PERKARA2 YANG MESTI DILAKUKAN OLEH PASANGAN SEBELUM & SESUDAH MELAKUKAN PERSETUBUHAN


1. Membersihkan gigi.

2. Sunat berwuduk terlebih dahulu.

3. Memakai bau-bauan.

4. Memohon ampun kepada Allah SWT.

5. Bercumbuan-cumbuan bagi menaikan nafsu isteri terlebih dahulu.

6. Bila kedua-dua pihak sudah bersedia hendaklah baca doa berikut yang diterjemahkan:

"Dengan nama Allah, ya Allah, jauhkanlah syaitan dari kami dan jauhkan syaitan dari apa yang engkau kurniakan kepada kami (anak)"

7. Apabila suami telah keluar mani terlebih dahulu sedangkan isterinya belum hendaklah suami jangan lekas-lekas menarik zakarnya sebelum isterinya mencapai kepuasan (keluar air mani).

8. Sunat bersetubuh, pada malam Jumaat dan Isnin.

9. Setelah selesai melakukan persetubuhan jangan tergesa-gesa berdiri sebaiknya berbaringlah sebentar untuk menormalkan denyutan jantung.

10. Selepas melakukan persetubuhan hendaklah membasuh kemaluan masing-masing, kemudian berwuduk sebelum tidur.

11. Suami-isteri hendaklah jangan saling melihat kemaluan antara satu sama lain.

12. Elakkan dari bertelanjang. Suami-isteri disyorkan menanggalkan semua pakaian masing-masing, tetapi keduanya mestilah menutup diri dengan sehelai selimut.

13. Ketika melakukan persetubuhan, kedua suami isteri haram membayangkan pasangan orang lain (bukan isteri atau suaminya).

14. Jangan melakukan azl (onani) tanpa kebenaran isteri. Azl ialah suami mengeluarkan air mani diluar kemaluan isteri.

15. Disunat bagi suami berwuduk terlebih dahulu jika mahu mengulangi persetubuhannya.

16. Diharamkan melakukan persetubuhan melalui dubur isterinya atau ketika isteri didatangi haid atau nifas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan