10 KESALAHAN PALING HOT KETIKA RAMADHAN


Tidak sahur
- Puasa orang yahudi dan orang Islam sama saja, kecuali puasa orang Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.

Sahur terlalu awal
- Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper namanya.

Terlebih tidur
- Lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah hehe.

Berbuka secara buffet sampai buncit
- Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

Membazar hingga membazir
- Lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.

Solat tarawih tapi tak qiamullail pada lailatul qadar
- Nabi kadang-kadang meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

Puasa tapi tak solat
- Puasa tp tak solat? maka sia2 puasanya. dalil? di ibarat nak bina rumah tapi takde tiang maka runtuh lah rumah tu. Ayoyo!

Sibuk beribadah, lupa cari ilmu
- Bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan, aiyoo.

Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan
- Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar, tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan
- Bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan