SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR

  • Perjalanan yang bertujuan baik, bukan untuk melakukan maksiat.
  • Jarak perjalanan ( sama ada perjalanan darat, laut atau udara ), mestilah lebih kurang 56 batu atau 91 km.
  • Menentukan tempat tujuan.Sekiranya tempat tujuannya tidak ditentukan terlebih dahulu, maka tidak harus mengqasarkan sembahyang sekalipun perjalanannya melebihi 2 marhalah.
  • Mengetahui tentang hukum harusnya sembahyang qasar bagi mengelakkan perbuatan yang sia-sia.Seseorang yang tidak mengetahuinya maka sembahyang itu adalah batal kerana dianggap beramal tanpa ilmu dan bermain-main dengan ibadat.
  • Berniat mengerjakan sembahyang qasar semasa takbiratul ihram, tanpa perubahan niat.
  • Tidak berimamkan kepada imam sembahyang tamam ( genap rakaat ) sekalipun imam itu seorang musafir.
  • Memelihara daripada sebarang perkara yang berlawanan dengan niat qasar sembahyang.
  • Masa musafir masih berkekalan ketika mngerjakan sembahyang qasar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan