1. Orang puji atau keji sama sahaja. Dipuji hati tidak berbunga, dikeji hati tidak pula derita, kerana hatinya sudah dengan Allah, tidak terganggu dengan kata-kata makhluk.
2. Kalau dia dipuji susah hatinya, kalau dia dikeji hatinya boleh menerimanya. Hati kecilnya berkata, " Aku hamba memanglah ada cacat celanya, patutlah kena keji ".
3. Apabila letih bekerja tidak pula marah-marah dengan orang lain yang mengganggunya atau tidak membantunya.
4. Kalau dia membuat ibadah atau buat apa-apa kerja, hatinya tidaklah pula berkata, harap-harap ada orang melihat supaya ada orang memujinya.
5. Setiap kebaikan yang diabuat dia tidak suka orang lain melihatnya, bimbang kalau-kalau hatinya berbunga.
6. Kalau dia rajin atau beribadah sama ada di waktu seorang atau di waktu ramai, sama saja.
7. Dia berbuat baik bukan kerana digesa-gesa atau disuruh-suruh, atau membuatnya kerana malu dengan manusia.
8. Kalau dia dipuji dia rajin atau berbuat, kalau dia dicaci dia tetap rajin dan tidak berputus asa.
9. Kebaikan-kebaikan yang dibuatnya, dia tak suka hendak menyebut-nyebutnya supaya semua orang tahu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan