7 JENIS MANUSIA YANG DIDOAKAN MALAIKAT SETIAP PAGI & PETANG



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa; Ya ALLAH, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.
(HR. Imam Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya; Ya ALLAH, ampunilah ia. Ya ALLAH sayangilah ia.
(HR. Imam Muslim dari Abu Hurairah, Sahih Muslim: 469)

3. Orang-orang yang berada di saf barisan depan di dalam solat berjamaah.
Sesungguhnya ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang orang) yang berada pada saf-saf terdepan.
(HR. Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra bin Azib)

4. Orang yang menyambung saf solat berjamaah (tidak membiarkan kosong di dalam saf).
Sesungguhnya ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf.;
(HR. Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah)

5. Para malaikat mengucapkan Aamiiin ketika seorang Imam selesai membaca Al-Fatihah.
Jika seorang Imam membaca; ghairil maghdhuubi alaihim waladh-dhaalinn, maka ucapkanlah oleh kalian Aamiiin, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu.
(HR. Imam Bukhari dari Abu Hurairah, Sahih Bukhari: 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.
Para malaikat akan selalu berselawat (berdoa) kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata; Ya ALLAH ampunilah dan sayangilah ia.
(HR. Imam Ahmad dari Abu Hurairah, Al-Musnad no. 8106)

7. Orang-orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjamaah.
Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala bertanya kepada mereka, Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?, mereka menjawab; kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat.
(HR. Imam Ahmad dari Abu Hurairah, Al-Musnad no. 9140)

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

5 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH KAUM WANITA


1. Jaga solat 5 waktu.

2. Tutup aurat dengan sempurna.

3. Puasa di bulan Ramadhan.

4. Jaga kehormatan dan maruah iaitu dengan tidak tergedik-gedik ambik gambar/video masuk media sosial, sehingga gambar itu menimbulkan syahwat pada orang lain yang melihat.

5. Mentaati suami.

Ketika di mahsyar akan ada pengumuman bagi yang buat semua perkara di atas,

“Wahai wanita syurga masuklah ke dalam mana-mana pintu yang kamu nak.”

4 PERKARA YANG PERLU DIAWASI DARI MENGGANGGU DALAM MENGERJAKAN KETAATAN KEPADA ALLAH SWT



1. Dunia

2. Manusia

3. Hawa Nafsu

4. Syaitan

Dan hendaklah kita Istiqomah di atas Jalan Allah, nescaya kita selamat didunia dan akhirat.
Infiru khifafan wa tsiqalan! Berjuanglah kamu, sama ada senang mahupun susah.
(Surah At-Taubah, ayat 41)

KAITAN 3 PERINGKAT IMAN & 3 PINGGAN



Tuan Guru Ustaz Sidek Nor :

"Allah jadikan kita BERSIH, kita jugak nak pulang kepada Allah, kena pastikan dalam keadaan BERSIH! Tuan2, tuan2 buat kenduri, panggil orang ramai, tiba2 dekat rumah tak cukup lagi 3 pinggan, tuan2 pi rumah jiran dia bagi yang paling ekslusif punya, yang dok dalam almari. Lepas kita guna, kita basuh elok2, lap bagi kering, hantar balik kepada rumah jiran, dia pun ambik letak semula di tempat yang eksklusif tu.

Samalah macam Iman, kalau Allah jadikan bersih, kita pulang dalam keadaan yang bersih, sempat bertaubat, banyak amal soleh dan sebagainya, InsyaAllah Allah letak di tempat yang paling eksklusif iaitu di SYURGA.

Bayangkan kalau pulangkan semula pinggan tu dalam keadaan kotor, jiran akan ambil, dia basuh dulu, sental dulu dalam sinki, dah bersih baru la letak kat tempat ekslusif tersebut.

Sama macam kita, kalau kita dok buat dosa, tak solat dan sebagainya, tak sempat taubat, Allah akan cuci dulu dosa2 kita, bukan cuci dengan sabun, kena bakaq dalam NERAKA, dah suci baru Allah masukkan ke syurga.

Tapi kalau la pinggan tu pecah berderai, bagi kepada jiran, dia tak letak di tempat ekslusif, tak letak di sinki, tapi dia buang terus dalam tong sampah.

Sama jugak keadaanya dengan manusia, orang kafir ni takda iman, iman dia hancur, bila pulang semula kepada Allah dalam keadaan tiada iman, Allah campakkan dalam neraka. Selama2nya.

Jadi tuan2 nak jadi pinggan yang nombor berapa ? Nak jadi yang nombor 2 ?. Sanggup dibakar dalam api neraka?. Usaha, taubat dan doalah supaya kita jadi macam pinggan yang nombor 1.

4 GOLONGAN WANITA YANG MENJADI PENGHUNI NERAKA



1. Bila marah mulutnya memaki anak dan suami.

2. Permintaan melebihi kemampuan suaminya.

3. Mempertontonkan auratnya dihadapan lelaki selain suaminya.

4. Mereka yang memutuskan persaudaraan.

JALAN DITEMPUH ULAMA2 DALAM MENEGAKKAN AGAMA ISLAM



IMAM SYAFIE -
Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

IMAM HANAFI -
Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

IMAM MALIKI - 
Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

IMAM HAMBALI - 
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

SUFYAN ATH-THAURI - 
Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

SAID BIN JUBAIR -
Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

ABU YAZID AL BUSTAMI -
Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

ABUL HUSIN AN NURI -
Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.
Imam Nawawi - Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

BUTAKAH KITA ?


Di zaman yang penuh dengan teknologi ini, ramai di antara kita yang BUTA.
Bila Allah sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.
Kita nampak ubat. Kita tak nampak Allah.
Bila Allah berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.
Kita nampak kebijaksanaan kita. Kita tak nampak Allah.
Bila Allah bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi.
Kita nampak kecemerlangan kita. Kita tak nampak Allah.
Bila Allah bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dalam perniagaan.
Kita nampak kegigihan usaha kita. Kita tak nampak Allah.
Bila Allah kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.
Kita nampak baiknya kita. Kita tak nampak Allah.
Bila Allah keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.
Kita nampak baiknya manusia tersebut. Kita tak nampak Allah.
Bila Allah masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.
Kita nampak hebatnya kita. Kita tak nampak Allah.
Bila Allah bagi segala jenis nikmat yang tak pernah minta dibayar dan tak terhitung.
Kita hanya nampak indahnya nikmat itu. Kita tak nampak Allah.
Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar kerana keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati untuk melihat Maha Mencipta di sebalik kejadian.
Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat Allah dalam setiap langkah kita.
Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.
Datang dari Allah, hidup untuk Allah dan balik kepada Allah...

TENTANG AL QURAN



SOALAN : Berapa jumlah Surah dlm al-Quran?
JAWAPAN : 114 Surah

S : Berapa jumlah Juz dlm al-Quran?
J : 30 Juz

S : Berapa jumlah Hizb dlm al-Quran?
J : 60 Hizb

S : Berapa jumlah Ayat dlm al-Quran?
J : 6236 Ayat

S : Berapa jumlah Kata dlm al-Quran?, dan Berapa Jumlah Hurufnya?
J : 77437 Kata, atau 77439 Kata dan 320670 Huruf

S : Siapa Malaikat yang disebut dlm al-Quran?,
J : Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun HamalatulArsy, dll.

S : Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dlm al-Quran?
J : 14 Sajdah

S : Berapa Jumlah para Nabi yg disebut dlm Al-Quran?
J : 25 Nabi

S : Berapa Jumlah Surah Madaniyah dlm al-Quran?, sebutkan.
J : 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra’d, al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid, al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun, al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.

S : Berapa Jumlah Surah Makiyah dlm al-Quran? sebutkan.
J : 86 Surat, selain surah tersebut di atas.

S : Berapa Jumlah Surah yg dimulai dgn huruf dlm al-Quran?
J : 29 Surah.

S : Apakah yg dimaksud dgn Surah Makiyyah?, sebutkan 10 saja.
J : Surah Makiyyah adalah Surah yg diturunkan di Makkah sebelum Hijrah, seperti: al-An'am, al-Araf, al-Shaffat, al-Isra’, al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil, al-Falaq.

S : Apakah yg dimaksud dgn Surah Madaniyyah? sebutkan lima saja?
J : Surah Madaniyah adalah Surah yg diturunkan di Madinah setelah Hijrah, seperti: al-Baqarah, al-Imran, al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj.

S : Siapakah nama para Nabi yg disebut dlm Al-Quran?
J : Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud, Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa’, Luth, Hud, Saleh, ZulKifli, Syuaib, Idris, Muhammad Saw.

S : Siapakah satu-satunya nama wanita yg disebut namanya dlm al-Quran?
J : Maryam binti Imran.

S : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yg disebut namanya dlm al-Quran?
J : Zaid bin Haritsah. Rujuk dlm surah Al Ahzab ayat 37.

S : Apakah nama Surah yg tanpa Basmalah?
J : Surah at-Tawbah.

S : Apakah nama Surah yg memiliki dua Basmalah?
J : Surah al-Naml.

S : Apakah nama Surah yg bernilai seperempat al-Quran?
J : Surah al-Kafirun.

S : Apakah nama Surah yg bernilai sepertiga al-Quran?
J : Surah al-Ikhlas

S : Apakah nama Surah yg menyelamatkan dari siksa Qubur?
J : Surah al-Mulk

S : Apakah nama Surah yg apabila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang pekan?
J : Surah al-Khafi

S : Apakah ayat yg paling Agung dan dlm Surah apa?
J : Ayat Kursi, dlm Surah al-Baqarah ayat No.255

S : Apakah nama Surah yg paling Agung dan berapa jumlah ayatnya?
J : Surah al-Fatihah, tujuh ayat.

S : Apakah ayat yg paling bijak dan dlm surah apa?
J : Firman Allah Swt :“ Barang siapa yg melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat, Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan lihat.. (Surah al-Zalzalah ayat 7-8)

S : Apakah nama Surah yg ada dua sajdahnya?
J : Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.

S : Pada Kata apakah pertengahan al-Quran itu di Surah apa? ayat no Berapa?
J : وليتلطف Surah al-Kahfi ayat No. 19.

S : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Sholat Fardhu dpt mengantarkannya masuk ke dalam surga?
J : Ayat Kursi.

S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 31 kali dlm satu Surah dan di Surah apa?
J : Ayat فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah al-Rahman.

S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 10 kali dlm satu Surah dan di surah apa? Apakah ayat ini ada juga disebut dlm surah lainnya? Di Surah apa?
J : Ayat (ويل يومئذ للمكذبين) pada Surah al-Mursalat, juga ada dlm Surah al-Muthaffifiin ayat No. 10.

S : Apakah Ayat terpanjang dlm al-Quran? pada Surah apa? Ayat berapa?
J : Ayat No 282 hSurah al-Baqarah…