4 PERKARA JIKA DI PANDANG SAHAJA DAPAT PAHALA


Diterangkan dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW. Hanya dengan memandang empat
perkara ini pun kita sudah dapat pahala.Hanya dengan memandang empat perkara ni pun dikira ibadah.
Yang di maksudkan 4 perkara itu adalah :


1. Wajah ibubapa

2. Al-quran

3. Lautan

4. Ka’abah

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: 
“Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan.” (Riwayat Abu Nuaim) 
dan ditambah dengan
“Melihat Ka’abah” (Riwayat Abu Daud).

10 ANUGERAH ALLAH YANG PALING BERHARGA


1. Sentiasa bersikap jujur dengan disetai hati yang bersifat Qannah.

2. Sabar yang sempurna disertai dengan selalu bersyukur. 
Rasulullah bersabda: Iman yang paling Utama adalah sabar dan pemurah – H.R. Dailami.

3. Sentiasa bersifat fakir dan zuhud kepada Allah SWT.

4. Sentiasa berfikir kepada Allah berserta dengan perut yang kosong.

5. Sentiasa bersedih disertai dengan sifat takut yang berterusan. 
Rasulullah SAW bersabda: Mencukupi bagi seseorang dengan ilmunya,bila ia takut kepada Allah dan mencukupilah bagi seseorang kebodohannya,bila dia berbangga dengan dirinya. H.R. Baihaqi.

6. Sentiasa zuhud yang disertai dengan sifat Tawaduk.

7. Sentiasa bersifat ramah yang disertai dengan kasih sayang.

8. Sentiasa Cinta kepada Allah Azzawajal yang dihiasi dengan sifat malu.

9. Memiliki ilmu yang bermanfaat yang disertai dengan amalan yang berterusan.

10. Sentiasa beriman dengan Allah SWT yang disertai dengan akal yang sempurna dan tetap.

HIKMAH SUJUD


1. Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).

2. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud akan :

3. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

4. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)

5. Melegakan sakit hernia.

6. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

7. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )

8. Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)

9. Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.

10. Meringankan bahagian PELVIS.

11. Memberi dorongan untuk mudah tidur .

12. Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.

13. Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).

14. Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.

15. Mengurangkan kegemukkan (obesity).

16. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).

17. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

18. Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

19. Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan..

JALAN2 KE NERAKA


1. Orang-orang yang tidak menjalankan tanggungjawab memberikan pelajaran agama Islam kepada ahlinya.

2. Orang kaya yang bakhil.

3. Peniaga yang penipu.

4. Peminum arak.

5. Mengada dan menyokong majlis-majlis maksiat.

6. Berzina.

7. Menipu, memakan harta anak yatim.

8. Meringan-ringankan sembahyang.

9. Tidak mengeluarkan zakat.

10. Panjang angan-angan dan tidak bertaubat kepada Allah.

11. Meninggalkan sembahyang.

12. Derhaka kepada ibubapa.

13. Berbuat fitnah.

14. Suami dan ibubapa yang dayus.

15. Dusta.

16. Mendapat dan memakan harta yang haram.

17. Sihir.

18. Dengki/khianat.

19. Melakukan apa yang diharamkan oleh Allah.

AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT


3 darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :
1. Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2. Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

3 macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
1. Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2. Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar.
3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

3 macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :
1. Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

3 lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
1. Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

BENTUK2 KHURAFAT & TAHYUL


1. Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu dan seumpamanya.

2. Kepercayaan kepada nasib sial majal, seperti adat membuang sial.

3. Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan daripadanya, umpamanya adat memuja kampung.

4. Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi.

5. Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang, seperti menangguhkan perjalanan jika terdapat biawak melintas kerana dianggap sebagai isyarat benda tidak baik akan berlaku.

6. Percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu.

7. Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang dan kubur.

10 SYARAT UNTUK MENJADI IMAM


1. Islam,
tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.

2. Berakal,
tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu berulang ketika dia menunaikan solat.

3. Baligh,
tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Mas’ud, “Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh.” Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna.Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun. (Riwayat Bukhari)

4. Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.
Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

5. Bersih daripada hadas dan kekotoran.
Tidak sah menjadi imam yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.

6. Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya.
Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.

7. Keadaan yang bukan makmum.
Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:i- Al-Hanafiah: tidak harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh diikuti.ii- Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia bangkit untuk menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana ketika itu dia sedang solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.iii- Al-Syafieyyah: terputus ikutan / menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari solat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.Kesimpulannya : al-Hanafiah dan Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan harus pada Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah lebih utama.

8. Syarat khas pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah: sejahtera daripada keuzuran.
Tidak lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam. Sekiranya seseorang yang mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua keuzuran.Adapun pendapat al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.Begitu juga pendapat bagi Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam orang yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.

9. Imam mesti seorang yang fasih al-lisan.
Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.

10. Al-Hanafiah dan Al-Syafieyyah mensyaratkan supaya solat itu diimamkan oleh orang yang bermazhab yang sama dengan makmum.
Sekiranya seseorang yang bermazhab Hanafi solat di belakang seorang imam bermazhab Syafie yang mengalir darah pada tubuhnya dan tidak berwuduk selepas itu atau solat seorang yang bermazhab Syafie di belakang seseorang bermazhab Hanafi yang menyentuh perempuan dan tidak berwuduk, maka solat makmum itu batal kerana setiap mazhab melihat kepada batalnya solat imam itu tadi.Al-Hanafiah berpendapat solat di belakang imam yang bermazhab Syafie adalah makruh.

9 JENERAL PERANG TERHEBAT DI DALAM SEJARAH ISLAM


1. Khalid Ibn Al-Walid (584 - 642)
Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-pangli­­ma perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.

2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )

Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya­­annya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)
Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud

4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.
Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.

5. Sa'ad bin Abi Waqqas.
Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.

6. Tariq Bin Ziyad.
Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M

7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)
Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.

8. Abdullah bin Aamir.
Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.

9. Amru Bin Ash.
Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.

10 GOLONGAN YANG MENZALAMI DIRI SENDIRI


1. Bila berdoa, tidak mendoakan org lain.

2. Tidak membaca Al-Quran.

3. Tidak memberi salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika berada di tanah perkuburan.

4. Apabila orang alim datang ketempatnya, tidak mahu pergi belajar.

5. Apabila sampai ke sesuatu tempat tidak solat jumaat.

6. Apabila bertemu 2 orang, tidak bertanya nama.

7. Tidak mendirikan solat tahayatul masjid bila masuk ke dalam masjid.

8. Pemuda yang tak mahu bekerja dan tak mahu belajar.

9. Apabila dijemput kenduri dia tidak datang.

10. Makan kenyang sedangkan jiran sebelah kelaparan.