4 RAHSIA MENCAPAI MAKRIFAT KEPADA ALLAH SWT


1. Meletakkan seluruh perhatian untuk mendapat makrifatullah dan membina kemahuan yang tinggi untuk sampai kepada Allah SWT.

2. Berusaha menjauhkan dunia sepenuhnya dari hati bertajarrud ( membersihkan hati ), yakin kepada Allah SWT dan kekuasaanNya serta berbaik sangka kepada Allah SWT.

3. Memperolehi sesuatu ( الإشراق ) dan terbuka hati untuk menerima hakikat ketuhanan ( التجلى ). Hal ini menjadi sempurna dengan jalan berfikir tentang kejadian langit dan bumi, pertukaran siang dan malam serta melakukan zikrullah dengan menghadirkan hati.

4. Peringkat Pembersihan Hati ( التزكية ) iaitu seseorang yang arif itu melupakan segala-galanya termasuk dirinya sendiri, dia tidak merasai kewujudan sesuatu pun melainkan Allah SWT. Maqam ini disebut Maqam Al-Irfan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan