30 CARA UNTUK MEMPERBAIKI HIDUP


1. Jangan bandingkan hidup kau dengan orang lain. Kau mungkin tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kau tak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga kau terhadap benda yang positif yang kau miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang kau mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu tapi sehabis baik.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri kau tapi fokus pada impian.

5. Jangan bazirkan tenaga kau terhadap gosip.

6. Berfikir lebih jauh bila kau masih terjaga.

7. Iri hati adalah perkara yang sia-sia. Kau sudah mempunyai semua yang kau perlukan, bersyukur.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan kau di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan kau di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lepas kau supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang yang kau sedang miliki.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kau selain dari kau sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ni seperti sekolah dan kau di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas sains, tetapi pengajarannya yang akan kau pegang seumur hidup kau.

13.
Senyum dan ketawa selalu.

14. Kau tidak perlu menang setiap pertengkaran. Tidak kira kau setuju untuk tidak.

15. Hubungi keluarga selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Sentiasa memaafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kau bukan urusan kau.

21. Pekerjaan kau tidak akan menjaga kau bila kau sakit tetapi keluarga kau yang akan menjaga kau. Selalu berhubung. 

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kau fikir, apa yang kau katakan dan buat.

23. Allah akan permudahkan segalanya.

24. Buat perkara yang betul.

25. Tak kira baik atau buruk pun situasi sekarang, ianya akan berubah.

26. Apa pun yang kau rasa, bangun, bersiap dan terus melangkah.

27. Yang terbaik pasti akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kau terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Bila kau kenal Allah kau akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

TIPS MENGHILANGKAN FUTUR (MALAS BERIBADAH)


1. Banyak-banyak istighfar, memohon ampun dan minta pertolongan ALLAH agar hati selalu dibukakan hidayah dan diperlembut untuk selalu senang mengerjakan ketaatan.

2. Paksakan ibadah. Setiap kali malas dan menunda-nunda beribadah, ingat sesuatu hal "andai aku mati dalam keadaan seperti ini, bekal apa yang aku punya?".

3. Jangan pernah jauh-jauh dari Al-Qur'an. Jangan pernah lupa baca Al-Qur'an, walau hanya satu lembar dalam sehari.

4. Carilah lingkungan yang boleh mendekatkan diri kepada ALLAH. Lingkungan yang membawa kepada kebaikan. Ikuti majlis ilmu, jangan tinggalkan kajian.

5. Jangan merasa diri telah berilmu. Kerana akan menimbulkan penyakit ujub hingga malas beribadah dan menuntut ilmu. Ujub penyakit yang berbahaya. Review kembali kajian yang pernah diikuti. Murajaah ilmu-ilmu yang pernah dipelajari.

6. Carilah sahabat yang yang boleh memberi manfaat, sahabat yang boleh diajak bincang perihal ilmu agama. Sahabat yang boleh saling mengingatkan dan berpesan.

7. Perbanyak dzikir, dan amalan sunnah lainnya. Jika susah, paksakan. In syaa ALLAH, nanti akan terbiasa. Dan sedih jika tertinggal.

8. Tinggalkan Muzik.

9. Paksakanlah hati dan diri kita untuk beribadah dan menuntut ilmu. Sekuat syaitan menggoda, jauh lebih kuat lagi kita mengelak dan melawan futur tersebut.

14 AMALAN SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK PERGI


1. Perbanyak membaca al Quran.

2. Perbanyak membaca surah al-Zahrawayn (dua cahaya yang bersinar). Melazimi membaca surah al Baqarah dan Ali Imran, kelak mendapat syafaat di Padang Mahsyar.

3. Perbanyak selawat ke atas Nabi SAW.

4. Melazimi membaca surah Al-Mulk sebelum tidur setiap malam.

5. Melazimi membaca Ayatul Kursi selepas solat fardhu.

6. Perbanyak membaca Sayyidul Istighfar.

7. Sentiasa beristigfar dan bertaubat kepada Allah Taala.

8. Perbanyakkan bersedekah dan berwakaf.

9. Melazimi membaca doa Nabi Yunus a.s 40x ketika sakit menjelang kematian, pasti diberikan pahala orang yang mati syahid.

10. Mengamalkan solat sunat Dhuha setiap hari yang dihapuskan dosa2 terdahulu.

11. Menghidupkan akhir malam dengan solat Tahajjud. 

12. Menghadiri majlis ilmu (taman syurga). Antara kelebihan mendapat ketenangan dan rahmat, dipermudahkan jalan menuju syurga, beroleh ganjaran pahala.

13. Menziarah kubur dan duduk disisinya sambil mendoakan si mati.

14. Amalkan doa 3x sehari seperti yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W:
"Subhanakallahumma wabihamdika astaghfiruka wa atubu ilaih."