TAHUKAH ANDA


Merokok, apakah dia ?
Merokok adalah satu perbuatan menghidupkan api di hujung sebatang rokok yang berbalut di dalamnya bahan-bahan kimia berbahaya, menghisapnya dalam-dalam dan hembus! Seraya itu, berlari-larianlah kepulan asap hitam menyergah peparu pernafasan manusia, menempelkan salut kehitaman tar jalan. Ianya satu perbuatan berani mati, yang dilakukan mereka yang ketagihan memakan kepulan-kepulan asap hitam kerana mungkin krisis kemerosotan makanan yang melanda negara miskin menjadikan perokok bersifat kasihan. Rokok sudah cukup mengenyangkan!

Merokok, bila bermulanya ?
Kebiasaannya bermula ketika zaman muda remaja di mana pengaruh untuk nampak cool menjadi trend.
” Ah, kolotlah kalau tak merokok! Bak satu batang!”
Baru sekali cuba terbatuk-batuk. Lama-lama biasalah. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa!
Bukan fenomena luar biasa pelajar sekolah rendah seawal umur 12 tahun sudah pandai merokok. Di manakah silapnya? Bagaimana semuda itu mendapat ‘bekalan’ ketagihan mereka? Di tanahair, rokok dijual secara terbuka, mudah didapati di mana-mana, malah dipamerkan di kaunter bayaran biasanya. Best spot! Zaman remaja menjamin sifat ingin mencuba membuak-buak dan malang sekali apabila rokok menjadi sahabat anak kita.

Merokok, adakah larangannya ?
Ironi sungguh! Di setiap kotak rokok itu tertera nota , ” Merokok membahayakan kesihatan.” Di sepanjang jalan, terpampang billboard larangan. Di kaca televisyen, berulang-ulang siaran Kementerian Kesihatan. Namun kenapa masih berleluasa jualan? Cuba fikirkan. Pisau yang tajam di dapur disimpan kemas-kemas di dalam laci, dipesan-pesan kepada anak untuk menjauhi kerana tajamnya menuntut darah. Apa bezanya dengan rokok yang boleh memakan diri?

Tahukah anda, di sebalik penciptaan rokok, siapakah dalangnya? Itulah dia Yahudi.Yahudi pencipta rokok namun jangan terkejut jika Yahudi tidak merokok. Sesuatu yang taboo di Israel untuk seorang YAHUDI MEROKOK. Ironi bukan?
Itulah petikan Protokol Yahudi yang ke-10. Penciptaan rokok dan berleluasanya perokok. Tidak lain tidak bukan untuk merosakkan keturunan manusia. Kita yang terikut-ikut rentak agenda Yahudi demi mengikut aliran masa. Benarkah merokok itu nampak machodan mengikut trend semasa? Atau kita hanya menjadi bahan ketawa Yahudi kaya-raya hasil pelaburan perokok -perokok tegar?
Yahudi tidak akan berhenti menebar jala menjerat umat manusia yang lalai dan alpa sampailah telunjuk mereka kita ikuti.

Merokok, mengapa dilarang ?
Mudah! Ia perosak! Jika sekalian manusia didedahkan kandungan rokok satu-persatu, mungkin kita tidak ingin merokok lagi. Kata mudahnya, cuba kita merasa ‘lazatnya’ tar jalan. Mungkin taubat nasuha perokok-perokok tegar! Terfikir sejenak jika dapat dijadikan salah satu usaha menurunkan bilangan orang yang merokok jika cara memakan tar jalan dirasmikan di hospital.

Merokok, di mana silapnya ?
Senang! Hentikan jualannya. Buang kotaknya. Jadikan ia taboo dalam masyarakat kita. Utamakan bantuan rawatan kepada mereka yang tidak merokok berbanding yang merokok. Kerana apa? Kerana mereka berani mati. Mungkin salah etika berkata begitu, namun langkah drastik harus berlaku bagi menyelamatkan keturunan manusia daripada mewarisi baka yang kurang sihat hasil persenyawaan manusia perokok.

MEROKOK, adakah anda masih ingin MEROKOK ??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan