SIFAT MAZMUMAH MENGHILANGKAN BAHAGIA DI HATI



Mazmumah-makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak bahagia. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.Jadi sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Pendendam Tersembunyi Iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.

3. Hasad Dengki Amalannya hangus akibat hasad dengkinya, perlu dilontar jauh-jauh dari lubuk hati. Juga tidak baik untuk kesihatan.

4. Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air lautan walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga lagipun orang tamak selalu rugi. Ingatlah yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) walaupun rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak Sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyakkanlah bersabar bila hadapi dugaan seperti banyak kerja , tapitetap maintain vogue walau keja bertimbun yang dihadapai )


7. Ego Ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Semua org ada egonya sendiri, cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.


8. Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akanmengurangkan
amalnya. Allah marah kalau kita riak dan takabbur dengan apa yang kita ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan