4 PERKARA YANG SUKAR DILAKUKAN


” Sesungguhnya amalan yang paling susah dilakukan adalah 4 perkara :

1- Memberi kemaafan ketika sedang marah.
2- Bersifat dermawan ketika susah.
3- Meninggalkan perkara haram ketika sendirian.
4- Mengatakan kebenaran kepada orang yang ditakuti.


Rasulullah telah bersabda:

من كف غضبه وبسط رضاه وبذل معروفه ووصل رحمه
وأدى أمانته أدخله الله عزوجل يوم القيامة فى نوره الأعظم – رواه الديلمى .

Bermaksud:
Sesiapa dapat menahan marahnya, melapangkan keredhaannya, menyebarkan kebaikkannya, menghubungkan silatul rahim dan menunaikan amanahnya, Nescaya Allah Azzawajal pada hari kiamat mengurniakan kepadanya CahayaNya yang Maha Agong.

H.R. Ad-Dailami.

4 KELEBIHAN KERANA MELAKUKAN DOSA


” Sesungguhnya bagi seorang hamba yang melakukan dosa, Allah SWT akan memberi kepadanya 4 nikmat:

1- Rezekinya tidak akan hilang darinya.
2- Kesihatan tidak akan hilang darinya
3- Dosa tidak akan ditunjuk kepadanya di dunia.
4- Azab Allah tidak datang cepat kepadanya.


Semuanya ini kerana sifat Allah Yang Maha Mengasihani kepada hambanya.

Nota :

Wahai saudara-saudari, maksud dari nikmat-nikmat tersebut adalah sebagai peringatan dari Allah SWT, yang mana rezeki, nikmat kesihatan, balasan di dunia dan azab daripada Allah SWt tidak akan datang kepada pelaku maksiat sekelip mata kerana Allah SWT Maha Suci dari tidur dan lupa, sepatutnya pelaku maksiat tidak perlu menunggu kedatangan azab Allah SWT baru bertaubat, kerana jika Taubat sebegini adalah seburuk-buruk taubat dan tidak memberi apa-apa erti kepada Allah SWT. Jika Allah menerima taubatnya, dia tetap tidak layak menduduki Syurga Firdaus kerana Syurga Firdaus hanya di diami mereka yang tidak pernah melakukan dosa walaupun sebesar zarah.

Sementara pelaku maksiat yang tidak pernah ditimpa azab dan kesusahan di dunia ini, pasti mereka akan menerima azab sepenuhnya atau 100% dari Allah SWT tanpa ada pengurangan sedikit pun di Akhirat kelak. sudah pasti azabnya amatlah dahsyat. Nikmat dan kesenangan hidup yang dia nikmati di dunia dahulu bukanlah nikmat pada hakikatnya kerana Allah memberi nikmat dan kesenangan tersebut tanpa redha tetapi nikmat tersebut diberi secara campak kepadanya dan di dalam keadaan marah dan Murka daripada Allah SWT. Tanpa disedari oleh pelaku maksiat tersebut, sebab itulah taubat yang dipersembahkan kepada Allah SWT tidak diendahkan oleh Allah SWT, malah Allah SWT telah mentaqdirkan kepadanya sebagai ahli atau penghuni tetap di dalam neraka, sebagaimana firaun dan qorun. Nikmat kepada pelaku maksiat adalah dalam bentuk Istidraj, nikmat yang Allah SWT berikan adalah sama taraf seperti untuk orang yang tidak beriman kepada Allah SWT.

4 NIKMAT DISEBALIK BENCANA


1- Bencana tidak menimpa agamaku

2- Bencana tidak menimpa seberat agamaku dahulu.

3- Bencana itu tidak menghalang keredhaan Allah SWT kepadaku.

4- Sesungguhnya aku mengharapkan pahala dari bencana tersebut.

RINGKASAN 40,000 HADIS KEPADA 4 KALIMAH


40,000 diringkaskan kepada 4000 hadis,

4000 hadis diringkaskan kepada 400 hadis,

400 hadis diringkaskan kepada 40 hadis

dan 40 hadis diringkaskan kepada 4 kalimah yang lengkap iaitu:


1- Jangan kamu percayakan sepenuhnya kepada perempuan.

2- Jangan kamu terpedaya kepada harta benda.

3- Jangan kamu memasukkan apa sahaja kedalam perutmu sehingga perutmu tidak dapat menanggungnya.

4- Jangan kamu mengumpulkan ilmu yang tidak bermanfaat untukmu.

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN



1- Allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan. Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatanyang kita persembahkan kepadaNya suapaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut,walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.

2- Allah menyembunyikan Kemurkaan diatas kemaksiatan kita. Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia.sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.

3- Allah menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain.Oleh itu Allah menghendaki hambaNya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya.

4- Allah menyembunyikan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.

5- Allah menyembunyikan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambanya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah banduan yang berada dibilik Akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.

6- Allah menyembunyi solat kita yang terbaik disisiNya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat.Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bernegapmegah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.

AYAT2 BIDADARI DAN NIKMAT ORANG BERTAQWA


Surah Al-Dukhan
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٍ

[51] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa.

كَذَلِكَ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ

[54] Demikianlah keadaannya dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

Surah Tur
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَعِيمٍ

[17] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya).

مُتَّكِئِينَ عَلَى سُرُرٍ مَّصْفُوفَةٍ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ

[20] Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ غِلْمَانٌ لَّهُمْ كَأَنَّهُمْ لُؤْلُؤٌ مَّكْنُونٌ

[24] Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. [Round about them will serve, (devoted) to them, youths (handsome) as Pearls well-guarded]

Surah Al-Waqiah

وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ
[10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

أُوْلَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ
[11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),

يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُونَ
[17] Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka. [Round about them will (serve) youths of perpetual (freshness).]

وَحُورٌ عِينٌ
[22] Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,

كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ
[23] Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

Surah Al-Insan

إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِن كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا
[5] Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: Sejenis minuman yang bercampur dengan “Kafur”.

عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا عِبَادُ اللَّهِ يُفَجِّرُونَهَا تَفْجِيرًا

[6] Iaitu sebuah mata air (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.

وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيْتَهُمْ حَسِبْتَهُمْ لُؤْلُؤًا مَّنثُورًا

[19] Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.

AMALAN DAN ZIKIR MEREHATKAN BADAN


Bagi mengatasi kepenatan semasa melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitanpada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :

“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.” Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:

“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.

Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.

Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”

AAlangkah baiknya amalan ini dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya Allah – Allah dari petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

5 PANDANGAN YANG MEMBERIKAN KETENANGAN




1- Pandanglah Kaabah yang mulia.

2- Pandanglah Al-Quran yang suci.

3- Pandanglah wajah kedua ibu bapa yang mulia

4- Pandanglah pemandangan bukit bukau.

5- Pandanglah lautan yang masin.

3 TANDA GOLONGAN BERIBADAT KERANA CINTA KEPADA ALLAH SWT


1- Mampu memberi sesuatu yang diCintainya dan tiada perkara yang dirisaukan, kerana Allah SWT sentiasa meredhainya.

2- Mampu melakukan amal soleh, walaupun bertentantangn dengan hawa nafsu yang dimilikinya dan tidak melayani hawa nafsu kerana keredhaan Allah SWT lebih diutamakan.

3- Setiap ketika dia mentaati perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan Allah SWT.

3 TANDA GOLONGAN BERIBADAT KERANA MENGHARAPKAN RAHMAT ALLAH SWT




1- Menjadi anutan masyarakat setiap ketika.

2- Menjadi orang yang paling pemurah dalam masalah harta kerana dia zuhud terhadap duniawi dan.

3- Sentiasa berbaik sangka kepada Allah SWT dan kepada semua makhluk ciptaan Allah SWT.

