Aku insan kerdil....
Alhamdulillah...bersyukur kehaadrat Ilahi kerana dapat lagi aku bernafas dan berpeluang meningkatkan ilmu dan amal di bumi yang bertuah ini...semestinya aku bersyukur kerana dapat hidup dengan aman dan damai tatkala sahabat2 kita di negara lain di timur tengah khususnya menghadapi segala macam kesulitan untuk terus pemperjuangkan nasib mereka....
Aku insan kerdil..dan semestinya aku tidak punya apa2 untuk dibanggakan...
Siapakah kita???
Siapakah kita? Siapakah kita untuk hidup bersendirian sedangkan Tuhan itu ada? Siapakah kita yang mencipta jalan sendiri sedangkan Jalan terbaik telah tersedia? Siapakah kita mahu mengeluh sedangkan nikmat tuhan sentiasa ada?
Siapakah kita yang mahu lupa padaNya sedangkan dia tidak pernah lupa memberi denyutan pada nadi kita?
Siapakah kita yang mahu membangga diri dengan kemewahan sedangkan semuanya tu dariNya? Siapakah kita yang merungut tentang kekecewaan sedangkan saat kegembiraan sedikit pun tidak teringat akanNya?
Siapakah kita mahu melanggar batas yang ditetapkan sedangkan Tuhan telah mencipta HukumNya dengan sempurna dan menjanjikan Redha pada yang mahu mengikutnya? Siapakah kita mahu menentukan nasib ditangan sendiri sedangkan pancaindera pun dari kurniaanNya?
Siapakah kita mahu membeza-bezakan bangsa dan rupa walhal Allah memandang kita sama dan Iman yang menjadi beza? Siapakah kita mahu membenci makhluk lain sedangkan kita juga makhlukNya?
Siapakah kita mahu melawan takdir sedangkan kita belum tahu apa yang berlaku dihadapan? Siapakah kita untuk diberi pujian sedangkan pujian kita untuknya pun masih belum mencukupi? Siapakah kita untuk merasa sempurna sedangkan diri masih berdoa meminta padaNya? Siapakah kita yang terus kedekut di dunia sedangkan Tuhan itu Maha Pemurah?
Siapakah kita yang mahu hidup tanpaNya sedangkan dia tidak pernah lari dari mendengar rintihan dan doa dari Hambanya? Siapakah kita yang mahu berputus asa dari rahmatnya sedangkan kita terus diberi nafas agar segera bertaubat kepadaNya? Siapakah kita mahu menganiaya orang lain dengan kejam sedangkan setiap perbuatan kita dihakimiNya?
Siapakah kita yang sentiasa mempertikaikan kewujudanNya sedangkan bukti-bukti kewujudan sudah terpampang di depan mata? Siapakah kita yang meninggalkan sujud kepadaNya sedangkan dosa tidak pernah lari dari hambaNya? Siapakah kita yang terus mempersoalkan nasib kehidupan sedangkan Tuhan dengan rela memberi sandaran yang tidak pernah rebah pada hambaNya yang berserah diri kepadanya?
Siapakah kita mahu meletakkan harapan pada manusia sedangkan harapan dari Allah tidak pernah mengecewakan? Siapakah kita untuk terus menikmati kehidupan dunia sedangkan Allah menetapkan mati itu pasti dan akhirat akan menanti? Siapakah kita untuk berbahagia di dunia tanpa mengenang dosa sedangkan Tuhan tidak pernah lupa?
Siapakah kita untuk terus berlagak biasa tanpa memikirkan dimana tahap iman kita? Bukankah kita cuma hambaNya..yang tercipta dari tanah cuma? Tuhan kurniakan agama untuk tidak mengecewakan manusia..namun manusia sentiasa mengecewakan agama.. Tuhan kurniakan akal untuk berfikir kekuasaanNya namun manusia sentiasa lupa.. Janji Allah pasti terlaksana! Hukum Allah tetap berlaku! Tatkala Allah berkata 'Kun fa ya kun" Maka bila jadi akan jadilah! Kenapa masih meraguiNya?
Kita cuma hambaNya yang hina..sentiasa meminta...Tatkala diberi pula terus lupa,tatkala diberi bala untuk mengingatinya kembali ..kita menangis kecewa denganNya..Bukankah kita patut bersyukur kerana Allah itu rindukan doa dan rintihan kita..agar kita kembali pada jalanNya?
Bila kita teguh pada jalanNya tatkala diberi ujian untuk menambahkan pahala kita mengeluh minta dijauhkan sengsara?Minta dicepatkan kedukaan hilang?
Sedangkan Allah itu menyayangi kita dan memberi ujian untuk terus mendengar kalimah kesyukuran padaNya agar dapat pertolongan pahala diberi namun kita pula yang mengelak sedangkan belum tentu Syurga milik kita dengan pahala yang baru sedikit cuma? Kita cuma hambaNya.. Matinya bila-bila..Renung2kanlah...wallahualam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan