10 ADAB BERSAMA IBUBAPA


Taat kepada mereka kecuali perkara yang ditegah oleh syara’.

Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka  tidak menyuruhnya.

Bertutur bersama mereka dengan penuh beradab.

Segera menjawab panggilan mereka.

Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang dikehendaki oleh keduanya ....(mengikut kemampuan).

Mendoakan keampunan bagi mereka.

Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau waktu-waktu yang munasabah.

Selalu menziarahi kubur mereka setelah mereka meninggal dunia disamping menghadiahkan kepada mereka bacaan ayat Al-Quran, tahlil dan sebagainya.

Memohon kepada Allah SWT, supaya mereka mendapat kesejahteraannya di dunia dan akhirat.

Berbincang dengan mereka setiap masalah yang mereka hadapi dan jangan merahsiakan sesuatu daripada mereka.

UJIAN & HIKMAH




Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya ? Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah
dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. 


Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.  (Surah Al Baqarah : 216)

KEUTAMAAN TAZKIRAH


1.MEMPEROLEHI PAHALA SEPERTI PAHALA PENDERITA MUSIBAH.
Sabda Rasulullah s.a.w : Siapa yang menghibur orang yang ditimpa musibah maka ia mendapat pahala sama dengan penderita itu. (Riwayat At-Tirmizi)


2.MEMPEROLEHI PERHIASAN KEHORMATAN DI HARI KIAMAT.
Sabda Rasulullah s.a.w : Tiada seorang mukmin yang menghibur saudaranya yang ditimpa musibah, melainkan akan diberi oleh Allah perhiasan kehormatan di hari kiamat. (Riwayat Ibnu Majah dan Al-Naihaqi)


3.MEMPEROLEHI SELENDANG DI HARI KIAMAT.
Sabda Rasulullah s.a.w : Siapa yang menghibur wanita yang kematian anak, maka akan mendapat selendang di hari kiamat. (Riwayat At-Tirmizi)

PANTUN AGAMA



Sungguh indah pintu dipahat
Burung puyuh di atas dahan
Kalau hidup hendak selamat
Taat selalu perintah Tuhan

Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ke akhirat juga akan sudahnya

Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan Tuhan
Tiada siapa dapat menduga

Belatuk di atas dahan
Terbang pergi ke lain pokok
Hidup mati ditangan Tuhan
Kepada Allah kita bermohon

Daun tetap di atas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Perbuatan haram jangan dicuba

Terang bulan terang bercahaya
Cahaya memancar ke Tanjung Jati
Jikalau hendak hidup bahagia
Beramal ibadat sebelum mati

Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat jasad tidak sembahyang

Kulit lembu celup samak
Mari buat tapak kasut
Harta dunia janganlah tamak
Kalau mati tidak diikut

Banyaklah masa antara masa
Tidak seelok masa bersuka
Meninggalkan sembahyang jadi biasa
Tidak takut api neraka?

Dua tiga empat lima
Enam tujuh lapan sembilan
Kita hidup takkan lama
Jangan lupa siapkan bekalan

Kalau Tuan pergi ke Kedah
Singgah semalam di Kuala Muda
Sembahyang itu perintah Tuhan
Jika ingkar masuk neraka

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Pak Kulup anak juragan
Mati diracun muntahkan darah
Hidup di dunia banyak dugaan
Kepada Allah kita berserah

Letak bunga di atas dulang
Sisipkan daun hiasan tepinya
Banyak berdoa selepas sembahyang
Mohon diampun dosa di dunia

Encik Borhan seorang kerani
Terkemut-kemut bila meniti
Tinggalkan sembahyang terlalu berani
Sepertii tubuhnya takkan mati

Sayang-sayang buah kepayang
Buah kepayang hendak dimakan
Manusia hanya boleh merancang
Kuasa Allah menentukan

Masa berada di Pulau Jawa
Rakan diajak pergi menjala
Maha Berkuasa jangan dilupa
Kuasa Allah tidak terhingga

Nyiur mudah luruh setandan
Diambil sebiji lalu dibelah
Sudah nasib permintaan badan
Kita di bawah kehendak Allah

Kemuning di dalam semak
Jatuh melayang ke dalam paya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya?

Harimau belang turun sekawan
Mati ditikam si janda balu
Ilmu akhirat tuntutlah tuan
Barulah sempurna segala fardu

Kera di hutan terlompat-lompat
Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh sifat mengumpat
Dilaknat Allah dunia akhirat

Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang subuh
Minta doa kepada Tuhan

Anak ayam turun sembilan
Mati seekor tinggal lapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Duduk berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh

Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Turut mengikut alim ulama
Supaya betul jalan makrifat

Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Kita hidup mesti beragama
Supaya hidup tidaklah sesat

Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tengah lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung

Bulu merak cantik berkaca
Gugur sehelai ke dalam baldi
Jika tak banyak kitab dibaca
Jangan mengaku khatib dan kadi

Inderagiri pasirnya lumat
Kepah bercampur dengan lokan
Sedangkan nabi kasihkan umat
Inikan pula seorang insan

Sang puteri pergi berenang
Sambil berenang berdondang sayang
Jika hidup dikurnia senang
Jangan lupa tikar sembahyang

TANDA-TANDA KEMATIAN



 Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah BIJAKSANA!

10 TANDA HATI MATI


1. Kita mengaku kenal dan cinta Allah, tapi tidak menunaikan hakNya.

2. Kita mengaku cinta Rasulullah tapi mengabaikan sunnahnya.

3. Kita membaca Al Qur'an tapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Kita memakan nikmat Allah, tapi tidak mensyukuri pemberianNya.

5. Kita mengaku musuh syaitan, tapi mengikutinya.

6. Kita mengaku nikmat syurga, tapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Kita mengaku adanya seksa neraka, tapi tidak berusaha menjauhinya.

8. Kita mengakui bahawa kematian akan datang pada setiap jiwa, tapi tidak berusaha mempersiapkan bekalannya.

9. Kita sibuk membuka aib orang lain, tapi tidak pernah ingat akan aib diri sendiri.

10. Kita menghantar dan mengubur jenazah, tapi tidak mengambil hikmah darinya.

33 LARANGAN RASULULLAH TERHADAP WANITA



  1. WANITA MENDEDAHKAN AURAT 
  2. WANITA BERPAKAIAN MENYERUPAI LELAKI 
  3. WANITA BERGAUL BEBAS DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM 
  4. WANITA BERSALAMAN DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM 
  5. WANITA BERPAKAIAN MENYERUPAI ORANG KAFIR 
  6. WANITA MENYAMBUNG RAMBUT 
  7. WANITA MENCABUT, MENCUKUR ATAU MENIPISKAN ALIS 
  8. WANITA MENGIKIR GIGI 
  9. WANITA MELAKUKAN TATO 
  10. WANITA MELIHAT AURAT SESAMA WANITA ATAU BERGABUNG DALAM SATU PAKAIAN 
  11. WANITA MELAKUKAN MUSAHAQAH (LESBIAN) 
  12. WANITA MEMAKAI WANGIAN AGAR DKAGUM ORANG LAIN 
  13. WANITA MEMASUKI PUSAT RAWATAN KECANTIKAN AWAM 
  14. WANITA BERKHALWAT DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM 
  15. WANITA TIDAK MELAYANI KEHENDAK SUAMI 
  16. WANITA MENCERITAKAN RAHSIA HUBUNGAN SUAMI-ISTERI KEPADA ORANG LAIN.
  17. WANITA MENERIMA TETAMU BUKAN MUHRIN TANPA IZIN SUAMI 
  18. WANITA KELUAR RUMAH TANPA IZIN SUAMI 
  19. WANITA MEMBENCI DAN MENYAKITI HATI SUAMI 
  20. WANITA MENGINGKARI PERINTAH SUAMI YANG BAIK 
  21. WANITA BERMUSAFIR TANPA MUHRIM ATAU SUAMI 
  22. WANITA MENCERIKAN SIFAT WANITA LAIN KEPADA SUAMINYA 
  23. WANITA PUASA SUNAT TANPA IZIN SUAMINYA 
  24. WANITA MENGINFAK HARTA SUAMI TANPA IZINNYA 
  25. WANITA KUFUR TERHADAP KEBAIKAN SUAMI 
  26. WANITA MENYUMPAHI ANAK 
  27. WANITA MEMAKSA SUAMI MENCERAIKANNYA 
  28. WANITA MEMAKAI PAKAIAN MAS DENGAN SOMBONG DAN MEGAH 
  29. WANITA MENYAKITI JIRAN TETANGGA 
  30. WANITA MENCAKAR DAN MEROBEK PAKAIAN KETIKA MENDAPAT MUSIBAH 
  31. WANITA MERATAPI KEMATIAN 
  32. WANITA BERKABUNG ATAS KEMATIAN SESEORANG MELEBIHI TIGA HARI 
  33. WANITA MENZIARAHI KUBUR DIIRINGI TANGISAN
"Jika seorang isteri solat lima waktu dengan istiqamah dan taat serta tidak menderhaka kepada suaminya, maka Allah SWT mempersilakan masuk Syurga dari pintu mana yang ia suka."

Mafhum sabda Rasulullah SAW diatas dapat disimpulkan bahawa sebahagian besar kaum hawa akan terdedah kepada kebinasaan disebabkan mencuaikan dirinya sebarang tanggungjawab agama, keluarga dan dalam masyarakat.
Bagi membentuk peribadi wanita soleh sangat perlu mengetahui segala larangan agama yang berkaitan dengan kaum hawa. jesteru itu, betapa bertuahnya wanita bahkan lelaki pun yang mampu menjauhi larangan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian sehingga dapat mengelakkan diri dari seksa neraka. Buku ini membantu anda mengelakkan seksa bagi mendapatkan pahala. Insyallah....

ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan, AKHLAK hiasan jiwa, peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti

MALAIKAT MAUT DATANG MENZIARAHI KITA



Berapa kali malaikat maut ziarah kita?

Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, ” Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.” ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Izrail: ” Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa”

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran m! alaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai
perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari=24 jam=1440 minit
1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita
=20.571 minit
INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT
WALLAHUALLAM.

KISAH PENCIPTAAN MALAIKAT MAUT




Diriwayatkan dalam suatu hadist bahwa tatkala malaikat maut diciptakan oleh Allah SWT, dihijab-Nya malaikat maut itu dengan sejuta hijab. Tubuh sang malaikat itu besarnya lebih besar daripada tujuh lapis langit dan bumi. 

Sebelum ia dirantai dengan 70.000 rantai. Jarakdari tiap-tiap rantanya berjarak sama dengan tujuh ratus perjalanan. Tidak ada seorang pun dari para malaikat yang mendekati dan mengetahui wujudnya. Hanya terkadang suaranya saja yang terdengar. 

Hingga ketika nabi Adam tercipta, Allah SWT menyerahkan pengurusan malaikat maut kepada Malaikat Izrail. Izrail bertanya mengenai malaikat maut itu,"ya Tuhanku, siapakah itu?"

Kemudian Allah menyibakkan hijab Malaikat Maut itu, sehingga terlihatlah sang malaikat maut oleh Malaikat Izrail. Dan para Malaikat lainnya diperintahkan oleh Allah SWT untuk berdiri melihat malaikat maut. 

Malaikat maut diperintahkan oleh Allah SWT untuk terbang agar dapat disaksikan oleh seluruh Malaikat. Subhanallah, para malaikat jatuh pingsan melihat wujud maut itu. Seribu tahun kemudian batu siuman.

Malaikat bertanya kepada Allah SWT,"ya Tuhanku, adalah Kau ciptakan makhluk-Mu yang lebih besar daripada maut itu". 

Allah menjawab, "Aku (Allah) yang menciptakan dan Aku (Allah) jugalah yang lebih besar daripada dia. sesungguhnya seluruh makhluk merasakan maut juga".

Allah SWT berfirman kepada Izrail,"sesungguhnya Aku (Allah) menyerahkan pengurusan Maut itu kepada engkau. Sahut Izrail,"Ya Tuhan-Ku, dengan kekuatan yang mana hamba-Mu memegang sebab dia lebih besar daripada hamba". 

Allah pun mengkaruniai Izrail kekuatan yang lebih besar daripada Maut, sehingga Izrail dapat memegang Malaikat maut tadi. Malaikat itu pun pasrah terhadap pemeliharaan oleh Izrail tersebut, karena memang kehendak Allah semata.

Pada suatu waktu, Izrail datang kepada Allah untuk mengajukan permohonan, katanya,"Ya Rabbi, karunialah kiranya kepada hamba-Mu suara lantang yang membahana ke seluruh langit ini".

Allah pun mangabulkannya. Mulailah malaikat maut menyeru-nyeru dengan sangat lantangnya. " Akulah Maut yang menceraikan antara seluruh kekasih dengan kekasihnya. Dan akulah yang menceraikan antara isteri dan suaminya. Dan akulah yang menceraikan seluruh anak dan Ibunya. Dan akulah yang menceraikan antara seluruh saudara laki-laknya dengan saudara perempuannya.

Ketika didatangkan Malaikat Maut kepada seseorang, berdirilah sang maut dihadapannya seperti rupa orang yang hendak mati itu. Ditanyalah maut,"siapakah engkau, dan apa keinginanmu".

Sahut malaikat Maut,"akulah Maut yang mengeluarkan engkau dari dalam dunia ini, dan akulah yang menjadikan anakmu yatim dan menjadikan isterimu seorang janda,membuat seluruh harta warisanmu dipusakai oleh orang yang tidak engkau cintaisekalipun pada masa hidupmu.

 Dalam sebuah hadist diriwayatkan bahwa malaikat Maut menetap dilangit ke tujuh, Allah SWt menciptakannya dari nur. Memiliki kaki. Dia(maut) memiliki sayap yang berjumlah 70.000 buah. 
Tubuhnya penuh oleh mata dan lidah. Tidak ada seorang pun makhluk yang bernyawa yang wajahnya tidak terdapat pada tubuh malaikat ini. Pada tubuh Malaikat Maut juga terdapat empat muka. pertama, diwajahnya; kedua di kepalanya; ketigadi lehernya; keempat, pada telapak kakinya.

8 AMALAN SEHARIAN YG MEMBAWA KE SYURGA



1. UNTUK BADAN
Menjaga Kesihatan
Setiap ahli usrah hendaklah melakukan pemeriksaan umum kesihatan dari semasa ke semasa. Jika kita berpenyakit, segeralah berubat. Selain itu, ambil berat tentang punca-punca kekuatan badan dan pemeliharaan kekuatan itu dari segi kesihatan. Jauhkan diri kita daripada perkara-perkara yang boleh melemahkan kesihatan badan.

Menjaga Kebersihan
Jagalah kebersihan dalam semua hal: dalam rumah tangga, pakaian, makan minum, tubuh badan, dan tempat bekerja. Agama Islam itu diasaskan di atas dasar kebersihan.

Minuman dan Rokok
Janganlah minum kopi, teh dan minuman penyegar lain secara berlebih-lebihan. Seboleh-bolehnya jangan sama sekali menghisap rokok. Ulasan penyunting: 1. Teh dan kopi (terutamanya Nescafe) adalah antara minuman yang boleh mengalakkan penyakit magrain. Minuman penyegar, khususnya yang bergas, boleh merosakkan bahagian perut. 2. Saya yakin merokok amat berbahaya kepada tubuh badan dan kesihatan kita. Alhamdulillah, saya berhenti merokok sejak sebelas tahun yang lalu setelah "berhenti-henti" selama seminggu, sebulan dan enam bulan. Namun demikian, saya berhenti merokok bukanlah atas sebab-sebab kesihatan. Saya berhenti merokok atas sebab-sebab agama (setelah membaca tiga buah buku yang berkaitan dengan keharamannya) dan sebab-sebab sosial. Nyatakan pendapat anda di forum GU. Diharap ada respons.)

Riadah
Amalkan apa-apa riadah badan walaupun sekadar berjalan-jalan kaki sahaja. Jadilah ahli mana-mana pasukan pengembara jika umur anda munasabah dengannya.

Minuman Keras
Hindari diri daripada arak, sebarang minuman yang memabukkan, dan minuman yang boleh melemahkan kesihatan badan atau apa-apa jua minuman yang berbahaya.

2. UNTUK AKAL
Amalan Membaca
Pastikan diri kita mampu membaca dan menulis dengan baik. Hendaklah kita sentiasa membaca bahan bacaan Islam, akhbar dan majalah bermutu. Jika anda golongan iktisas dalam sesuatu bidang pengetahuan, usahakan sebuah perpustakaan khas peribadi, walaupun kecil, agar saudara berpeluang mendalami ilmu pengetahuan. Timbalah pengalaman dalam urusan agama Islam sekira-kira membolehkan anda menggambarkan hakikat dan menimbang sama ada cocok atau tidak satu-satu perkara itu dengan tujuan dakwah kita.

Mendalami Pengetahuan Islam
Hendaklah saudara dapat membaca Al-Qur'an dengan betul; dan juga hendaklah saudara dapat mendengar serta memikirkan ertinya. Juga saudara dikehendaki mempelajari sirah atau perjalanan Rasulullah s.a.w. dan sejarah angkatan salafus soleh atau yang sangat mustahak tentang asas-asas akidah, asas-asas bagaimana hukum-hukum itu bercabang, dan juga rahsia-rahsia syariat Allah s.w.t.

3. UNTUK BUDI PEKERTI
Berketerampilan
Hendaklah saudara sentiasa dalam keadaan segar mekar dan cergas, berperasaan halus, mudah berkesan sama ada terhadap sesuatu yang baik mahupun terhadap sesuatu yang baru; sama ada terhadap perkataan-perkataan mahupun terhadap perbuatan.

Berkata Benar
Hendaklah saudara sentiasa bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta; hendaklah saudara kuat kemahuan dan janganlah teragak-agak dalam sesuatu perkara, yang benar dan hendaklah saudara sanggup menyimpan rahsia; berani mengaku kesilapan sendiri, sanggup menyedari dan mengawasi diri sendiri ketika marah.

Berani
Hendaklah saudara bersikap berani; sanggup memikul bebanan; dan semulia-mulia keberanian itu ialah berani berterus terang dengan perkara yang benar dan hendaklah saudara menyimpan rahsia; berani mengaku kesilapan sendiri, sanggup menyedari dan mengawal diri sendiri ketika marah.

Serius
Hendaklah saudara bersikap gagah dengan cara sentiasa bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara. Kegagahan sikap seperti itu tidaklah pula sampai menghalang saudara daripada bergurau dengan yang benar dan ketawa dengan senyum dan dengan tidak mengada-ngada.

Hindari Kejahatan
Hendaklah saudara menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang jahat dan daripada kawan-kawan yang rosak seperti mana saudara juga hendaklah menjauhkan diri daripada tempat maksiat dan dosa.

4. UNTUK SAKU
Bekerja Walaupun Sudah Kaya
Hendaklah saudara membuat apa jua kerja yang halal yang boleh mendatangkan rezeki sekalipun kalau saudara sudah kara-raya; dan juga hendaklah saudara memilih kerja yang sesuai dan mencubanya sedaya upaya walaupun kerja itu sukar; bahkan hendaklah saudara bertekun sehingga berjaya dalam satu-satu kerja.

Teruskan Kerja
Janganlah saudara terlalu sibuk mencari kerja di pejabat-pejabat kerajaan, tetapi janganlah pula menolaknya jika ada peluang. Janganlah lepaskan kerja yang ada kecuali kerja itu benar-benar berlawanan dengan tugas-tugas gerakan dakwah kita.

Jujur
Hendaklah saudara sentiasa berjaga-jaga supaya dapat menunaikan tugas saudara dengan cukup amanah tentang kelicinan dan ketertiban pekerjaan itu; jangan sekali-kali menipu; bahkan hendaklah saudara menunaikan kewajipan itu dengan tepat pada waktunya dan tepat pada masa janjinya.

Jangan Berjudi
Hendaklah saudara menjauhkan diri daripada permainan judi walaupun apa jua coraknya, dan walau apa pun jua tujuan yang ada di sebaliknya. Hendaklah juga saudara menjauhkan diri daripada cara-cara penghasilan haram walaupun di sebaliknya itu terdapat keuntungan yang segera.

Hindari Riba
Jauhilah diri kita daripada riba dalam semua muamalah jual beli--bersihkan diri anda daripada sebarang bentuk riba.

Menyimpan dan Berjimat
Hendaklah saudara menyimpan sebahagian daripada wang saudara untuk masa kecemasan walaupun simpanan itu sedikit sahaja, dan janganlah sekali-kali saudara terjerumus ke dalam perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak mustahak.

Hindari Maksiat
Hendaklah saudara memerangi tempat-tempat permainan kotor; jangan menghampirinya, dan hendaklah saudara menjauhkan diri daripada cara hidup bermewah-mewah, berlebih-lebihan dan membazir.

Berhemat
Hendaklah saudara menggunakan harta umum umat Islam itu kepada jalan-jalan yang menggalakkan perusahaan dan pembangunan ekonomi Islam. Hendaklah saudara berjaga-jaga supaya jangan sampai keciciran wang itu walau sekupang sekalipun ke tangan pihak yang bukan Islam walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Hendaklah saudara jangan memakai melainkan barang-barang buatan tanah air saudara sendiri.

5. UNTUK ORANG LAIN
Adil
Hendaklah saudara berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum walau apa pun jua perkaranya. Janganlah saudara lupakan kebaikan orang lain sebab saudara marah; dan sebaliknya pula, janganlah saudara memejam mata daripada kejahatan-kejahatan mereka itu kerana saudara menyayanginya. Budi baik orang lain hendaklah dikenang walaupun ketika dalam keadaan bermusuhan. Hendaklah saudara bercakap benar walaupun terhadap diri sendiri atau terhadap orang yang paling hampir dengan saudara sekalipun percakapan yang benar itu pahit dan maung akibatnya.

Komited
Hendaklah saudara cergas dan terlatih dalam membuat perkara-perkara kebajikan am. Kecerdasan ini dapat diukur dengan perasaan gembira saudara ketika saudara dapat memberi khidmat kepada orang lain untuk mencapai maksud ini hendaklah saudara menziarahi orang-orang sakit, menolong orang-orang yang berhajat, menanggung bebanan orang-orang yang lemah dan melapangkan dada orang-orang yang ditimpa kemalangan atau bencana walaupun hanya sekadar dengan cakap-cakap yang melegakan hati. Tegasnya, hendaklah saudara segera melakukan kebajikan walau apa jua pun coraknya.

Belas Kasihan
Hendaklah saudara bersifat belas kasihan dan bertolak ansur. Dalam hal ini hendaklah saudara memaafkan dan mengampun kesilapan-kesilapan orang lain. Belas kasihan ini bukan sahaja terhadap sesama manusia akan tetapi juga terhadap makhluk haiwan. Hendaklah saudara bermuamalah dengan orang lain secara yang baik; sentiasalah berkelakuan baik terhadap orang ramai dan hendaklah saudara memelihara sopan santun secara Islam dalam pergaulan sehari-hari--iaitu dengan cara menaruh perasaan belas kasihan kepada yang kecil dan menghormati yang tua, melapangkan tempat ketika di dalam mana-mana majlis perhimpunan ramai. Janganlah saudara mengintai atau mengumpat; jangan menceroboh bahkan hendaklah saudara terlebih dahulu meminta izin ketika hendak masuk ke sesuatu tempat dan begitu juga ketika hendak keluar daripada sesuatu tempat.

Hak
Hendaklah saudara meminta hak saudara dengan cara yang baik dan hendaklah menunaikan hak orang lain dengan sepenuhnya dengan tidak payah dituntut dan dengan tidak lengah-lengah lagi.

6. UNTUK GERAKAN DAKWAH
Hindari Kumpulan yang Tidak Berfaedah
Anda hendaklah melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada gerakan dakwah kita.

Tegakkan Kebiasaan Islam
Berusahalah sedaya upaya menghidupkan kebiasaan yang bercorak Islam dan perangi adat dagang dalam semua lapangan hidup, termasuk cara memberi hormat, tutur kata, bahasa itu sendiri, sejarah, pakaian dan masa bekerja.

Berhati-hati Bertindak
Jangan menonjolkan diri dalam apa jua mahkamah bukan Islam; iaitu dengan jalan tidak berhakimkan kepadanya kecuali jika terpaksa. Janganlah pergi ke kelab-kelab yang bukan Islam, akhbar-akhbar, kumpulan-kumpulan, sekolah-sekolah dan badan-badan serta perbadanan-perbadanan yang menentang Islam. Pemulauan ini hendaklah saudara lakukan dengan cara yang bersungguh-sungguh. (Ulasan: Bagaimana jika seorang naqib usrah sengaja mengeluarkan anaknya daripada taman asuhan kanak-kanak Islam dan menghantar anak itu ke tadika Kristian? Bagaimana dnegan ahli usrah yang meninggalkan sekolah kebangsaan dan menyekolahkan semua anak mereka di sekolah rendah berjenama Saint.)

Berkenalan
Kenalilah semua anggota cawangan sendiri. Perkenalkan diri sendiri kepada mereka dengan sejelas-jelasnya sambil menunjukkan bahawa anda benar-benar berasa kasih sayang, penghargaan, sanggup bertolong-tolongan dan buktikan bahawa anda mengutamakan kepentingan mereka berbanding dengan kepentingan diri sendiri.

Sumbangkan Harta untuk Gerakan
Sumbangkan sedikit daripada harta anda untuk gerakan dakwah. Janganlah pula lupa mengeluarkan zakat yang wajib. Peruntukan sedikit harta untuk pengemis dan orang-orang yang terputus rezeki, walaupun pendapatan anda sangat kecil.

Berdakwah dan Selalu Sedia
Berusahalah menyiarkan seruan dakwah ke segenap teluk rantau. Corakkan rumah tangga, keluarga dan semua rakan taulan dengan corak keislaman. Laporkan suasana yang mengelilingi anda kepada pucuk pimpinan. Hendaklah anda sentiasa berhubung rapat dengan pucuk pimpinan dari segi jiwa dan amalan. Malah kita hendaklah meminta persetujuan mereka terlebih dahulu dalam setiap langkah yang penting di samping menganggap diri kita sebagai askar yang sentiasa dalam keadaan siap sedia dan hanya menunggu perintah untuk bertindak.

7. UNTUK TUHAN
Mengawasi Allah
Janganlah saudara terputus daripada mengawasi Allah. Sentiasalah berniat ikhlas kerana Allah dalam sebarang pekerjaan. Saudara hendaklah sentiasa beringat-ingat serta bersedia untuk ke akhirat; iaitu dengan jalan beramal dengan ibadat sunat untuk menghampirkan diri kepada Allah. Banyakkan zikrullah dalam semua hal serta berdoa dengan doa-doa yang ma'thur yang pernah diamalkan oleh Rasulullah dalam setiap keadaan.

Amalkan Wirid Khas
Amalkan wirid yang khas bagi Ikhwan Muslimin dan janganlah saudara mengecualikannya melainkan sesuatu situasi cemas dan memaksa.

Bersih dan Kelalkan Wuduk
Peliharalah kebersihan yang nyata dan yang maknawi. Seboleh-bolehnya sentiasalah berada dalam keadaan berwuduk.

Solat
Dirikan solat dengan betul dan pada waktu-waktunya yang ditentukan. Seboleh-bolehnya selalulah ke masjid dan berjemaah di sana.

Puasa
Hendaklah saudara berpuasa pada bulan Ramadan dengan sebaik-baiknya.

Haji
Hendaklah saudara menunaikan fardu haji jika mampu. Jika belum mampu, bekerjalah untuknya sekarang juga.

Beristighfar
Hendaklah saudara sentiasa membaharui taubat dan istighfar meminta ampun kepada Tuhan. Jauhkan diri daripada segala dosa besar dan dosa kecil.

Manfaatkan Masa
Hendaklah saudara menjaga masa kerana masa itu adalah umur saudara; oleh itu hendaklah saudara menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang samar-samar hukumnya supaya dengan menjauhkan diri daripadanya saudara tidak terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram.

Kawal Diri
Lawan diri sendiri dengan sehebat-hebatnya agar mudah saudara memimpin diri sendiri. Kawallah mata dan perasaan hati sendiri. Kuasailah desakan kemahuan dalam diri dan halakanlah semuanya itu kepada perkara yang halal lagi baik. Elakkan diri daripada apa jua perkara yang haram walau apa pun jua coraknya.

8. UNTUK KESEMUANYA
Kekal Niat Jihad
Hendaklah saudara sentiasa berada dalam keadaan niat berjihad dan untuk-Nya sedaya upaya.

Muhasabah
Sebelum tidur, peruntukkan masa selama satu jam untuk menyoal diri sendiri tentang sejauh mana dan sebanyak mana saudara menunaikan kewajipan ini. Jika didapati jawapannya baik, bersyukurlah kepada Allah; tetapi jika dapati kekurangan maka pintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah. Hendaklah saudara pinta pertolongan daripada-Nya kerana Allah itu sebaik-baik Pengawal dan sebaik-baik Pembantu.