CIRI-CIRI KEMATIAN


Dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :

"Bila mana Allah menghendaki kebaikan seseorang, diberi-Nya kedudukan yang baik."Salah seorang bertanya kepada Rasulullah : "Bagaimana cara-Nya memberi kedudukan ?"Rasulullah bersabda : "Ditunjukkan-Nya ke arah perbuatan yang baik sebelum meninggal dan setelah itu baru dicabut nyawanya."
(HR Ahmad, Tirmizi, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)


Kematian terjadi melalui 2 cara iaitu :
  • Suu-ul Khotimah (akhir kehidupan yang buruk) : manusia yang tidak beriman hingga serta mati dalam keadaan kufur, murtad dan fasik.Walaupun sebelumnya ia beriman dan rajin beribadat namun di saat akhir kehidupannya, ia kalah dengan godaan iblis laknatullah sehingga mengakhiri usianya dengan kejahatan.
  • Khusnul Khotimah (akhir kehidupan yang baik) : manusia yang mengakhiri hayatnya dengan iman dan islam.Adapun mati dalam keadaan baik itu tidak diperolehi oleh sembarangan orang.
Justeru itu, setiap orang perlu sentiasa meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.Perbanyakkan ibadat dan amal soleh selagi hayat masih dikandung badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan