8 RAHSIA MENGEKALKAN PERSAHABATAN


1. Berkawanlah ikhlas kerana Allah.
Inilah kunci utama mengekalkan persahabatan. Apabila kita ikhlas berkawan kerana Allah, kita dapat menerima kelebihan dan kekurangannya.

2. Jangan menjadi api.
Sudah menjadi lumrah dalam perhubungan persahabatan, adakalanya timbul salah faham yang mengakibatkan pergaduhan. Ketika salah seorang menjadi api, biarlah kita menjadi air. Mengalah bukan bererti kita kalah.

3. Tanam sifat saling percaya.
Dalam perhubungan persahabatan ,adakalanya ada pihak ketiga yang cuba memporak perandakan hubungan anda. Jangan bertindak melulu. Percayalah sahabat anda kerana anda lebih mengenalinya berbanding orang lain.

4. Sentiasa berbincang.
Ketika berlakunya salah faham, ambillah masa untuk bertenang. Setelah menenangkan diri, berjumpalah dengan sahabat anda dan berbincang dengannya tentang masalah yang berlaku.
Dengar dahulu penjelasan daripada sahabat anda sebelum anda menjatuhkan ‘hukuman’. Mungkin berlakunya salah faham atas sebab masalah dalam komunikasi antara anda berdua.

5. Carilah orang tengah yang mampu membantu.
Ketika berlakunya salah faham , carilah orang tengah yang mampu membantu anda dan sahabat anda menyelesaikan salah faham.
Namun, anda haruslah berhati-hati kerana jika tersalah pilih orang, orang tengah mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan anda dan sahabat anda.

6. Luangkan masa bersama.
Masing-masing akan sibuk dengan kehidupan sendiri.Namun,carilah waktu dan luangkan masa bersama-masa. Tidak perlulah sampai menonton wayang, bersiar –siar atau sebagainya.
Cukuplah duduk berdua dan bercerita tentang diri masing-masing ketika ada waktu terluang.

7. Terimalah kelebihan dan kekurangannya.
Memang tiada manusia yang sempurna. Kadangkala kekurangannya menguji kesabaran kita.Contohnya,sahabat kita memang seorang yang panas baran.
Kadangkala tanpa sebab yang pasti kita dimarahinya. Bersabarlah.
Terima sikap itu sebagai kekurangannya sebagaimana dia menerima kekurangan kita. Manusia ni tiada yang sempurna kan?

8. Sentiasa bersama di kala susah dan senang.
Carilah sahabat yang mampu bersama di kala kita senang mahupun ketika ditimpa kesusahan. Kawan ketawa mudah dicari, tetapi kawan menangis susah dicari.
Carilah sahabat yang mampu berbahagi kesenangan dan kesusahan bersama kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan