13 PANTANG LARANG SEBELUM BERKAHWIN



1. Jangan keluar dengan bakal suami atau isteri anda 40 hari sebelum diijabkabulkan untuk mengelakkan tohmahan orang di sekeliling

2. Jangan keluar lewat malam atau berembun untuk mengelakkan unsur jahat atau sihir.

3. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti iaitu selama 8 jam sehari dan tidak tidur lewat.

4. Sebelum menjadi pengantin elakkan tidur di katil pengantin kerana tidak elok dipandang.

5. Elakkan berjemur atau melakukan aktiviti luar sebelum anda berkahwin untuk memastikan kulit tidak menjadi gelap dan kurang berseri.

6. jika anda merupakan perokok digalakkan untuk berhenti sebelum anda berkahwin supaya kesihatan anda terjaga.

7. Jangan terlalu kerap berjumpa dengan keluarga sebelah lelaki atau peremuan untuk mengelakkan fitnah

8. Amalkan membaca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan dan dekatkan dri dengan Allah supaya anda mendapat keredhaan-Nya.

9. Tiga bulan sebelum anda diijabkabulkan, amalkan urutan untuk menguatkan kembali tenaga yang hilang.

10. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang lebih berpengalaman dan dapatkan petua-petua yang berguna supaya mudah untuk ikuti.

11. Jangan lakukan kerja-kerja yang berat sebelum berlangsungnya majlis anda untuk mengelakkan keletihan

12. Jangan lakukan onani untuk memuaskan diri sebelum anda berkahwin untuk menjaga kesihatan diri. Untuk kaum lelaki, elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam.

13. Jangan tidur secara meniarap untuk memastikan peredaran darah anda berjalan lancar.

TIPS BAGI ANAK2 DEKAT DENGAN IBUBAPA


1. Ajarkan anak sentiasa mendekatkan diri kepada Allah swt

2. Tingkatkan rasa takut anak kepada Allah swt bukanlah tingkatkan rasa takut terhadap rotan atau sebagainya

3. Sentiasa melakukan aktiviti bersama-sama dengan anak seperti solat jemaah, makan, kelas motivasi, ceramah dan sebagainya

4. Ibubapa kena jadi "good follower" (mengikut perintah Allah swt dan meninggalkan laranganNya) kemudian baru lah boleh jadi "great leader"

5 CAHAYA ILLAHI


1. Orang yang mencintai dunia adalah berada dalam kegelapan cahaya yang dapat menghilang kegelapan tersebut ialah Taqwa kepada Allah AzzawajalLA.

2. Maksiat adalah kegelapan dan Cahaya yang dapat menghilang dosa maksiat ialah Taubat Nasuha.

3. Kubur adalah Alam Kegelapan, Cahaya yang dapat menerangi Alam Kubur ialah Kalimah La Ilahaill Allah ( Tiada Penyembahan dan Ketaatan serta kepatuhan dalam kehidupan manusia dan jin melainkan hanya kepada Allah Azzawajal )

4. Di Alam Akhirat manusia akan hidup dalam serba kegelapan, mereka akan merasa tenang dan cerah apabila Amalan Soleh datang menemani mereka.

5. Kita akan menempuh Sirat Mustaqim dalam keadaan gelap gelita tetapi kita akan merasa tenang menitinya apabila langkah kita ditemani KEYAKINAN kepada Allah semasa hidup di dunia dahulu.

13 MANFAAT MEMBACA AL-QURAN


1. Ayat-ayat Al-Qur'an yang dibaca setiap hari akan memberikan motivasi dan penyemangat bagi si pembacanya.

2. Ketika membaca Al-Qur'an,ALLAH akan menegur diri kita pada setiap ayat-ayat-Nya.

3. Bacaan Al-Qur'an yang melibatkan emosi akan memberikan kedamaian dan ketenangan yang tidak dapat
dilukiskan,seperti yang dialami dan dirasakan oleh Sayyid Quthub Rahimahullah.

4. Orang yang membaca Al-Qur'an akan sentiasa ingat ALLAH dan kembali kepada-Nya.

5. Orang yang membaca Al-Qur'an akan selalu berada dalam kecukupan dan nikmat ALLAH meski ia merasakan serba kurang di dunia.

6. Ayat-ayat ALLAH akan menjadi penjaganya selama ia hidup di dunia,kerana ia telah menjaga ayat-ayat-Nya.

7. Orang yang paham Al-Qur'an adalah orang yang memiliki banyak ilmu.

8. Orang yang membaca Al-Qur'an bagaikan orang yang sedang menyelami samudera kehidupan,dan mengambil manfaat darinya..

9. Orang yang selalu akrab dengan ayat-ayat akan diberikan jiwa yang sejuk, hati yang damai dan fikiran yang jernih, sehingga membuatnya ingin selalu beramal,kreatif, inovatif dan produktif.

10. Orang yang membaca Al-Qur'an akan selalu berada dalam kegembiraan dan penuh harapan,di saat orang lain merasakan kesedihan kecemasan dan rasa pesimis.kerana diri mereka selalu dipompa dengan siraman ayat-ayat Nya yang lembut.

11. Orang yang rajin membaca Al- Qur'an akan selalu diberikan jalan kemudahan dan petunjuk sehingga
tidak mudah untuk menyimpang dan menyerah kerana ayat-ayat ALLAH akan selalu mengingatkan dirinya ketika dirinya 'tersandung dosa dan maksiat.

12. Orang yang membaca dan menjaga Al-Qur'an selalu berada dalam lindungan dan penjagaan ALLAH.

13. Ayat-ayat Al-Qur'an mengajak pembacanya untuk sentiasa berfikir, merenung dan beramal sebanyak-banyak nya.

TANDA SESEORANG ITU IKHLAS DI ANTARANYA :


1. Orang puji atau keji sama sahaja. Dipuji hati tidak berbunga, dikeji hati tidak pula derita, kerana hatinya sudah dengan Allah, tidak terganggu dengan kata-kata makhluk.

2. Kalau dia dipuji susah hatinya, kalau dia dikeji hatinya boleh menerimanya. Hati kecilnya berkata, " Aku hamba memanglah ada cacat celanya, patutlah kena keji ".

3. Apabila letih bekerja tidak pula marah-marah dengan orang lain yang mengganggunya atau tidak membantunya.

4. Kalau dia membuat ibadah atau buat apa-apa kerja, hatinya tidaklah pula berkata, harap-harap ada orang melihat supaya ada orang memujinya.

5. Setiap kebaikan yang diabuat dia tidak suka orang lain melihatnya, bimbang kalau-kalau hatinya berbunga.

6. Kalau dia rajin atau beribadah sama ada di waktu seorang atau di waktu ramai, sama saja.

7. Dia berbuat baik bukan kerana digesa-gesa atau disuruh-suruh, atau membuatnya kerana malu dengan manusia.

8. Kalau dia dipuji dia rajin atau berbuat, kalau dia dicaci dia tetap rajin dan tidak berputus asa. 

9. Kebaikan-kebaikan yang dibuatnya, dia tak suka hendak menyebut-nyebutnya supaya semua orang tahu.