PESANAN ORANG TUA UNTUK ISTERI


1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.

2. Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar itu ialah: Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu dan bersikap manja di hadapannya.

3. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebencian ditinggalkan.

4. Jangan banyakkan permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.

5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.

6. Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami batik hendaklah disambut dengan balk dan bersolek pula.

7. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.

8. Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.

9. Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.

10. Jangan suka berhutang. Jika terpaksa sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.

7 CIRI CALON PENDAMPING HIDUP YANG SETIA


1. Menerima kamu seadanya.

2. Selalu menghargai apa yang ada dihati dan fikiran kamu.

3. Selalu berusaha unttk tidak mnyakiti dan mengecewakan kamu.

4. Selalu berusaha memberikan yang terbaik.

5. Selalu ada buat kamu.

6. Tidak prnah menuntut kamu utk mengikuti semua kemahuannya.

7. Selalu menjaga hubungan agar tetap diredhai sampai akhir hayat.

10 SIFAT SUAMI YANG BAIK


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

6 PENYEBAB ROSAKNYA HATI


1- Sengaja berbuat dosa dengan dalih suatu saat akan BERTAUBAT..

2- Menuntut ilmu, namun tidak MENGAMALKAN nya..

3- Mengamalkan sesuatu tanpa KEIKHLASAN..

4- Makan rezeki dari ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, namun TIDAK BERSYUKUR atasnya..

5- Tidak rela dengan apa yang diberikan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala..

6- Mengantar jenazah ke kuburan, namun tidak mau mengambil PELAJARAN darinya..

4 JENIS MANUSIA


1- Manusia yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu. Itulah orang yang lalai. Oleh itu berilah mereka peringatan.

2- Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Itulah orang yang bodoh dan degil. Oleh itu, tinggalkanlah mereka.

3- Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu. Itulah orang yang jahil. Oleh itu, ajarlah mereka.

4- Manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu. Itulah orang yang berilmu. Oleh itu, ikutilah mereka.

10 AMALAN MURAH REZEKI


1. Jangan tidur selepas solat subuh. Bangun pagi2 dan teruslah bergerak dan bekerja mencari rezeki.

2. Berzikir

Subhanallah 33x
Alhamdulillah 33x
Allahuakbar 33x
Ya Rahman 100x
Ya Razzaq 100x


3. Istiqamah mengerjakan solat duha

4. Berselawat 1000x sehari (200x setiap kali selepas solat)

5. Banyakkan beristighfar

6. Beri makanan kepada haiwan seperti kucing, burung, ikan dan sebagainya.

7. Banyakkan memberi sedekah.Lebih banyak memberi, lebih banyak rezeki anda datang.

8. Menjaga silaturrahim, menghubungkan silaturrahim yang terputus dengan bermaaf-maafan dan berbaik sangka.

9. Tunaikan hajat orang dan Allah akan menunaikan hajat anda.

10. Ikhlaskan hati dan berniatlah untuk memberi manfaat serta kebaikan kepada orang lain.

ANTARA PERANAN IMAN DALAM JIWA


1. MENJAMIN KESELAMATAN - Asas kepada ketaqwaan yang mana dapat meransang individu untuk menjalankan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat.

2. MENYUNTING SIFAT IKHLAS - Dalam melakukan amalan.

3. BENTENG MAKSIAT - dapat menghalang seseorang dari melakukan maksiat pada perkataan, perbuatan dan tindakan.

4. MEMUPUK SEMANGAT KENTAL - tidak mudah resah dan gelisah dalam menghadapi ujian.

5. MEMBERI KETENANGAN - Merasa tenang ketika senang dan susah.

6. MEMUPUK SEMANGAT JIHAD - Sanggup berkorban jiwa, tenaga, harta dan masa.

KESAN BURUK AKIBAT KURANG TIDUR


1. Sistem imun anda akan menjadi lemah. Jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun.

2. Anda sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi jika mengalami masalah kurangan tidur yang kronik, anda akan menghadapi masalah fungsi insulin.

3. Susut berat badan. Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.

4. Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.

5. Kurang tidur boleh menyebabkan anda stres dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut.

6. Mereka yang kurang tidur setiap malam berisiko mati awal.

7 MATA DICINTAI ALLAH


1. Mata yang berjaga malam di jalan Allah.

2. Mata yang memerhati dan memuji kejadian Allah.

3.  Mata yang menitiskan air mata kerana takutkan kebesaran Allah.

4.  Mata yang sentiasa menahan dan bersabar apa yang dilarang Allah.

5. Mata yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah jihad di jalan Allah.

6.  Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kehormatan dan kasih sayang.

7. Mata yang memandang dan membaca al-Quran serta mengambil pengajaran lalu diamalkan.

16 KEBAIKAN SUJUD DALAM SOLAT


1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

13. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

14. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.

16. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

12 PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT



1. Jika salah satu syarat rukunnya tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan.

2. Terkena najis yang tidak dapat dimaafkan.

3. Bekata-kata dengan tidak sengaja walaupun dengan satu huruf yang ada pengertian.

4. Terbuka auratnya.

5. Makan minum walaupun hanya sedikit.

6. Mengubah niat, misalnya ingin memutuskan solat.

7. Bergerak berturut-turut tiga kali seperti melangkah atau berjalan.

8. Membelakangi kiblat.

9. Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud.

10. Tertawa terbahak-bahak.

11. Mendahului imamnya.

12. Murtad ( terkeluar dari agama islam).

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN PERUT BUNCIT


1. Makan Dengan Perlahan - Semasa makan, elakkan daripada berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak dapat dihadam akan menimbulkan banyak gas.

2. Jangan Minum Teh - Daun teh boleh mengakibatkan protein daripada makanan anda mengeras dan sukar dicerna.

3. Kurangkan Pengambilan Garam - Terlalu banyak garam hanya menambahkan lagi sodium dalam badan dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.

4. Jangan Tidur Selepas Makan - Makanan yang anda baharu ambil itu pastinya tidak dapat dicerna dengan baik dan boleh menyebabkan jangkitan kepada usus sekiranya anda terus tertidur atau terasa mahu tidur.

5. Jangan Mandi - Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda. Kalau boleh, sebelum makan, mandi dahulu.

10 PERANGKAP SYAITAN


1. Melalui sifat bohong dan angkuh
Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut
Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak
Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.

4. Sifat khianat
Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat
Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad
Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain
Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa
RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri
Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan
Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

SIFAT MAZMUMAH ( TERCELA )


1. GEMAR MAKAN & MINUM  Sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat.

2. BANYAK BERKATA-KATA (YANG SIA-SIA)  Bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar.

3. MARAH – Berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan.

4. HASAD, DENGKI & IRI HATI – Lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain.

5. KASIH PADA HARTA  Tiada salah memiliki kemewahan tetapi jika bersikap bakhil, tamak dan membazir itulah yang dibenci oleh islam.
         
6. TAKBUR  Antara sebab takbur ialah keturunan (tinggi), kekuasaan, kecantikan, kekayaan, kepandaian, pengaruh dan kuat beribadat (menunjuk-nunjuk).

7. RIYAK – Sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian, pangkat dan kedudukan.

8. UJUB  Sifat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri seperti kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain.

9. KASIH AKAN DUNIA – Hati yang sentiasa berpaut pada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati.

SIFAT MAHMUDAH ( TERPUJI )



1. TAUBAT – Keazaman untuk meningglkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan il,u, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.

2. TAKUT AKAN ALLAH SWT – Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipat gandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya.

3. MAHABBAH – Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahrkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan Islam.

4. ZUHUD – Kehidupan insane Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.

5. SABAR – Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan. Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.

6. SYUKUR – Bersyukur kepada Allah s.w.t. atas nikmat kesihatan, rezeki kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya.

7. IKHLAS DAN BENAR – Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.

8. TAWAKAL – Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah s.w.t. setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha.

9. REDA DENGAN QADAK ALLAH – Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insane Mukmin.

10. MENGINGATI MATI – Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana.

7 KALIMAH YANG DISUKAI ALLAH


Pertama - adalah kalimat "Bismillah" yang haruslah kita ucapkan pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

Kedua - kalimat "Alhamdulillah" yang diucapkan pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

Ketiga - kalimat "Astaghfirullah" yang diucapkan jika lidah terselit perkataan yang tidak patut atau ada tindakan kita yang tidak pantas.

Keempat - kalimat "Insya Allah" yang kita ucapkan jika merencanakan untuk berbuat sesuatu.

Kelima - kalimat "La haula wala quwwata illa billah" yang diucapkan jika menghadapi sesutu yang tidak disukai maupun tidak diingini.

Keenam - kalimat "Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" yang diucapkan jika menghadapi dan menerima musibah.

Ketujuh - kalimat "La ilaha illa Allah" yang diucapkan sepanjang siang dan malam, hingga tak terpisahkan dari lidah kita.

6 PESANAN BUAT ISTERI


1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
 Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah ‘Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini.”

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

4 WANITA DI DALAM SYURGA


1. Wanita yang menjaga diri dari berbuat haram, berbakti pada Allah swt, Rasul dan suaminya.

2. Wanita yang menerima dengan senang hati keadaan serba kekurangan dengan suaminya dan banyak keturunannya serta penyabar.

3. Wanita yang bersifat pemalu dan bila suaminya pergi ia menjaga diri dan harta suaminya dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perbuatan yang tidak layak.

4. Wanita yang ditinggal mati suaminya dan mempunyai anak masih kecil lalu menahan dirinya untuk kawin lagi kerana ingin mengurus anak-anak dan mendidik serta memperlakukannya dengan baik, dan bersedia kawin lagi kerana khuatir anaknya akan sia-sia/terlantar.

4 WANITA DI DALAM NERAKA


1. Wanita yang mulutnya jelek pada suaminya dan jika suaminya pergi ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang ia memaki/memarahinya.

2. Wanita yang memaksa suaminya membeli apa yang suaminya tidak mampu.

3. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari laki-laki lain dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian laki-laki lain.

4. Wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur serta tidak berbakti pada Allah swt dan suaminya.

10 ORANG SOLATNYA TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibubapanya.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

10 CARTA DOSA DI DUNIA & ANUGERAH YANG BAKAL DITERIMA DI AKHIRAT


1. MENINGGALKAN sembahyang - ULAR USJATUL 'AQRA sedang menunggu.

2. MELEWAT-LEWATKAN sembahyang - NERAKA WAIL sedang menganga.

3. MERINGAN-RINGANKAN syariat - Mendapat pandangan MURKA Al-Jabbar.

4. MENGUMPAT peribadi orang - GUNTING neraka sedang diasah.

5. MENYEBARKAN gossip atau fitnah - DURI-DURI menanti anda di taman neraka.

6. Tidak MENJAGA pergaulan - LIBASAN api neraka dijanjikan.

7. Tidak BERAKHLAK dengan manusia - KEMURKAAN Allah bersama mu.

8. MENYAKITI hati orang dengan lisan - MASUKLAH mana-mana pintu neraka.

9. Meringankan AMANAH - Angkatlah SEBERKAS kayu dari neraka.

10. BERSANGKA BURUK - AMALAN BAIK diambil orang.

HIDUP MANUSIA TERDIRI DENGAN 3 MASA


1) Masa yang sudah pun berlalu - Sesungguhnya ia tidak mampu diputar kembali, seandainya apa yang telah berlaku itu MANIS, maka bergembiralah namun jangan pula sampai terleka.. seandainya apa yang telah berlaku itu PAHIT, maka bersabarlah kerana kita masih punyai masa sekarang itu merawat yang pahit itu menjadi manis..

2) Masa yang sedang dilalui - Sesungguhnya masa ini adalah suatu realiti. Oleh itu hargailah ia dengan sebaik-baiknya.. Isikanlah ia dengan sesuatu yang bermanfaat, jangan sampai ia membuatkan kita menyesal apabila ia sudahpun berlalu pergi..

3) Masa yang akan datang - Sesungguhnya ia masih dianggap fantasi. Rancanglah ia dengan sebaik-baiknya, namun jangan pula terlalu 'memandang'nya hingga melupakan masa sekarang kerana mungkin ada kebarangkalian juga kita tak mampu bertemunya kerana dipanggil kembali terlebih dulu untuk menghadap Yang Maha Esa..