WAHAI INSAN BERNAMA LELAKI


Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI , kerana anda mensia-siakan doa mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui bukan jalan bertabur bunga, tapi semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, sebaliknya semakin eratkan berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri anda 100%.

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Jangan berbagi cinta anda kepada isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka luas dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa isteri yang setia mendampingi kita diwaktu derita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Bermanja-manjalah kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13. KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anaknya.

14. KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengari oleh orang tuanya.

15. KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONI
Gunakanlah formula 7K
- Ketaqwaan
- Kasih sayang
- Kesetiaan
- Komunikasi
- Keterbukaan
- Kejujuran
- Kesabaran

HIASAN RUMAH YANG DILARANG DALAM ISLAM


“Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan” – (Surah an-Nahl : 80)

Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung.

Ini kerana, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya Malaikat Rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mengandungi patung.

Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung” – (Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanaya.

Kadang kala, terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas dan pada zahirnya kelihatan tenang dan cantik tetapi malangnya tidak dimasuki Malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung-patung hiasan dan seumpamanya.

Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut atau yang sewaktu dengannya.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah SAW kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung. Hari berikutnya pun Jibrail masih tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad:

“Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok” – (Riwayat Abu Daud, Nasai dan Termizi dan Ibnu Hibban)

Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung-agungkan.

Bagaimanapun, patung-patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akan datang cara mendidik anak-anak mereka.

Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, pokok, gambar pemandangan dan benda yang tidak bernyawa. Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari dengannya.

Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar-gambar artis yg memperagakan auratnya untuk tatapan umum atau gambar Orang Kafir (orang bukan Islam) yang melakukan musyrik terhadap Allah SWT.

Islam tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau timbul perasaan memuja mereka.

Menggantungkan gambar-gambar Orang Alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan dan kelebihan ilmunya dan Islam juga mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh.

Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga atau haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjdi kenangan.

Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dari emas dan perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan atau sifat sombong, riak dan ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya.

Larangan ini adalah untuk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri atau wujudnya perbezaan atau jurang yang berlebihan antara golongan kaya dan miskin.

Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya akan dimakan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan.

Begitu juga halnya dengan permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia akan tidak membayangkan ia diagungkan.

Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir dan memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran atau memahat patung ini. Dalam satu riwayat lain diterangkan: Orang yang menandingi kuasa ciptaan Allah”. – (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh pada patungnya itu, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu”. – (Riwayat Bukhari)

Maksud hadis ini ialah, Allah SWT akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja merupakan satu seksaan dan penghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh.

NASIHAT IMAM AL GHAZALI


1. Jika berjumpa dengan anak- anak anggaplah dia lebih mulia dari kita, kerana kanak2 ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita, kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5. Jika melihat orang jahat/kafir, jangan anggap kita lebih mulia, kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya atau diberikan hidayah oleh Allah dan dimatikan dlm agama Islam.