan ke dalam kubur,
badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan..

Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat..
Dibuka muka kita,
pipi kita akan kena tanah..
Duduk dalam kubur menghadap kiblat.

Suami, isteri, anak² menangis..
Selepas itu,
diambil papan lalu ditutup..

Tanah pun diturunkan secara perlahan²..
Bila sudah sampai separuh kubur,
tukang kubur pun naik melompat ke atas..
Bila melompat naik ke atas, tutup..!
Dipijak²nya kubur.

Nabi saw berkata,
bila orang yang hantar kita ke kubur mula berpaling muka ke belakang,
kita mendengar bunyi derapan tapak kaki mereka pulang..

Derapan kaki² mereka kita boleh dengar..
Maka pada saat itulah,
roh kita akan duduk..
Duduknya roh dan kaki melunjur..
Badan tegak.

Maka pada masa itulah,
kita akan memanggil orang² yang menghantar kita ke kubur..
Kalau adik yang hantar,
kita akan memanggil adik kita.

"Adik, jangan tinggalkan abang, abang takut…"

Suami memanggil si isteri,

“Sayang, jangan balik..tunggu abang Pah”
Isteri tak mendengar..
Isteri membawa cerek dan daun pandan balik sambil lap air mata..

Sayang macam mana pun isteri kita,
dia akan balik..
Dia tidak akan tengok..
Dia tetap balik.

Selepas itu,
kita akan melihat anak² kita balik..
Kita panggil anak²,
tapi tak dengar..

Selepas mereka semua pergi,
datanglah dua malaikat..
yang hitam kedua²nya..
yang biru kedua²nya..

Dan kita dengar langkah kaki malaikat lebih kuat daripada langkah kaki² orang yang balik tadi..
Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi..
Lagi menakutkan.

Yang tak pernah senyum dan ketawa,
malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita,

"Hai manusia!"
Malaikat tak kata,
"Hai ustaz, hai ustazah".

Malaikat tak panggil begitu.
Malaikat pun tak kenal kita.
Malaikat tak memanggil hajjah atau haji, Datuk Datin tapi memanggil "Hai manusia!”

"Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?"
Itulah pertanyaan dia..

Maka kita akan menjawab,
"Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”.

Kalau itulah jawapan kita,
selamatlah kita..
Dia tak bertanya lagi,
"Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?".

Kalau lulus pertanyaan ini,
maka lepaslah pertanyaan² lain..
Maka, malaikat tadi mendengar apa yang kita jawab..
Malaikat berkata,
"Kami sudah tahu kamu akan jawab seperti itu. Kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik".

Maka, kata malaikat kepada kita,
"Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin".

Nabi Muhammad S.A.W kata,
kalau kamu orang yang baik,
akan diluaskan kuburnya seluas 70 hasta,
dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu.

Walaupun mayat tak boleh beritahu kita,
Nabi sudah khabarkan pada kita.
Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.

Sesungguhnya bekal yang paling baik adalah taqwa.
Jagalah solat kita.
Allahuakbar!

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barang siapa yang menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."
(HR. Al-Bukhari)

Yang ucap aamiin semoga akhir hidup kita semua berada di dalam Husnul Khotimah.
Aamiin Ya Robbal'aalamiin.

Semoga bermanfa'at.

“Hari ini kita sedekahkan Al-Fatihah untuk orang lain, esok lusa mungkin orang pula sedekahkan Al-Fatihah untuk kita”.

3 JENIS KAKI SEMBANG YANG DIBENCI RASULULLAH SAW



1. "Thartharun", iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap.

2. "Mutasyaddiqun", iaitu golongan yang suka bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain.

3. "Mutafayhiqun", iaitu golongan yang bila bercakap, suka cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون

“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.” [riwayat al-Tirmidzi].

ASAS IBADAT




1. Kosongkan perut.

2. DIAM.

3. Mengasingkan Diri.

4. Berjaga Malam

CARA UNTUK KESAN ADA MAKHLUK HALUS TINGGAL DI DALAM PERUT


Letakkan tapak tangan Suami di perut , beritahu Suami di Mana kawasan perut yang selalu rasa berdenyut2 Dan sakit.Letakkan di tempat sakit tersebut..
 
Kemudian Suruh Suami baca:

Al Fatihah 11x
Kemudian baca Laa Haula Wa Laa quwwata illaa Billaah sebanyak 11x
Al Falaq 7x
Al ikhlas 7x
Dan Selawat 7x

Semasa letakkan tangan tu pastikan tekan Sedikit pada perut yang sakit itu.Jangan kuat tekan hanya sedikit Sahaja..Jangan angkat tangan selagi ayat di atas tidak di baca Dengan habis..

Sekiranya ada gangguan dalam perut..Perut anda Akan Rasa panas,pijau ,sakitSeperti di hiris2,sedawa tidak henti,nak muntah dan sesak nafas..

Jika anda mengalami tanda2 di atas semasa di ruqyah, nasihat Saya dapatkanlah rawatan Islam segera di pusat rawatan Islam berhampiran anda.. InshaaAllah izin Allah mereka Akan Bantu anda..

Cara di atas semua sebagai iktiar kesembuhan semua atas izin Allah..Cuba la buat jika Ada gangguan pasti anda Akan merasainya.

HUKUM TAJWID






 

SOLAT SUNAT TAUBAT
























Kita ni suami isteri akhir zaman..

Bila disebut suami isteri akhir zaman, maka rumahtangga kita ni akan diuji dgn sehebat2 ujian...

Kenapa diuji?
 
Atas asbab keimanan yg ada dlm diri kita dan pasangan...

Berapa ramai yg mendirikan rumahtangga dgn pasangan yg tak solat? Ramai...

Berapa ramai yg mendirikan rumahtangga dgn pasangan yg tak puasa? Ramai...

Berapa ramai yg mendirikan rumahtangga tapi tak dapat nafkah yg secukupnya? Ramai...

Berapa ramai yg mendirikan rumahtangga tapi membiarkan isteri kluar rumah tanpa menutup aurat dgn sempurna? Ramai...

Berapa ramai yg mendirikan rumahtangga tapi curang dan selingkuh dibelakang pasangannya? Ramai...

Berapa ramai yg mendirikan rumahtangga tapi masih tidak melaksanakan kewajipan dan tanggungjawabnya? Ramai...

Sebab tu kita ni suami isteri akhir zaman...sbb pengetahuan agama kita tu kurang dan cetek...suami gagal mendidik isteri dan isteri tidak mampu lagi bertahan dgn suami...

Tanya diri kita sendiri, tahap mana keimanan kita? Byk? Sederhana? Sedikit?

Iman yg kuat akan menjadikan sesebuah rumahtangga itu bahagia kerana dia tahu apa yg dia perlu buat sebagai seorang suami dan juga sebagai seorang isteri...pengetahuan dlm ilmu agama yg akan menjadikan kita seorang suami yg soleh dan seorang isteri yg solehah...

Iman akan membezakan baik buruk setiap tindakan dan perbuatan...iman akan menjadi benteng yg menghalang diri kita dr buat dosa...

Rumahtangga kita akan sentiasa berada di landasan yg tepat utk mencari redha Allah s.w.t selagi kita beriman kepada-Nya...

Pokok pangkalnya = keimanan terhadap Allah s.w.t...


Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah.

1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
2 .Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia
3. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan
4. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan
5. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
6. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya
7. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan

Untuk dipermudahkan hafazan:

Ayat 128
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”

Ayat 129
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”

Maksud ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Maksud ayat 129
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.
Dengan izin Allah. InsyaAllah

KOLEKSI GAMBAR2 DUNIA TERHENTI SEKETIKA TAHUN 2020

































Meluruskan Niat, Membetulkan Amal
 
Setiap apa yang kita buat sepanjang hidup di dunia ini tergantung pada niat kita. Kita jangan fikir solat, puasa, haji sahaja yang ada niat.
 
Semua perkara kita buat ada niat, kita kahwin untuk apa, pergi kerja untuk apa, pergi belajar untuk apa, 'ngeteh' 'ngopi' untuk apa, mesyuarat untuk apa, beli barang untuk apa. Semua perkara.

Setiap perkara yang kita buat itu kita boleh luruskan niat agar menepati kehendak Allah dan Rasul.
Sebagai contoh, kita di dalam kereta untuk pergi kerja. Sedang pegang stereng kereta itu, kita cetuskan dalam hati;

'Aku pergi kerja ini untuk apa?'

Luruskan niat;

'Aku pergi kerja ini untuk cari rezeki untuk anak isteri, untuk taat perintah Allah melaksanakan tanggungjawab sebagai suami.'
 
Keluar mahu 'ngeteh';

'Mahu jumpa orang ini untuk eratkan silaturahim. Allah dan Rasul minta jaga silaturahim.'

Beli hanfon baru;

'Supaya memudahkan urusan kerja untuk mencari rezeki.'

Walau apa pun niat kita, Allah akan lihat juga cara kita buat. Walaupun sebelum buat kita luruskan niat, tetapi perbuatan sebenarnya untuk memenuhi nafsu kita sahaja.
 
Maka Allah lebih tahu apa sebenarnya niat kita itu. Sebagai contoh, setiap kali pergi kerja kita luruskan niat. Tetapi apabila dapat gaji, kita beli barang di luar kemampuan, makan di restoran mahal, sehingga tengah bulan sudah kekurangan duit lalu minta anak isteri berjimat cermat makan pula di rumah. Allah lihat semuanya. Semua Allah tahu.

Diluruskan niat itu supaya sedar tujuan kita laksanakan kerja itu.
 
عَ
نْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ، وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ ".

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, "Rasulullah Sollallahu 'Alayhi wa Sallam bersabda; "Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras dan harta kamu. Tetapi Allah melihat pada hati dan amalan-amalan kamu." - Sahih Muslim
 
Luruskan niat, betulkan amal. Allah tahu...



Berhentilah meng'makbul'kan amalan diri sendiri di media sosial.

'Saya sedekah RM 3.00, Allah bayar cash, RM 3,000.00.'

'Saya solat dhuha, setiap hari, dan setiap hari itulah rezeki saya mudah.'

Banyak lagi ayat-ayat yang menggambarkan kita meng'makbul'kan amalan diri sendiri di media sosial.

Hakikatnya, kita tidak tahu.. Apa benar apa yang kita sangka tentang rezeki kita..

Bersedekah, solat dhuha, solat sunat sebelum subuh, menyambung silaturahim, mendoakan saudara dalam keadaan saudara tidak mengetahui dan banyak lagi amalan yang sememang ada dikaitkan tentang kemurahan rezeki,

Namun, biarlah ia menjadi rahsia diri kita dengan Allah. Berpadalah kita dengan cerita-cerita para Salaf al-Soleh atau mereka ang telah pergi meninggalkan kita untuk dijadikan motivasi..

Kerana amalan itu dihitung pada penutupnya.



 


Untuk melembutkan hati anak.. lebih baik bapanya yang buatkan..

Ketika anak sedang tidur, letakkan tapak tangan kanan ibu atau bapa di atas dada anak sambil baca ayat-ayat ini

1. Selawat 7x.
2. Al-Fatihah 1x.
3. Surah Taha Ayat 1-5, seperti gambar di bawah.
4. Doalah apa yang dihajatkan (contoh: Ya Allah lembutkn hati anak aku, jadikanlah dia, anak yg soleh/solehah, berikan dia kesihatan yang baik dan lindungi dia dari segala gangguan jin dan syaitan. Aamin...
5. Cium dahi anak.

Semasa membaca ayat-ayat di atas, usap perlahan-lahan dada anak itu..