TIPS ELAK MENGUMPAT


1. Ingatkan diri, jika kita mengumpat, secara automatik kita sedekahkan pahala kepada orang yang diumpat.

2. Jauhi dari duduk dengan kawan-kawan yang suka bergosip atau mengumpat.

3. Jika kita duduk dengan kawan-kawan, tiba-tiba mereka start aktiviti umpat, mulakan istighfar dan tegur mereka dalam nada gurauan agar mereka faham.

4. Usah dengki pada orang lain, bila dengki mula datang rasa cemburu, dan sesi umpat akan bermula bila kita mula tak suka kepada seseorang. Jadi usah dengki ya.

5. Letakkan situasi kita pada orang yang diumpat itu, mesti terasa sakit dan sedihkan?

6. Banyakkan muhasabah diri dan istighfar mohon keampunan daripada Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan