PENYAKIT WAHAN



Tsauban r.a berkata, Rasululllah SAW bersabda : “ hampir tiba suatu masa, di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu..bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”

Maka salah seorang sahabat bertanya : “apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu”

Nabi SAW menjawab : “bahkan kamu pada hari itu banyak sekali..tetapi kamu umpama buih di waktu banjir. Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu..dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’..”

Seorang sahabat bertanya : “ apakah ‘wahai’ itu hai Rasulullah?”
Nabi menjawab : “ CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI..”

Pada pandangan anda..adakah apa yang diperkatakan Rasulullah SAW telah berlaku pada hari ini?

Peperangan..
Pertumpahan darah..
Saling berbunuh..
Kemusnahan..
Penderitaan..
Ketakutan..

Bosnia?
Afghanistan?
Lebanon?
Iraq?
Palestin?

Dan tatkala mereka mengharap, menyeru dan memanggil kaum muslimin..
Tanyalah pada diri anda..apakah yang sedang anda lakukan?

Adakah anda sibuk duduk di kerusi empuk?
Mengumpul harta kekayaan?
Adakah anda sibuk beratur panjang..membeli tiket pemuas nafsu hiburan?
Adakah anda sibuk membicarakan soal cinta?
Mengandaikan diri pasangan paling bahagia?
Adakah anda sibuk memuja di sebalik kotak hiburan..taksub dengan ‘berhala moden’ ciptaan sendiri?

Sudah bersediakah anda?

Meninggalkan kemewahan..
Meninggalkan kesenangan..
Meninggalan keseronokan..
Meninggalkan kebahagiaan..

Demi mereka di sana?

Semua jawapan ada di tangan anda…~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan