PETUA MELAWAN SIFAT MALAS


1. Berwudhuk -
Cara begini mampu menghindarkan diri dari bisikan syaitan yang mengajak anda menjadi malas.

2. Solat di awal waktu - 
Apabila anda mudah bertangguh solat, itu bermakna anda sudah terkena tempias-tempias malas.

3. Bangun Awal - 
Bila anda bangun awal, anda akan rasa segar dan hilang rasa malas.

4. Bergaul Dengan Orang Yang Rajin - 
Anda perlu pengaruh yang kuat untuk menjadi rajin. Jika anda bercampur atau bergaul dengan orang yang malas, malaslah jadinya.

5. Bersenam - 
Ini amat penting. Anda mesti bersenam dan keluarkan peluh anda 4 kali seminggu. Pasti rasa malas akan hilang kerana minda dan badan anda akan menjadi aktif.

MISTERI SURAH AL-FATIHAH


1. AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur : Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.

2. AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian : Melepaskan rasa sakit dalaman.

3. AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental.

4. AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. Sakit yang keterlaluan

5. AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa.

6. AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit (mulut), kemudian sapu kepada tempat yang sakit. Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

14 KEMULIAAN WANITA MUSLIMAH YANG SEDANG HAMIL


1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlahpara malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. Rakaat shalat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap² tetes susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.

PETUA UNTUK MUDAH MENEMUI JODOH


1. Jodoh itu ketentuan Allah dan anda wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, akan menemukan anda dengan bakal pasangan hidup anda.

2. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

3. Cuci hati anda dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

4. Berdoa dan latih diri agar anda pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada anda.

5. Jangan mudah memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan anda. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan anda.

6. Orang akan mudah tertarik pada pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

7. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan anda. Jika anda didapati berbohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada anda.

8 DOA MURAH REZEKI DI DALAM AL QURAN


1. Ayat seribu dinar : Surah At Talaaq Ayat ke 2 dan ke 3.

2. Doa Nabi Muhammad S.A.W : Surah Ali Imran Ayat ke 27.

3. Doa Nabi Muhammad S.A.W : Surah Saba’ Ayat ke 36.

4. Doa Nabi Muhammad S.A.W : Surah Saba’ Ayat ke 39.

5. Doa Nabi Isa A.S : Surah Al Maidah Ayat ke 114.

6. Doa Nabi Musa A.S : Surah Al Qasas Ayat ke 24.

7. Doa Nabi Ibrahim A.S : Surah Ibrahim Ayat ke 37.

8. Doa Nabi Ibrahim A.S : Surah Al Baqarah Ayat ke126.