PERKARA2 YANG PERLU DIJAUHI UNTUK MENJADI ORANG YANG BERJAYA DALAM KEHIDUPAN


1. Jangan jadi munafiq. Bila kita munafiq, orang dah tak akan percaya kepada kita, orang takkan beri lagi kepercayaan dan orang takkan sebut lagi nama kita. Orang yang munafiq itu antaranya bila bercakap dia bohong, bila berjanji dia mungkir dan bila diberi amanah dia khianat.

2. Jangan jadi ujub (riyak). Ujub maknanya ialah perasan baik, rasa diri telah sempurna, merasakan diri tidak ada yang orang boleh complain, ujub juga ialah merasakan diri paling sempurna di kalangan manusia. Bila dia kaya, dia rasa dia paling kaya, bila dia dapat isteri, dia rasa isteri dia paling cantik, bila dia dapat anak, dia rasa anak dia yang paling bijak.

3. Jangan membuat sesuatu perkara yang akan menyesal di kemudian hari. Nak buat sesuatu benda kena berfikir dahulu, jangan buat satu tindakan yang boleh menyesalkan kita.

4. Jangan hasad. Hasad terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama ialah hasad dengki. Hasad dengki ialah berkehendak supaya orang lain yang dapat nikmat, hilang nikmat itu. Hasad dengki juga apabila kita suka melihat orang lain ditimpa musibah. Orang yang hasad ini kata Rasulullah SAW, akan dibalas balik apa yang dia hasad.

5. Jangan panjang angan-angan tetapi tidak mahu berusaha (tu'lul amal). Cita-cita tinggi, tetapi tidak mahu berusaha, hajatnya besar tetapi malas, hajatnya hebat tetapi usaha tidak ada, inilah yang dipanggil tu'lul amal.

6. Jangan jadi orang sombong. Orang yang sombong tidak akan disukai orang. Kalau kita sombong pun kepala kita tak akan sampai ke langit dan kaki kita takkan terbenam ke dalam tanah, darah kita pun sama sahaja dengan darah orang lain,

7. Jangan menyesali sesuatu takdir yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT. Tolong jangan sebut 'kalau' misalnya jika kita sebut "kalaulah dulu.... mungkin sekarang akan...." 'kalau' macam inilah yang dilarang...Dah ditakdirkan Allah, tentulah ada sebabnya mengapa sesuatu itu berlaku.Redho.

8. Jangan jadi tamak. Jangan mengamalkan budaya tamak, haloba, apa yang ada pada tangan orang nak diambil, yang di tangan sendiri pun tak habis, nak rampas yang ada pada tangan orang lain pulak. Tetapi ada tamak yang bagus iaitu tamak di dalam mencari pahala.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan