6 GOLONGAN WANITA YANG KURANG LAYAK DI JADIKAN ISTERI


1) Al -Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. 

2) Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu.

3) Al -Hunaana : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka
membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada. 

4) Al- Hudaaqah : Suka memaksa. Bila ingin sesuatu maka dipaksa suami melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami.

5) Al-Hulaaqa : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai dll hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjamaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak, dll.

6) As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip/mengumpat. Siang malam, pagi petang asyik mengumpat sahaja.

6 DOSA TIDAK DIAMPUNKAN ALLAH SWT WALAUPUN DENGAN TAUBAT


1- Makan harta anak yatim secara haram.
( Untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus. )

2- Menuduh wanita solehah berzina.
( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT. )

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut. )

4- Melakukan sihir.
( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya . )

5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT. )

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah. )

6 KEISTIMEWAAN ORANG MATI SYAHID


1. Diampunkan dosanya dalam peringkat pertama.

2. Diperlihatkan kepadanya tempat duduknya di syurga.

3. Dijauhkannya daripada seksa kubur.

4. Aman daripada ketakutan hari kiamat.

5. Diletakkan di atas kepalanya sebuah mahkota kemegaan daripada permata yaqut yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya.

6. Akan dikahwinkan dengan 72 bidadari dan boleh memberi syafaat kepada 70 orang daripada ahli keluarganya.

8 PERISTIWA PENTING KETIKA KELAHIRAN & KEMATIAN


1- Ketika kamu dilahirkan, azan dilaungkan di telinga kamu.
     Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

2- Ketika kamu dilahirkan, kamu tidak ketahui siapa yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu.
     Ketika kamu mati, kamu tidak tahu siapa mengusung kamu ke kubur.

3- Ketika kamu dilahirkan, kamu dimandikan dan dibersihkan.
     Ketika kamu mati, kamu juga dimandikan dan dibersihkan.

4- Ketika kamu dilahirkan kedua ibubapa kamu dan sudara-mara bergembira.
     Ketika kamu mati, kami ditangisi kedua ibubapa kamu dan sanak-saudara.

5- Kamu dicipta daripada tanah.
     Maha Suci Allah yang mengembalikan kamu kepada tanah.

6- Ketika dalam perut ibu kamu berada dalam tempat yang sempit dan gelap.
     Ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kubur yang sempit dan gelap.

7- Ketika kamu dilahirkan, kami ditutupi kain supaya aurat ditutupi.
     Ketika kamu mati, kamu dikafan dengan kain supaya auratmu tertutup.

8- Ketika kamu dilahirkan kamu, kelahiran kamu dinanti-nantikan dan sering ditanya perkhabaran kamu.
     Ketika kamu mati, kamu tidak ditanya melainkan amalanmu yang soleh.

13 SIFAT SUAMI YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM KELUARGA


1. Sentiasa mengajak isterinya untuk menjadi wanita yang selalu beriman dan bertakwa kepada-Nya.

2. Sentiasa berusaha menjadikan rumah sebagai surga bagi isteri dan anak-anaknya.

3. Sentiasa berusaha untuk bertanggungjawab atas segala kebutuhan nafkah isteri dan anaknya dengan rezeki yang halal.

4. Sentiasa membimbing isterinya menjadi seorang isteri yang selalu taat kepada suami.

5. Sentiasa bersikap ramah dan penyayang kepada isteri dan anak-anaknya.

6. Sentiasa menjaga cinta dan kasih sayangnya hanya kepada isterinya. Pantang baginya untuk mudah berpaling kepada wanita lain.

7. Sentiasa berusaha untuk menasihati isterinya di saat khilaf dan berbuat kesalahan. Dan tak segan-segan ia memaafkannya.

8. Sentiasa berusaha bersabar dalam menyingkapi sifat buruk isterinya. Ia dengan telaten akan mengarahkannya untuk berubah menjadi lebih baik.

9. Sentiasa berusaha untuk lebih mengingat kebaikan isterinya dibanding dengan mengungkit-ungkit keburukannya.

10. Sentiasa berusaha menyelesaikan setiap permasalahan rumah tangga dengan sebaik-baiknya dan tak mudah menceritakannya kepada orang lain.

11. Sentiasa berusaha menjadi pemimpin yang baik dan bijak serta menjadi contoh yang baik bagi isteri dan anak-anaknya.

12. Sentiasa punya waktu untuk berkumpul santai bersama isteri dan anak-anaknya.

13. Tidak merasa berat hati untuk memberi maaf kepada isterinya jika berbuat khilaf, serta tidak merasa rendah diri untuk meminta maaf kepada isterinya jika ia berbuat khilaf.

10 PUNCA HATI MENJADI GELAP & KERAS


1- Suka melihat kemaksiatan.

2- Suka melihat tahi.

3- Suka bercakap kotor.

4- Suka berfikiran kotor/lucah.

5- Tidak bersolat.

6- Tidak membaca al-Quran.

7- Tidak bertahajjud.

8- Tidak berzikir.

9- Tidak berdoa kepada ALLAH SWT.

10- Hidup di atas dunia ni dengan sombong dan angkuh.

7 RAHSIA DIBALIK SURAH AL-KAUTSAR


1. Ketika hujan, bacalah surah ini dan berdo'a. Insya Allah, do'a kita dikabulkan oleh Allah SWT.

2. Ketika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya Allah hilangkan rasa dahaga.

3. Ketika kita sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak. Sapukan air tawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4. Ketika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surah ini 10x. Insya Allah, Allah SWT memberi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu.

5. Jika kita membaca surah ini 1.000x. Insya Allah rezeki kita akan bertambah.

6. Jika kita rajin membaca surah ini. Insya Allah hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan shalat.

7. Jika ada orang teraniaya dan terpenjara, bacalah surah ini sebanyak 71x. Insya Allah, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. 

16 TANDA KEMATIAN KHUSNUL KHOTIMAH


1. Mengucapkan syahadat ketika hendak meninggal dunia.

2. Meninggal dunia dengan mengeluarkan keringat di dahi.

3. Meninggal dunia malam jumaat atau pada siang harinya.

4. Syahid di medan perang.

5. Meninggal dunia dalam keadaan perang di jalan Allah.

6. Meninggal dunia kerana penyakit Tho’un.

7. Meninggal dunia kerana penyakit perut.

8. Meninggal dunia kerana tenggelam.

9. Meninggal dunia kerana tertimpa runtuhan.

10. Wanita yang meninggal dunia ketika mengalami masa nifasnya disebabkan (melahirkan)

11. Meninggal dunia kerana terbakar.

12. Meninggal dunia kerana tumor di otak.

13. Meninggal dunia kerana mempertahankan harta yang hendak dirampas.

14. Meninggal dunia dalam mempertahankan agama.

15. Meninggal dunia dalam mempertahankan jiwa.

16. Meninggal dunia dalam beramal soleh .

10 MAYAT YANG TIDAK AKAN MEMBUSUK SAMPAI HARI KIAMAT


1- Nabi-Nabi.

2- Para Ahli Jihad Fisabilillah.

3- Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4- Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5- Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6- Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7- Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8- Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9- Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10- Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

11 GOLONGAN AHLI NERAKA


1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan KALA JENGKING. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

7 KELEBIHAN AYAT KURSI


1- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk surga, kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

4- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7- Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

7 SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW


1- Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

2- Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

3- Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4- Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

5- Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

6- Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

7- Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

TANDA2 KIAMAT SEMAKIN HAMPIR


1- Sembahyang diringan-ringankan.

2- Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3- Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakkannya jahil mengenai agama serta memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4- Perkara benar disalahkan. Susah untuk membezakan antara perkara halal dengan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5- Berbohong sudah menjadi keperluan dalam hidup sebab dikatakan jika tidak berbohong susah untuk mendapat kesenangan.

6- Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7- Manusia yang hidup mengikut lunas agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa, tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8- Turun hujan di luar musim dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9- Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10- Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11- Anak-anak ingkar dan menderhaka kepada ibi bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12- Kawan baik dilayan kasar, manakala musuh dilayan baik. Kawan disangka lawan dan musuh diaanggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikkan.

13- Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14- Masjid dihiasi indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15- Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Ketika sembahyang, berjanji akan mengikut suruhan ALLAH tetapi di luar sembahyang melanggar perintah-NYA.

16- Akan datang golongan manusia dari barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17- Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan isinya.

18- Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

19- Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama, tidak mahu membela dan menyebarkannya.

20- Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.