PERINGATAN UNTUK WANITA


1. Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yg soleh. 

2. Wanita apabila melaksanakan solat 5 waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki mana-mana pintu syurga yg dikehendakinya. 

3. Saidatina Aisyah r.a. berkata: "Saya pernah bertanyakan Rasulullah S.A.W tentang siapakah manusia yang lebih berhak terhadap wanita?" Jawab Rasulullah S.A.W: "Suaminya". Bertanya pula Aisyah: "Siapa pula lebih berhak terhadap lelaki?". Jawab Rasulullah S.A.W: "Ibunya". 

4. Apabila kamu dipanggil oleh kedua ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. 

5. Sesiapa andikurniakan Allah wanita yang solehah, sesungguhnya ia telah dikurniakan separuh dari agamanya, maka yang separuh lagi hendaklah ia berbakti (bertakwa) kepada Allah. 

6. Sebaik-baik wanita ialah yang tinggal di rumah,tidak keluar kecuali atas urusan mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan (digoda) oleh iblis. 

7. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah S.A.W bersama isteri-isteri baginda (Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yg buta (Ibnu Maktum). Rasulullah S.A.W menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah org itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah S.A.W?". Rasulullah S.A.W menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?."

 8. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan dihadapan orang sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni seperti perempuan zina. 

9. Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina mereka melainkan yang hina. 

10. Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah. 

11. Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Hendaklah kamu mendapatkan yang kuat agamanya, tentu ia akan memberi ketenangan kepada kamu. 

12. Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat pula kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin). 

13. Wanita yg taatkan suaminya, semua burung2 di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia masih taatkan suaminya dan diredhai (serta dipelihara akan sembahyang dan puasanya).

14. Wanita yg taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya dengan tanpa dihisab. 

15. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan rasa tersinggung hati suaminya, maka ia dimurkai Allah sehingga ia kembali bermanis muka dan tersenyum mesra terhadap suaminya.

13 AURAT MUSLIMAH YANG WAJIB DIJAGA


1. Bulu kening - 
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - 
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - 
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban. 

4. Dada - 
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. 

5. Gigi - 
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 

6. Muka dan leher - 
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah. 

7. Muka dan Tangan - 
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari. 

8. Tangan - 
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi. 

9. Mata - 
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi. 

10. Mulut (suara) - 
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah. 

11. Kemaluan - 
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah. 

12. Pakaian - 
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah. Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. 

13. Rambut - 
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 

9 GOLONGAN ORANG YANG SOLAT


GOLONGAN 1 
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak solat, bahkan ramai juga yang tak tahu nak solat. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak solat tanpa sebab. Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin solat itu fardu.Masya-Allah... taknak masuk golongan nih.. paling menyedihkan... 

GOLONGAN 2 
Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar solat maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang solat tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala. 

GOLONGAN 3 
Orang yang mengerjakan solat, bahkan tahu ilmu mengenai solat, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap solat, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia solat, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak solat. Orang ini jatuh fasik. 

GOLONGAN 4 
Orang yang solat, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada solat yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam solat, orang ini lalai dalam solat. Neraka wail bagi orang ini. 

GOLONGAN 5 
Golongan yang mengerjakan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam solat itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai solat awamul muslimin. 

GOLONGAN 6 
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam solatnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam solatnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam solatnya. Begitulah sehingga selesai Solatnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai solat itu. Ertinya solatnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini. 

GOLONGAN 7 
Golongan yang mengerjakan solat yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar solat itu tidak mempengaruhi solatnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam solatnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin. 

GOLONGAN 8 
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam solatnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan solatnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam solatnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah ) 

GOLONGAN 9 
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dariseluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah solat itu dijiwai didalam solat malahan ia dapat mempengaruhi di luar solat. Kalau ia bermasalah langsung ia solat, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan solat. Solat telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti solat Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan solat dulu, maka didalam solat itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan solat. Makin banyak solat makin lazat, solatlah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam solatlah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

6 SEBAB MENGAPA KITA LAMBAT BERTEMU JODOH


1. Usaha Belum Sempurna 
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna.

2. Belum Benar-benar Bersedia 
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri. 

3. Tiada Daya Penarik 
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati. Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang. “Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja. 

4. Doa Tidak Makbul 
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang. 

5. Restu Ibu Bapa Tidak Sepenuhnya
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar. 

6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan. Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang. Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”

JENIS2 WANITA DI DALAM AL-QURAN


1. Wanita pejuang.
Jenis pertama yang disebut dalam al-Quran adalah jenis pejuang. Wanita yang memiliki sifat pejuang ini mempunyai keperibadian yang kuat. Mereka berani menanggung risiko apa pun saat keimanannya diusik dan kehormatannya diperlekehkan. Siti Asiah binti Mazahin, isteri Firaun memiliki sifat pejuang ini.
ALLAH mengabdikan doa Siti Asiah dalam al-Quran: “Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga, dan selamatkanlah aku daripda Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.” (Surah at-Tahrim: 11)
Walaupun berada dalam cengkaman Firaun, Asiah mampu menjaga akidah dan harga dirinya sebagai seorang Muslimah. Asiah lebih memilih istana di syurga daripada istana dunia yang dijanjikan Firaun. ALLAH mengabdikan doanya dan menjadikannya tauladan bagi orang yang beriman.


2. Wanita yang menjaga dirinya.
Jenis wanita yang kedua ialah wanita soleh yang menjaga kesucian dirinya. Kita dapat lihat sifat ini ada pada Maryam binti Imran. Hari-harinya diisi dengan ketaatan kepada ALLAH. Maryam sangat konsisten menjaga kesucian dirinya.
ALLAH berfirman yang bermaksud: “Bagaimana mungkin aku mempunyai anak lelaki, padahal tidak pernah ada lelaki yang menyentuhku dan aku bukan seorang penzina!” (Surah Maryam: 20)
Disebabkan keutamaan inilah, ALLAH mengabdikan namanya sebagai salah satu surah dalam al-Quran dengan Surah Maryam, surah ke-19. ALLAH memelihara Maryam bukan kerana kecantikannya, tetapi kerana kesuciannya dalam menjadi hamba yang soleh.


3. Wanita sebagai pembawa kayu bakar.
Jenis yang ketiga, dimiliki oleh Hindun, isteri Abu Lahab. Mereka yang mempunyai sifat seperti Hindun ini suka menghasut, menyebar fitnah dan menjaja cerita. Di dalam al-Quran, Hindun disebut sebagai “pembawa kayu bakar” atau dengan kata lain penyebar fitnah. Bersama suaminya, Hindun tidak putus menentang dakwah Rasulullah SAW, menyebar fitnah dan melakukan kezaliman. Bicara yang sedikit menjadi besar apabila Hindun bersuara.
“Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama! Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergelora (neraka). Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah). Di lehernya ada tali daripada sabut yang dipintal.” (Surah Al-Masad: 1-5)


4. Wanita penggoda.
Jenis wanita yang keempat ialah jenis wanita yang menggoda. Ini dibuktikan Zulaikha saat menggoda Nabi Yusuf AS. Perbuatan Zulaikha ini diceritakan dalam al-Quran: “Dan perempuan yang dia (Yusuf) tinggal di rumahnya menggoda dirinya. Dan dia menutup pintu-pintu, lalu berkata, “Marilah dekat kepadaku.”.
Yusuf berkata: “Aku berlindung kepada ALLAH, sesungguhnya, tuanku telah melayaniku dengan baik.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya.” (Surah Yusuf: 23)


5. Wanita pengkhianat dan ingkar kepada suaminya.
ALLAH memuji wanita yang tidak taat kepada suaminya yang zalim, seperti yang dilakukan oleh Asiah, isteri Firaun. Namun, dalam masa yang sama ALLAH tidak menyukai wanita yang mengkhianati suaminya yang soleh. Isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth mempunyai sifat kelima ini. Saat suaminya memperjuangkan kebenaran, mereka menjadi pengkhianat dakwah.
ALLAH SWT berfirman: “… perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth, mereka berdua berada di bawah jagaan dua hamba yang soleh daripada hamba-hamba Kami, dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing, maka kedua-dua suami mereka tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka daripada (azab) ALLAH dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): “Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (neraka).” (Surah At-Tahrim: 10)
Golongan wanita yang dikisahkan al-Quran ini hidup ribuan tahun lalu. Namun, karakter dan sifatnya tetap ada sehingga kini. Ada jenis yang kukuh keimanannya dalam berjuang. Ada wanita solehah yang tetap beribadah dan tetap menjaga kesucian diri. Ada pula yang suka menghasut, menggoda dan menjadi pengkhianat. Semuanya terserah kepada kita untuk memilih yang mana.
ALLAH berfirman: “Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang memberi penjelasan, dan contoh-contoh kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu dan sebagai pengajaran bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah An-Nur: 34)

5 MANFAAT TIDUR SIANG UNTUK KESIHATAN


1. Meningkatkan Daya Ingatan.
Tidur siang dapat meningkatkan daya ingatan anda terutamanya bagi golongan warga emas. Semakin meningkat umur,mereka lebih cenderung untuk melupakan memori di masa lampau. Mengikut kajian tidur siang sekurang-kurangnya 45 minit dapat meningkatkan daya ingatan otak anda.

2. Meningkatkan Produktiviti Kerja.
Mereka yang sering keletihan akibat kerja disarankan untuk tidur siang. Ini kerana manfaat tidur siang ialah ia dapat meningkatkan kreativiti dan produktiviti kerja sekaligus memberikan anda idea-idea baru.

3. Mengubati Insomnia.
Tidur siang juga mampu mengubati penyakit insomnia atau nama lainnya ialah gejala susah tidur di malam hari. Insomnia boleh menyebabkan anda tidak dapat menumpukan pada kerja,produktiviti kerja menurun,keletihan dan meningkatkan risiko kecelakaan sekiranya anda memandu. Satu kajian telah dibuat dan mendapati tidur siang boleh membuatkan penderita insomnia menjadi lebih segar. Ini kerana jumlah waktu istirehatnya yang lebih panjang

4. Menghilangkan Tekanan.
Tidur siang hari juga baik untuk kesihatan kerana ia mampu menghilangkan tekanan anda.

5. Menyihatkan Jantung.
Tidur siang dapat mencegah penyakit jantung. Sekurang-kurangnya tidur selama 20-40 minit setiap hari pada waktu siang akan mengurangi risiko mendapat penyakit jantung dan juga stroke.

CARA UNTUK MENGELAKKAN SIHIR


1. Amalkan Al-Mu’awwizat, Nabi Muhammad SAW pernah terkena sihir yang dilakukan oleh Labid bin A’sam. Peristiwa itu berlaku untuk memberitahu dan mendidik kita bahawa terdapat surah di dalam ayat al Quran yang dinamakan Al-Mu’awwizat dimana sesiapa yang beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat itu, maka ia akan menjadi penawar.

2. Amalkan zikir al-Mathurat, kitab karangan al-Imam Syahid Hassan al-Banna yang menghimpunkan ayat-ayat al Quran dan doa-doa yang sahih yang diajarkan Rasulullah SAW.

3. Amalkan ayat Kursi yang merupakan ayat paling agung di dalam al Quran. Ia adalah pengubat dan penyembuh sihir.

4. Solat pada awal waktu dan berjemaah adalah amalan utama dari gangguan syaitan dan iblis.

5. Lazimkan diri membaca Isti’azah dan Basmallah dalam setiap pekerjaan

6. Sentiasa mengekalkan diri dalam zikrullah dan berwuduk.

7. Sihir juga boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama Surah al Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat tersebut adalah :
  • Surah al_Baqarah 2: 1-6
  • Surah al-Baqarah 2: 255-257
  • Surah al Baqarah 2:284-286

TANDA2 TERKENA SIHIR


1. Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.
Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.

2. Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.
Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.

3. Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.
Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.

4. Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar.
Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)

5. Hilang selera makan.
Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.

6. Masalah hubungan suami isteri.
Hubungan yang baik suami isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.

7. Suka Bersendirian / Sedih.
Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.

8. Kesan lebam pada tubuh.
Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.

9. Berasa tidak tenteram dirumah.
Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.

10. Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik.
Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.

11. Melihat / bermimpi binatang.
Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.

12. Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.
Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.

13. Terhidu bau pelik.
Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.

SEBAB2 KENAPA DOA TIDAK DIKABULKAN


1. Do’a kita tidak dijawab oleh Allah S.w.t kerana dosa kita. Ada hadis dari Rasulullah S.a.w dalam Sahih Muslim yang mengisahkan tentang seseorang yang mendapatkan rezeki dari jalan yang tidak halal. Kerana dosa itulah, maka do’anya tidak dikabulkan oleh Allah.

2. Kita mungkin meminta sesuatu yang haram. Misalnya jika kita berdo’a agar dijadikan orang kaya sehingga dapat menghamburkan wang untuk berjudi, kemungkinan do’a kita tidak dikabulkan Allah. Ini kerana kasih sayang Allah S.w.t kepada kita. Dia melindungi kita dari dosa berjudi itu, sebab itulah Allah tidak mengabulkan do’a kita.

3. Allah S.w.t tahu bahawa apa yang kita minta sebenarnya tidak baik. Kita mungkin berfikir bahwa apa yang kita minta itu baik, tapi Allah dengan kebijaksanaan-Nya tahu bahawa itu tidak baik untuk kita. Misalnya, kita berdo’a agar boleh menikah dengan seseorang, tapi Allah tahu bahawa pernikahan ini sebenarnya tidak baik bagi kita, kerana jika kita menikahi orang tersebut, maka rumah tangga kita akan hancur kerana ketidakfahaman sifat dengan pasangan kita, dan akhirnya kita bercerai. Oleh kerana itulah Allah tidak mengabulkan do’a kita.

4. Allah S.w.t telah menyiapkan sesuatu yang lebih baik untuk kita di akhirat. Ertinya, Allah S.w.t mungkin tidak mengabulkan do’a kita kerana Allah S.w.t ingin memberikan pahala yang jauh lebih baik bagi kita di akhirat.

5. Mungkin saja do’a kita tetap dikabulkan tapi hanya ditunda. Dan Allah S.w.t menunda do’a kita kerana alasan tertentu. Misalnya Allah S.w.t tahu bahawa ketika kita secara konsisten berdo’a, maka kita semakin dekat kepada Allah. Mungkin Allah S.w.t ingin kita semakin dekat kepada-Nya.

Alasan lain kenapa do’a kita ditunda mungkin karena Allah S.w.t sedang menguji kita. Seperti yang disabdakan Rasulullah S.a.w bahawa ketika Allah mencintai seseorang, maka Allah akan menguji orang tersebut. Apabila orang tersebut bersabar atas ujian yang dideritanya, maka Allah akan meninggikan darjatnya dan memuliakannya. Jadi ketika kita tertimpa suatu musibah dan kita merasa tidak menemukan jalan keluar, berprasangka baiklah kepada Allah. Anggaplah ujian ini sebagai kesempatan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah S.w.t.