1. Haram jima’ ketika isteri haid, nifas dan wiladah. Jika bersetubuhpastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.
“Mereka bertanya kepadamu tentang haidh, katakanlah: “Haidh itu adalah suatu kotoran”, oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh, dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci, apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 222)
Dari Masruuq b.Ajda’i berkata: “Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid.” ‘Aisyah menjawab, Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh). (Riwayat Bukhari)
2. Haram jima’ melalui jalan belakang (melalui dubur) walau pun isteri. “Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.” (Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’i dari Abu Hurairah.)
3. Haram jima’ membawa ayat-ayat Al-Quran nama-nama Allah, Nabi. Malaikat dan lain lain seperti azimat.
4. Haram jima’ dalam masjid / surau.
5. Haram jima’ sedang berpuasa di bulan Ramadhan.
6. Haram jima’ sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.
7. Haram jima’ di tempat terbuka (tempat awam).
TAMBAHAN
Boleh mendatangi dari arah mana pun untuk bersetubuh, tidak kira depan, tepi atau belakang, asalkan sasarannnya ialah lubang faraj, dan bukannya lubang dubur.
Dari Jabir b. Abdulah berkata, bahawa orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata, Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya melalui belakang maka mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat suci demikian:
“Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai”. (Surah Al Baqarah – ayat 223)
Bersetubuh @ berjima’ dengan isteri adalah satu ibadah dan mendapat pahala jika melakukannya. Rasulullah s.a.w. bersabda: “…..dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala”.
Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?
Nabi menjawab: “Bukankah kalau dia meletakkan (syahwatnya) di tempat yang haram dia akan berdosa? Demikian pula kalau dia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka dia mendapat pahala.” (Hadits Riwayat Muslim).
Dan jika mahu mengulangi jima’ , hendaklah dibasuh dahulu zakar. Seperti mana sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud, “Apabila di antara kamu telah mencampuri isterinya kemudian dia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah dia mencuci zakarnya terlebih dahulu.” (Hadits Riwayat Baihaqi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan