NAMA2 KAABAH DI DALAM AL-QURAN


Nama yang utama ialah Ka’bah itu sendiri. Namun, di dalam al-Quran, ada kalanya ia disebut dengan nama-nama lain.

1) Ka’bah : dalam Surah al-Maidah ayat 97. Dinamakan Kaabah kerana ketinggiannya dari tanah, bentuknya yang empat segi dan ia terpisah dari bangunan lain.

2) Al-Bayt : dalam Surah ali Imran ayat 96 & 97, Surah al-Anfal ayat 35, Surah al-Hajj ayat 26 dan Surah Quraisy ayat 3. Ia bermaksud rumah, iaitu rumah Allah.

3) Baitullah : iaitu rumah Allah - dalam Surah al-Baqarah ayat 125.

4) Al-Bayt al-Haram : iaitu rumah suci (kerana diharamkan padanya pelbagai perkara) - dalam surah al-Maidah ayat 97.

5) Al-Bayt al-Atiq : dalam surah al-Hajj ayat 29 & 33. Ia bermaksud rumah pusaka, kerana ia merupakan rumah ibadat pertama yang dibina untuk peribadatan kepada Allah SWT.

6) Qiblah : dalam surah al-Baqarah ayat 144.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan