9 PENYEBAB SESEORANG MENDAPAT HIDAYAH ALLAH


1. Orang yang lahir dalam keluarga yang taat beragama.
Orang ini bernasib baik, kerana dia mendapat didikan secara langsung dalam suasana kekeluargaan yang mendidik.

2. Orang yang diberi kesedaran dan petunjuk.
Dari kecil sudah menyukai kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan ilmu. Orang ini amat sedikit maka mereka termasuk orang yang diberikan anugerah.

3. Orang yang didalam perjalanan hidupnya berjumpa golongan/kelompok yang aktif mengamalkan syariat.

4. Orang yang sentiasa mencari kebenaran.
Mereka orang yang sentiasa membaca, mengkaji, membandingkan dan melihat berbagai macam ajaran dan ideologi serta bergaul dengan berbagai golongan tersebut maka akhirnya dia bertemu dengan kebenaran.

5. Orang yang mendapat pendidikan agama.
Mendengar ceramah, menghadiri majlis-majlis agama, maka dia akhirnya mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

6. Orang yang diuji.
Mungkin setelah kaya jatuh miskin, ditimpa bencana atau sakit. Maka dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekatkan diri kepada Tuhannya.

7. Orang yang mendapat kebenaran.
Atas izin Allah, dia mengalami perjalanan rohani, seperti melihat didalam mimpi adanya alam barzakh, melihat orang-orang di azab atau dia sendiri yang kena seksa.

8. Orang yang sedar setelah kehidupan dunianya serba mencukupi, tetapi didalam jiwanya kacau.

9. Orang yang mendapat petunjuk kerana ada orang soleh yang senntiasa bertaqwa mendoakannya 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan