1. Ayat-ayat Al-Qur'an yang dibaca setiap hari akan memberikan motivasi dan penyemangat bagi si pembacanya.
2. Ketika membaca Al-Qur'an,ALLAH akan menegur diri kita pada setiap ayat-ayat-Nya.
3. Bacaan Al-Qur'an yang melibatkan emosi akan memberikan kedamaian dan ketenangan yang tidak dapat
dilukiskan,seperti yang dialami dan dirasakan oleh Sayyid Quthub Rahimahullah.
4. Orang yang membaca Al-Qur'an akan sentiasa ingat ALLAH dan kembali kepada-Nya.
5. Orang yang membaca Al-Qur'an akan selalu berada dalam kecukupan dan nikmat ALLAH meski ia merasakan serba kurang di dunia.
6. Ayat-ayat ALLAH akan menjadi penjaganya selama ia hidup di dunia,kerana ia telah menjaga ayat-ayat-Nya.
7. Orang yang paham Al-Qur'an adalah orang yang memiliki banyak ilmu.
8. Orang yang membaca Al-Qur'an bagaikan orang yang sedang menyelami samudera kehidupan,dan mengambil manfaat darinya..
9. Orang yang selalu akrab dengan ayat-ayat akan diberikan jiwa yang sejuk, hati yang damai dan fikiran yang jernih, sehingga membuatnya ingin selalu beramal,kreatif, inovatif dan produktif.
10. Orang yang membaca Al-Qur'an akan selalu berada dalam kegembiraan dan penuh harapan,di saat orang lain merasakan kesedihan kecemasan dan rasa pesimis.kerana diri mereka selalu dipompa dengan siraman ayat-ayat Nya yang lembut.
11. Orang yang rajin membaca Al- Qur'an akan selalu diberikan jalan kemudahan dan petunjuk sehingga
tidak mudah untuk menyimpang dan menyerah kerana ayat-ayat ALLAH akan selalu mengingatkan dirinya ketika dirinya 'tersandung dosa dan maksiat.
12. Orang yang membaca dan menjaga Al-Qur'an selalu berada dalam lindungan dan penjagaan ALLAH.
13. Ayat-ayat Al-Qur'an mengajak pembacanya untuk sentiasa berfikir, merenung dan beramal sebanyak-banyak nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan