BERHALA UMAT AKHIR ZAMAN




"BERHALA DIDALAM DIRI ADALAH HIJAB YANG PALING TERBESAR BAGI SETIAP UMAT AKHIR ZAMAN..."

Rasulullah SAW bersabda :

"Syirik yang dilakukan umatku lebih Tersembunyi daripada semut halus yang merayap diatas batu yang besar."
(Riwayat Al-Hakim)

Dunia Akhir hari ini, hampir kesemuanya Umat Islam telahpun Diselimuti oleh "HIJAB-HIJAB" yang Menutupi KUDRAT, IRADAT, AF'AL dan SIFAT ALLAH SWT.
 
Sehinggakan segala-galanya hanya Bersandar semata-mata kepada Sebab dan Asbab, kepada Makhluk, kepada Keakuan Diri, kepada Pangkat Jawatan, kepada Harta Benda, kepada Oksigen, kepada Makanan Minuman dan lain-lainnya.
 
Yang kesemua itu pada Hakikatnya akan MENGHIJAB AF'AL ALLAH, ASMA ALLAH, SIFAT ALLAH dan jauh daripada Merasai TADBIR DZAT ALLAH SWT YANG MAHA ESA.
 
Umat Islam harini, sehinggakan hampir kesemuanya Umat Islam telahpun terkena "FITNAH SYIRIK" tersebut.
 
Iaitu, SYIRIK yang sangat-sangatlah "TERSEMBUNYI" dan Merasa Benar pula didalam Beragama sehinggakan telahpun ISTIDRAJ tanpa sedar.
 
KEWUJUDAN dan KENYATAAN ALLAH SWT sudahpun tidak lagi Dirasai didalam kehidupan Umat Islam hari ini !
 
Mereka hanya Berinteraksi (Mempengaruhi) dengan diri mereka sendiri (Pentingkan Diri), sesama manusia, makhluk yang melata dan alam jagat raya ini tanpa sedikitpun Memikirkan dan Merasai KEWUJUDAN dan KENYATAAN ALLAH SWT.
\
Kita telahpun Didoktrinkan seawal dibangku sekolah lagi, bahawa tanpa Udara (Oksigen) kita tidak mungkin boleh hidup, tanpa Air kita tidak mungkin juga boleh hidup, dan tanpa Makanan kita tidak dapat bertahan untuk hidup.
 
Maka dengan Ditanamnya Benih yang sebegitu didalam Hati kita, maka kita akan Berpegang bahawa kehidupan ini adalah disebabkan oleh Oksigen, Air dan Makanan semata-mata.
Pada Hakikatnya, siapakah yang memiliki SIFAT HAYAT ?

Yang ASMA-NYA, AL-HAYYUN... AL-MUHYI...

"SYIRIK KHAFI" itu adalah PENYEMBAHAN manusia kepada BERHALA-BERHALA HATI.
 
Berhala-Berhala terzahir yang berada di tokong mahupun kuil itu tidak akan pernah sesekali didatangi oleh Umat Islam.

Akan tetapi, "BERHALA HATI" pula yang akan menjadi Kunjungan Utama bagi seluruh Umat Islam pada setiap hari dan waktu, kerana ia berada didalam Dadanya.
 
Tetapi Hal itu tidak akan pernah berlaku kepada Umat Islam yang benar-benar Memiliki IMAN dan TAUHID yang Teguh kepada Allah SWT.
 
Umat Islam tidak akan pernah sesekali sanggup Menyembah batu, matahari dan tokong sebagaimana yang telahpun dilakukan oleh Kaum Musyrik.

Tetapi Umat Islam kebanyakannya tidak akan terlepas pula daripada MENYEMBAH BERHALA HATI, kerana BERHALA HATI itu berada bersama-sama mereka.

Berhala-Berhala yang terlihat pada zahir itu, ianya boleh sahaja ditinggalkan supaya tidak akan sesekali Menyembahnya.
 
Tetapi bagi BERHALA HATI pula, ianya terlalu sukar untuk Ditinggalkan mahupun Diruntuhkan.

Kecuali bagi Insan yang benar-benar BERIMAN sahaja yang akan diberikan Pertolongan dan Perlindungan oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda :

“Dosa Besar yang paling besar, adalah Menyekutukan (sesuatu) kepada Allah.”
(Riwayat al-Bukhari)

Sebagaimana telahpun diterangkan oleh Para AriffinBillah', yang mereka itu sangat-sangatlah ARIF didalam masalah HATI.

Bahawa, BERHALA HATI itu adalah merupakan "NAFSU". Iaitu :

Diri sendiri (Keakuan), kekayaan, harta benda, pangkat, jawatan, kekuatan, pengaruh, pengikut dan makhluk yang dipuja-puji daripada kalangan lelaki serta wanita, golongan elite mahupun para penguasa dan lain-lainnya.
 
Pada Hakikatnya, diri kita inilah sebenar-benarnya BERHALA-BERHALA yang terpaling besar dan sukar sekali untuk Diruntuhkannya !

Inilah pada Hakikatnya SEMBAHAN-SEMBAHAN HATI yang paling lumrah bagi setiap Umat Islam di Zaman Dajjal hari ini. Iaitu :

- Penyembahan kepada Nafsu atau Diri Sendiri (Keakuan).

- Penyembahan kepada Duniawi dan Perhiasannya.

- Penyembahan kepada Pangkat dan Kekayaan.

- Penyembahan kepada Kedudukan dan Jawatan.

- Penyembahan kepada Wanita dan Maksiat.

- Penyembahan kepada Harta dan Kemewahan.

- Hanya Bertawakkal kepada Kekuatan Diri atau Kekuatan Makhluk.

- Hanya Bertawakkal kepada kehebatan Sains dan Teknologi Moden. (Seperti reka cipta orang-orang 
Kafir yang Hakikatnya hanya Melalaikan, Menyesatkan dan Menghancurkan).

Pada Hakikatnya, inilah "SYIRIK TERSEMBUNYI" yang tersangat-sangatlah sukar untuk ianya Dibuang dan Dihancurkan.

Melainkan Umat Islam yang benar-benar BERIMAN dan BERTAUHID serta hanya BERSERAH DIRI secara seluruhnya kepada Allah SWT.

Hal ini Berpunca adalah disebabkan oleh Penyakit yang paling MERBAHAYA bagi Umat Islam. iaitu :

"PENYAKIT AL-WAHN" (Cinta Dunia dan Takut Mati) yang telahpun Bertahta didalam Hati.

Pesan GURU SUFI :

"Hanya Insan yang benar-benar BERIMAN, BERTAUHID dan TERASING (AL-GHURABA) sahajalah yang akan Beruntung dan Terselamat didalam Perlindungan Allah SWT di Zaman Dajjal hari ini.."

Rasulullah SAW bersabda :

"Islam datang dalam keadaan Asing dan akan kembali Asing, maka Beruntunglah orang-orang yang Terasing."

Rasulullah SAW bersabda :

"Sesungguhnya yang paling aku Khuatirkan atas kamu sekalian adalah Syirik Khafi, Riya'. Pada Hari Kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman : "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka didunia. Lihatlah, apakah engkau dapati 
balasan disisi mereka?."

(Riwayat Imam Ahmad)

Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya Allah tidak akan Mengampunkan Dosa Syirik Mempersekutukan-Nya (dengan segala sesuatu), dan akan Mengampunkan Dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang Dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang Mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan Dosa Yang Besar.”
(QS. al-Nisa’ : 48)

* PENYAKIT AL-WAHN.

"CINTA AKAN DUNIAWI TIPU DAYA YANG SEMENTARA INI DAN TAKUT PULA KEPADA KEMATIANNYA..."

Dari Tsauban, ia berkata bahawa telah bersabda Rasulullah SAW : “Hampir saja bangsa-bangsa memangsa kalian sebagaimana orang lapar menghadapi meja penuh hidangan.”

Seseorang bertanya : “Apakah saat itu kita sedikit ?”

Jawab Beliau : “Bahkan saat itu kalian banyak, akan tetapi kalian seperti buih-buih di laut. Allah akan cabut rasa takut dari dada musuh kalian, dan Allah sungguh akan mencampakkan Penyakit Wahn dalam Hatimu.”

Seseorang bertanya : “Ya Rasulullah apakah itu Wahn ?”

Beliau menjawab : “Cinta Dunia dan Takut Mati”.
(HR. Abu Daud dan Ahmad)

Didalam sebuah Hadist Rasulullah SAW bersabda :

“Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu”.

Sahabat bertanya : “Apakah penyakit umat terdahulu itu ?”

Beliau menjawab : “Penyakit itu terlah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut-menghasut sehingga jadi zalim menzalimi”.
(HR. Al-Hakim)

Rasulullah SAW pernah Mengingatkan :

“Demi Allah ! Bukan Kefakiran yang aku takutkan dari kalian. Justeru aku takut, dunia dibukakan kepada kalian dengan selebar-lebarnya, sebagaimana telah dibukakan kepada umat-umat sebelum kalian. Kemudian kalian bersaing dalam dunia, sebagaimana mereka bersaing. Dunia kemudian menghancurkan kalian, sebagaimana telah menghancurkan mereka.”
(HR. Bukhari)

Firman Allah SWT :

“Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah Permainan dan suatu yang Melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di Akhirat ada Azab yang keras dan Ampunan dari Allah serta Keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah Kesenangan yang Menipu.”
(QS. Al-Hadîd : 20)

* NOTA.

TANDA KAYA !

Bukanlah pada banyaknya Harta Benda,

Tetapi pada kurangnya KEPERLUAN.

Semakin banyaknya KEPERLUAN, maka akan semakin MISKIN.

Orang-orang yang KAYA itu ialah orang-orang yang sudah tidak MEMERLUKAN apa-apa lagi.

Selagi MEMERLUKAN sesuatu, itu tandanya masih MISKIN.

Sebab itulah dikatakannya TUHAN itu MAHA KAYA !

Kerana DIA tidak MEMERLUKAN apa-apa lagi...

Maka Pakailah Sifat Fakirmu, nescaya Allah SWT akan Menolongmu dengan Sifat MAHA KAYA-NYA.

Dan Hiaskanlah dirimu dengan Sifat Hinamu, nescaya Allah SWT akan Menolongmu dengan Sifat MAHA MULIA-NYA.

Hiaskanlah dirimu dengan Sifat Lemahmu, nescaya Allah SWT akan Menolongmu dengan Sifat MAHA KUASA-NYA.

Maka Bersifatlah dengan Sifat Dhaifmu, nescaya Allah SWT akan Menolongmu dengan Sifat QUWWAH-NYA.

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda :

“Bukanlah Kekayaan itu kerana banyaknya Harta, akan tetapi Kekayaan itu adalah Kaya Hati (Jiwa)."
(HR. Bukhari)

"MENTAUHIDKAN ALLAH SWT DAN MEMBENARKAN KEBENARAN MUHAMMAD RASULULLAH..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan