ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG


Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

1. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

4. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada isteri.

5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, “La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin” maksudnya “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”

6. Suami hedaklah kerap solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah yang menjaga hati para isteri.

PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG


1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.

2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

3. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dan lain-lain.

4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

5. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

7. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.

8. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.

9. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

10. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

11. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

12. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi.

CARA PENDIDIKAN SEMASA HAMIL


1. Mengamalkan solat wajib dan sunat.

2. Mengamalkan zikir.

3. Membaca al-Quran.

4. Mendengar muzik yang tenang.

5. Membaca buku-buku ilmiah.

6. Berbual dengan anak dalam kandungan.

7. Menjaga adab dan emosi.

8. Tidak tertekan atau stress.

9. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan.

10. Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal).

11. Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya.

12. Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar.

JANGAN


1. Jangan merasa puas hati bila mendengar pujian orang dihadapan mu, atau pun merasa senang bila ditunjukkan rasa kemesraan dan muka manis terhadapmu, sebab yang demikian itu belum tentu timbul dari hakikat batinnya.

2. Jangan sekali-kali mengadukan segala hal ehwalmu yang berupa kesusahan dan sebagainya kepada orang lain, sebab dikhuatiri bahawa Allah s.w.t akan murka lalu diserahkan semua urusan itu kepada orang itu.

3. Jangan harapkan orang lain akan bersikap sama terhadapmu bila berada di belakangmu sebagaimana yang anda kenal kepada nya dimasa berdepan denganmu.Harapan semacam itu adalah sia sia belaka dan tidak betul.

4. Jangan menentang orang lain sehingga terjadi permusuhan di antara kamu bersama, melainkan jika anda melihat sesuatu kemungkaran dalam agama yang dilakukan oleh orang itu, maka ketika itulah boleh anda menentang usaha-usaha kemungkaran yang dilakukannya.

5. Jangan menilai seseorang menurut keadaan dunianya lalu anda memuliakannya, sebab dunia itu kecil sekali disisi Allah s.w.t Jangan sampai anda menjual agama mu untuk mendapatkan benda benda keduniaan sehingga anda dipandang kecil dimata orang yang memberinya.Mungkin suatu masa kelak anda tidak akan diberi lagi, maka ketika itu anda akan kehilangan harga diri dimatanya.

6. Jika anda mendengar bahawa orang itu pernah mencelamu atau membuat sesuatu keburukan terhadap dirimu, maka sebaik-baik anda serahkan perkara itu kepada Allah s.w.t serta anda ber lindung dengan Allah s.w.t daripada bahaya-bahayanya. Ingat lah, jangan cuba memikirkan sesuatu rancang balas terhadap perbuatannya itu, sebab yang demikian itu akan lebih membahayakan diri anda.

7. Jangan memandang kecil, rendah atau hina kepada sesiapapun samada yang masih hidup mahupun yang telah mati, kerana bersikap demikian akan membinasakan anda. Sebenarnya anda tiada mengetahui mungkin sekali orang itu lebih baik nasibnya dari anda dibelakang hari.Sekalipun orang itu pada lahirnya fasik dan jahat, tidak mustahil pula nasib yang semacam itu akan menimpa dirimu sendiri, sehingga anda mengakhiri hayatmu dalam keadaan fasik dan jahat, sedangkan ia mengakhiri hayatnya dalam keadaan baik dan soleh.

4 JENIS WANITA DI DALAM SYURGA & NERAKA


WANITA DI DALAM SYURGA


1. Wanita yang menjaga diri dari berbuat haram, berbakti kepada Allah SWT, Rasul dan suaminya.

2. Wanita yang menerima dengan senang hati keadaan serba kekurangan dengan suaminya dan banyak keturunannya serta penyabar.

3. Wanita yang bersifat pemalu dan bila suaminya pergi ia menjaga diri dan harta suaminya dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perbuatan yang tidak layak.

4. Wanita yang ditinggal mati suaminya dan mempunyai anak masih kecil lalu menahan dirinya untuk menikah lagi kerana ingin mengurus anak-anak dan mendidik serta memperlakukannya dengan baik dan bersedia menikahlagi karena khuatir anaknya akan tersia-sia.

WANITA DI DALAM NERAKA
 (kecuali telah bertaubat )

1. Wanita yang mulutnya jelek pada suaminya dan jika suaminya pergi ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang ia memaki/memarahinya.

2. Wanita yang memaksa suaminya membeli apa yang suaminya tidak mampu.

3. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari lelaki-lelaki lain dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian lelaki-lelaki lain.

4. Wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur serta tidak berbakti kepada Allah SWT dan suaminya.
Na'udzubillah..

NASIHAT KUBUR


1. Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD.

2. Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan berSILATURAHIM.

3. Aku adalah tempat yang paling sepi, maka ramaikanlah aku dengan perbanyakkan baca AL-QURAN.

4. Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikkan, maka racunilah ia dengan amal SEDEKAH,

5. Aku yang menyempitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, maka bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.

6. Aku adalah tempat utk merendammu dengan cairan yang sangat sakit, maka bebaskan rendaman itu dengan PUASA.

7. Aku adalah tempat Munkar dan Nankir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan memperbanyakkan mengucapkan kalimah "LAILAHAILALLAH".

NERAKA JAHANAM


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat.

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah.

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung.

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah.

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik.

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak.

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular.

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai.

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.

3 JENIS TIDUR


1. Haylulah : 

Iaitu tidur setelah subuh. Haylulah diambil dari perkataan yahulu haulan yang bermaksud mencegah atau menghalang.

Tidur ini dilarang kerana tidur setelah subuh dapat menghalang rezeki.

2. Aylulah :

Iaitu tidur di waktu asar. Aylulah berasal dari perkataan illat yang bermaksud penyakit.

Tidur ini juga dilarang kerana tidur setelah asar diyakini dapat mendatangkan penyakit, mendatangkan tekanan diri dan mengurangi kemampuan menghafal.

3. Qaylulah : 

Iaitu tidur yang dilakukan sepuluh minit sebelum zuhur. Qaylulah berasal dari perkataan qalil yang bermaksud sedikit.

Tidur ini sangat dianjurkan kerana dapat memulihkan stamina tubuh dan merenggangkan otot. Dalam istilah popular ia dikenali dengan power snap iaitu tidur singkat dan efektif.

Qaylulah juga boleh dilakukan sebelum menjalankan solat tahajud. Rasulullah SAW juga sering melakukan tidur ini di waktu zuhur mahupun saat qiyamullail.

12 TIDUR YANG SUNAT DIKEJUTKAN


1. Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba.

Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah Ra, beliau berkata:
“ Aku keluar bersama Nabi Saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

2. Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

3. Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.

Rasulullah Saw bersabda:
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

4. Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.

Nabi Saw bersabda:
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena, hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

5. Tidur waktu subuh.

Nabi Saw bersabda:
“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata: “Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”

6. Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu.

Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah Ra dimana beliau berkata:
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isyak dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)

7. Tidur lepas solat asar.

Nabi Saw bersabda:
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la)

8. Tidur berseorangan di rumah.
Hukum ini disebut oleh Al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

9. Perempuan yang tidur menelentang.

Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

10. Seseorang yang tidur meniarap.

Baginda melihat seorang lelaki meniarap.
Lalu baginda bersabda:
“Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi Saw lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
“Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

11. Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi Saw bersabda:
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)

12. Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur.
Nabi Saw bersabda:
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)

PERKARA YANG DIBENCI ALLAH SWT


Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. (Israa:31)

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Israa:32)

Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya dia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak). (Israa:33)

Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri) dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (Israa:34)

Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak). (Israa:35)

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Israa:36)

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. (Israa:37)

Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu. (Israa:38)Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam Neraka Jahanam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah). (Israa: 39)