BUTAKAH KITA ?


Di zaman yang penuh dengan teknologi ini, ramai di antara kita yang BUTA.

Bila Allah sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.
Kita nampak ubat. Kita tak nampak Allah.

Bila Allah berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.
Kita nampak kebijaksanaan kita. Kita tak nampak Allah.

Bila Allah bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi.
Kita nampak kecemerlangan kita. Kita tak nampak Allah.

Bila Allah bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dalam perniagaan.
Kita nampak kegigihan usaha kita. Kita tak nampak Allah.

Bila Allah kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.
Kita nampak baiknya kita. Kita tak nampak Allah.

Bila Allah keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.
Kita nampak baiknya manusia tersebut. Kita tak nampak Allah.

Bila Allah masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.
Kita nampak hebatnya kita. Kita tak nampak Allah.

Bila Allah bagi segala jenis nikmat yang tak pernah minta dibayar dan tak terhitung.
Kita hanya nampak indahnya nikmat itu. Kita tak nampak Allah.

Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar kerana keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati untuk melihat Maha Mencipta di sebalik kejadian.

Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat Allah dalam setiap langkah kita. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.

Datang dari Allah, hidup untuk Allah dan balik kepada Allah...

#kopipes

Tiada ulasan:

Catat Ulasan