JODOH URUSAN ALLAH


Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan yang jahat atau zalim.. Contohnya, Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun Laknatullah.

Terselit hikmah disebalik yang Allah tentukan segala sesuatu.. Mungkin juga Allah hendak meninggikan lagi darjat kita di akhirat nanti.

Walaupun kita diduga dengan pasangan yang memberatkan kita, terimalah dia seadanya.. Bersyukurlah dengan Kelebihannya dan bersabar dengan Kekurangannya.

Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katakanlah kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik...tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah, Bersabarlah. Mungkin itu salah satu cara Allah nak beri syurga pada kita. Rebutlah pahala sabar dan redha kerana orang yang sabar, Allah dekat padaNya.. Orang yang dizalimi, cepat doaNya...

Jangan berputus asa walaupun kadang kala, amat berat untuk kita pikul walaupun ia amat memenatkan dan memeritkan kita, terima lah dugaan kita di dunia..

Biarlah ia berat didunia, jangan ia berat di alam akhirat.. Subhanallah...

Janji Allah tentang lelaki baik untuk wanita yang baik atau sebaliknya bukan hanya berlaku pada awal pernikahan tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju ke syurga..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan