KAEDAH BAGI MENJAGA KESELAMATAN



Bagi menjaga keselamatan diri kita, anak isteri, rumah dan harta benda, perniagaan serta urusan dan projek projek yang kita jalankan.

Setiap hari berlaku rompakan, penipuan, perkosaan, pukau, kemalangan, pembunuhan, penzaliman, penindasan serta berbagai musibah keatas umat Islam serata dunia. Tiada daya dan kekuatan yang dapat memberikan perlindungan kecuali dari Allah SWT. Amalkan kaedah ini setiap hari.

i. Baca Istiqfar – 3 kali.
ii. Baca Selawat – 3 kali.
iii. Baca Fatihah – 1 kali.
iv. PASANG NIAT untuk memagar (sebagai contoh) :

Sahaja aku membaca Ayat-Kursi untuk memagar diri, keluarga, rumah dan urusan kerana Allah :

1. Baca Ayat Al-Kursi 1 kali.

2. BACA DOA INI: Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah DI HADAPAN – diri, keluarga, rumah dan segala urusan – hambaMu yang banyak dosa serta daif ini – Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

3. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-2.

4. BACA DOA INI: Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah DI BELAKANG – diri, keluarga, rumah dan segala urusan – hambaMu yang banyak dosa serta daif ini – Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

5. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-3.

6. BACA DOA INI: Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah DI KANAN – diri, keluarga, rumah dan segala urusan – hambaMu yang banyak dosa serta daif ini – Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

7. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-4.

8. BACA DOA INI: Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah DI KIRI – diri, keluarga, rumah dan segala urusan – hambaMu yang banyak dosa serta daif ini – Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

9. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-5.

10. BACA DOA INI: Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah DI ATAS – diri, keluarga, rumah dan segala urusan – hambaMu yang banyak dosa serta daif ini – Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

11. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-6.

12. BACA DOA INI: Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah DI BAWAH – diri, keluarga, rumah dan segala urusan – hambaMu yang banyak dosa serta daif ini – Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan haiwan.

13. Baca Ayat Al-Kursi untuk kali ke-7.

14. BACA DOA INI: Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah segenap sendi dan liang bulu roma hambaMu yang banyak dosa ini, Kota Besi, Kota Tembaga yang tidak dapat ditembusi nafsu amarah yang didalangi oleh syaitan dan iblis.

15. Baca Selawat keatas RasulAllah SAW.

ADAB BANGUNKAN ANAK DARI TIDUR



1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur

2. Sentuh ujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.

3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.

4. Kalau masih belum bangun, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.

6. Bangunkan sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.

7. Setelah anak bangun, usap kepalanya sambil berucap dengan lembut agar ia mandi , sholat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

8. InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan otak yang cerdas karena dibangunkan dengan penuh kasih sayang.

14 AMALAN PERSEDIAAN UNTUK KEMBALI KEPADA ALLAH SWT




1. Perbanyakkan membaca Al-Quran.

2. Perbanyakkan membaca surah al-Zahrawayn (dua cahaya yang bersinar). Melazimi membaca surah al-Baqarah dan Ali Imran, kelak mendapat syafaat di Padang Mahsyar.

3. Perbanyakkan berselawat keatas Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

4. Melazimi membaca surah Al-Mulk sebelum tidur setiap malam.

5. Melazimi membaca Ayatul Kursi, selepas solat fardhu.

6. Perbanyakkan membaca Sayyidul Istighfar.

7. Sentiasa beristighfar dan bertaubat kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

8. Perbanyakkan bersedekah dan berwakaf.

9. Melazimi membaca Doa Nabi Yunus 'Alaihi salam (40x) ketika sakit menjelang kematian, pasti diberikan pahala orang yang mati syahid.

10. Mengamalkan solat sunat Dhuha. Setiap hari yang dihapuskan dosa-dosa terdahulu.

11. Menghidupkan akhir malam dengan solat Tahajjud.

12. Menghadiri majlis Ilmu (taman syurga). Antara kelebihan mendapat ketenangan dan rahmat, dipermudahkan jalan menuju kesyurga, dan beroleh ganjaran pahala.

13. Menziarahi kubur dan duduk disisinya, sambil mendoakan si mati.

14. Amalkan doa (3x) sehari seperti yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, "Subhanakallahumma wabihamdika astaghfiruka wa atubu ilaih."

KATA ULAMA




Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.

• Allah akan sibukkan kita dengan harta.

• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada 
orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

KATA RASULULLAH TENTANG WANITA DAN ISTERI




1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan iaitu wanita (isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim)

2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya,maka iaa dalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad,Thabrani dan Hakim)

3. Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu beruntung.

4. Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (RiwayatAhmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik)

5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari khiamat, tiada nur baginya.(Riwayat Termizi)

6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan)

7. Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya. (Riwayat Muaz bin Jabal)

8. Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syuga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.

Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. (Riwayat Muaz bin Jabal)

9. Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.

10. Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

PETUA 17 AMALAN MENCUCI HATI




1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.

Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.

6. Bisikkan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri
sendiri.

Katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci
otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif".

Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar
orang mengumpat.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS ?




1)
Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

10 SURAH UNTUK AMALAN HARIAN




1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan
membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit
mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali
sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu
ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an.
Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala
menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat
At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab
Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan
pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala
baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan
dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan
kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata
mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari
kehausan di hari KIAMAT.


3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di
Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan
merasai kepapaan.. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah
akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak
14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan
rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah
sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7
kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga
kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah
Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka
sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai
jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.


5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka
Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan
pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak
hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w.
dalam tidurnya.


6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti
membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh
dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan
(Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta
membersihkan kotoran dalam diri kita.


7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat
dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya.
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah,
akan terselamat dari azab kubur.


8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti
Aisyah, antara mafhumnya :
"Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."

KELEBIHAN SURAH

 






ORANG YANG PERTAMA DI DALAM ISLAM