20 KERAMAT WALI2 ALLAH DI DUNIA


1. Allah SWT sentiasa teringat dan memuji-muji nama mereka.

2. Allah SWT sendiri mengucap Terima Kasih kepada mereka.

3. Allah SWT sangat kasih dan cinta kepada mereka.

4. Allah SWT sendiri menjadi wakil untuk mengurus dan mentadbir segala urusan mereka.

5. Allah SWT menjamin rezeki mereka kemana mereka pergi maka di sana terdapat rezeki mereka.

6. Allah SWT sendiri mengawal diri mereka dan menolak segala sesuatu yang datang menyakitinya.

7. Allah SWT sendiri menjinak sesuatu yang baru yang datang menempuhinya.

8. Tinggi hemah dan tidak rela dirinya dilumuri dengan kekotoran dunia.

9. Berjiwa besar dan tidak rasa terhina walaupun melakukan pekerjaan yang dilakukan oleh seorang bertaraf hamba.

10. Kaya hati, jiwa dan hatinya jika sempit.Tidak terkejut jika Allah SWT menganugerahkan kekayaan kepadanya.Jiwanya juga tidak terasa susah jika Allah mendatangkan kepadanya kesusahan.

11. Nur Hatinya bersinar-sinar sehingga dapat menyuluh kepada orang ramai dengan ilmunya,rahsianya dan hikmahnya.

12. Hati mereka tetap lapang walaupun Allah SWT mengujinya dengan bala yang besar.

13. Allah SWT menganugerahkan keberkatan yang meliputu semua bidang termasuk dalam pemakaian, percakapan, perbuatan, tubuh-badan dan lain0lain sehingga orang lain dapat berkat dari tempat tidurnya, pakaiannya, tempat pijaknya sehingga kawan-kawan yang bersahabat dengannya.

14. Wajah mereka sentiasa hebat, sesiapa memandangnya akan merasa gerun dan akan memberi penghormatan kepadanya.

15. Setiap langkahnya diberkati, jarak perjalanan yang jauh Allah SWT pendekkan sehingga tidak merasai kepenatan dalam setiap perjalanannya.

16. Segala binatang buas akan menjadi jinak bila berhadapan dengannya, malah dia mampu mengarah binatang tersebut.

17. Mereka mampu mengeluarkan khazanah simpanan Allah dibumi ini.Dengan Izin Allah SWT.

18. Mereka menjadi tumpuan dan ikutan orang ramai, sehingga manusia sanggup menjadi khadam kepadanya demi mengharapkan keberkatan dari Allah SWT.

19. Allah SWT mengqabulkan doa mereka, mereka tidak perlu bersumpah dan bernazar dengan nama Allah, Allah SWT telah menerima doa dan hajat mereka.

20. Orang ramai sentiasa mengasihi mereka.

3 JENIS DOSA


1. Dosa meninggalkan pekerjaan yang diwajibkan seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya.

2. Dosa diantara sorang hamba dengan Khaliqnya. Seperti minum arak, lalai, melupakan Allah SWT, makan riba dan sebagainya.

3. Dosa sesama manusia. seperti urusan harta, masalah peribadi, masalah kehormatan dan sebagainya.

3 ILMU YANG WAJIB KITA PELAJARI


1. Ilmu Makrifat iaitu ilmu untuk mengenal Allah SWT.

2. Ilmu Tasawwuf iaitu ilmu yang berkaitan dengan ibadat batin seperti ikhlas, tawakkal dan sebagainya.

3. Ilmu Syarak iaitu masalah halal dan haram yang merupakan 1/4 daripada ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat.

TIPS MENUNGGU DAN MENJEMPUT HADIRNYA JODOH


1. Jangan fokus pada siapa yang harus dipilih. Tapi fokus melakukan perubahan diri yang lebih baik agar pantas mendapatkan jodoh yang baik.

2. Jangan menginginkan seseorang menjadi seperti yang kita harapkan. Tapi bagaimana kita bisa menjadikan diri seperti orang yang kita harapkan.

3. Berusaha memposisikan diri untuk siap lahir batin serta berani menghadapi pernikahan kapanpun jika sewaktu-waktu jodoh telah hadir.

4. Berusaha untuk tidak patah semangat dan trauma terhadap masa lalu yang kurang menyenangkan. Bukalah lembaran baru yang lebih baik mulai hari ini dan untuk hari-hari selanjutnya.

5. Menjalin hubungan persahabatan dan persaudaraan sebanyak-banyak nya. Akan lebih baik jika banyak bergaul dengan sahabat yang baik. Siapa tahu jodoh kita berada di antara mereka.

6. Jangan terburu-buru menilai atau memberi kesimpulan kepada seseorang itu tidak layak bersama kita. Karena sejatinya jodoh itu akan hadir atas ridha Allah. Sedangkan kewajiban kita hanya berikhtiar.

7. Jangan terlalu mengkhawatirkan usia. Di usia berapapun menikah tetap baik jika kita mampu mempertanggungjawabkan pernikahan tersebut di hadapan Allah. Bagi pasangan, keluarga besar serta masyarakat.

8. Teruslah beriikhtiar dan berdoa. Karena doa bisa mengubah yang tidak mungkin menjadi mungkin sesuai kehendak-Nya

10 LANGKAH MEMBENTUK ANAK SOLEH


1. Memilih calon isteri yang baik, seperti mana hadis rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“ Lihatlah agama calon isteri supaya engkau tidak celaka” [Muttafaqun alaihi]

2. Suami dan isteri hendaklah sentiasa berdoa dan merendahkan diri kepada Allah SWT agar berkenan diberikan rezeki anak yang soleh.

3. Salah satu hak anak yang wajib ditunaikan oleh seorang ayah adalah memberikan mereka nama yang baik. Nama yang paling dicintai oleh Allah adalah: Abdullah, Abdurrahman. Dan nama yang paling benar adalah : Hammam dan Harits.

4. Ibu bapa adalah guru dan contoh yang terbaik bagi anak. Maka, adalah wajar bagi setiap ibu bapa itu menunjukkan akhlak yang bersih, serta jauh daripada hal-hal yang boleh merubah fitrah. Kerana sesungguhnya perbuatan yang merubah fitrah itu akan memberikan pengaruh terhadap kejiwaan anak. Fitrah seorang anak adalah beriman kepada Allah, dan membenci kekafiran, kedustaan dan penipuan. Dalam hatinya tersembunyi cahaya fitrah yang sentiasa menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran.

5. Setiap anak itu wajib dididik dan dibesarkan dalam persekitaran islamik. Serta jauhkan mereka daripada perbuatan-perbuatan syirik, sesat, bidaah, maksiat, dan hawa nafsu.

6. Perintahkan anak-anak bersolat andai mereka sudah berumur 7 tahun, dan pukullah mereka sekiranya tidak mengerjakan solat pada saat mereka berumur 10 tahun.

7. Pisahkan tempat tidur anak-anak anda, jangan satukan mereka andai anak anda itu lelaki dan perempuan.

8. Biasakan anak-anak bersikap jujur, menepati janji dan berakhlak mulia.

9. Cegah dan larang anak-anak menonton rancangan televisyen yang terkandung perkara-perkara yang haram dan campur baur lelaki dan perempuan. Serta hindari mereka melihat drama-drama atau filem yang mengisahkan tentang pembunuhan, kejahatan, pencurian dan pengkhianatan.

10. Bersikap adil dalam mendidik anak-anak untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Janganlah melampaui batas dan jangan pula terlalu lemah, janganlah berlebih-lebihan dalam memukul anak dan jangan pula membiarkan mereka tanpa teguran.

3 PENIPUAN YANG DIHARUSKAN DALAM ISLAM


1. Lelaki yang berbohong ketika dalam medan peperangan. kerana berperang mesti melalui helah atau tipu daya.

2. Lelaki berbohong kepada isteri supaya isteri menyukainya.

3. Lelaki berdusta kerana muslihat diantara dua orang yang bertelingkah atau berkelahi.

4 RAHSIA MENCAPAI MAKRIFAT KEPADA ALLAH SWT


1. Meletakkan seluruh perhatian untuk mendapat makrifatullah dan membina kemahuan yang tinggi untuk sampai kepada Allah SWT.

2. Berusaha menjauhkan dunia sepenuhnya dari hati bertajarrud ( membersihkan hati ), yakin kepada Allah SWT dan kekuasaanNya serta berbaik sangka kepada Allah SWT.

3. Memperolehi sesuatu ( الإشراق ) dan terbuka hati untuk menerima hakikat ketuhanan ( التجلى ). Hal ini menjadi sempurna dengan jalan berfikir tentang kejadian langit dan bumi, pertukaran siang dan malam serta melakukan zikrullah dengan menghadirkan hati.

4. Peringkat Pembersihan Hati ( التزكية ) iaitu seseorang yang arif itu melupakan segala-galanya termasuk dirinya sendiri, dia tidak merasai kewujudan sesuatu pun melainkan Allah SWT. Maqam ini disebut Maqam Al-Irfan.

JANJI2 ALLAH KEPADA GOLONGAN YANG SUKA BERSEDEKAH


1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah.

2. Dapat berteduh di hari kiamat.

3. Harta tidak akan berkurang tetapi makin bertambah banyak.

4. Dapat membebaskannya dari siksa kubur.

5. Terdapat pintu syurga hanya untuk orang yang bersedekah.

6. Menjauhkan diri dari api neraka.

9 PENYEBAB SESEORANG MENDAPAT HIDAYAH ALLAH


1. Orang yang lahir dalam keluarga yang taat beragama.
Orang ini bernasib baik, kerana dia mendapat didikan secara langsung dalam suasana kekeluargaan yang mendidik.

2. Orang yang diberi kesedaran dan petunjuk.
Dari kecil sudah menyukai kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan ilmu. Orang ini amat sedikit maka mereka termasuk orang yang diberikan anugerah.

3. Orang yang didalam perjalanan hidupnya berjumpa golongan/kelompok yang aktif mengamalkan syariat.

4. Orang yang sentiasa mencari kebenaran.
Mereka orang yang sentiasa membaca, mengkaji, membandingkan dan melihat berbagai macam ajaran dan ideologi serta bergaul dengan berbagai golongan tersebut maka akhirnya dia bertemu dengan kebenaran.

5. Orang yang mendapat pendidikan agama.
Mendengar ceramah, menghadiri majlis-majlis agama, maka dia akhirnya mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

6. Orang yang diuji.
Mungkin setelah kaya jatuh miskin, ditimpa bencana atau sakit. Maka dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekatkan diri kepada Tuhannya.

7. Orang yang mendapat kebenaran.
Atas izin Allah, dia mengalami perjalanan rohani, seperti melihat didalam mimpi adanya alam barzakh, melihat orang-orang di azab atau dia sendiri yang kena seksa.

8. Orang yang sedar setelah kehidupan dunianya serba mencukupi, tetapi didalam jiwanya kacau.

9. Orang yang mendapat petunjuk kerana ada orang soleh yang senntiasa bertaqwa mendoakannya