3 TANDA GOLONGAN BERIBADAT KERANA TAKUT KEPADA ALLAH SWT



1- Merasa rendah diri dihadapan Allah SWT.

2- Merasa kebaikannya terlalu sedikit.

3- Merasa banyak dosa.

TANDA2 ORANG YANG ZUHUD



1. Tidak terlalu gembira apabila mendapat sesuatu dan tidak pula terlalu sedih apabila kehilangan sesuatu.

2. Sentiasa memandang sama kepada orang yang memuji dan mencela.

3. Sentiasa berasa tenang ketika beribadat dan hati sentiasa terdorong untuk membuat amal taat.

GOLONGAN YANG TIDAK AKAN DISENTUH API NERAKA




1. Orang yang Menangis kerana Takut kepada Allah

Rasulullah SAW bersabda: “Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka: mata yang menangis kerana takut kepada Allah, dan mata yang berjaga di jalan Allah (ribat).”
(Riwayat at-Tirmizi, hasan sahih). Tangisan kerana takut kepada Allah lahir daripada hati yang ikhlas, penuh penyesalan dan tunduk pada kebesaran-Nya. Air mata ini menjadi sebab pengampunan dosa dan penyelamat daripada azab neraka.

2. Orang yang Berjaga (Ribat) di Jalan Allah
Dalam hadis yang sama, Rasulullah SAW menyebut bahawa mata yang berjaga di jalan Allah juga tidak disentuh api neraka. Maksud berjaga (ribat) ialah menjaga perbatasan Islam, mempertahankan agama, dan mengawal keselamatan umat. Mereka yang berkorban masa, tenaga, dan jiwa di jalan Allah mendapat kedudukan yang mulia.

3. Hamba yang Ikhlas Mengucapkan Syahadah
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mengucapkan ‘La ilaha illallah’ dengan ikhlas kerana Allah, maka Allah haramkan dirinya daripada api neraka.”
(Riwayat al-Bukhari). Ini menunjukkan bahawa syahadah yang diucapkan dengan penuh ikhlas dan dibuktikan dengan amal soleh menjadi perisai daripada neraka. Ia bukan sekadar lafaz di lidah, tetapi mesti hadir keyakinan dalam hati dan amalan dalam kehidupan.

4. Orang yang Lemah Lembut, Dekat dengan Manusia, dan Bertakwa
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan masuk neraka seseorang yang lemah lembut, mudah bergaul, dan dekat dengan manusia.”
(Riwayat at-Tirmizi). Sifat lemah lembut dan mudah mesra ini lahir daripada hati yang bersih dan takwa. Mereka menjadikan kehidupan penuh dengan rahmat dan kasih sayang, sehingga Allah jauhkan mereka daripada api neraka.

5. Golongan yang Dijanjikan Syurga secara Langsung
Selain itu, terdapat individu tertentu yang dijamin syurga oleh Rasulullah SAW, sekali gus tidak disentuh api neraka. Antaranya ialah 10 sahabat yang dijanjikan syurga (al-‘Asharah al-Mubashsharun bil Jannah), para syuhada’, serta mereka yang istiqamah dalam keimanan hingga akhir hayat.

12 KAUM YANG DIBINASAKAN ALLAH SWT




1. Kaum NABI NUH
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan istri Nabi Nuh (QS Al-Ankabut : 14).Kaum 

2. Kaum NABI HUD
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (QS Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).

3. Kaum NABI SALEH
Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (QS ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).

4. Kaum NABI LUTH
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyimpang, yaitu hanya mau menikah dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Kendati sudah diberi peringatan, mereka tak mau bertobat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah reruntuhan rumah mereka sendiri (QS Alsyu’araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12).

5. Kaum NABI SYUAIB
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendati mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa (QS Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).
Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah) (QS AlHijr: 78, Alsyu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).

6. Firaun
Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Ia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya berhasil diselamatkan. Hingga kini masih bisa disaksikan di museum mumi di Mesir (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).

7. Ashab Al-Sabt
Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestina). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (QS Al-A’raaf: 163).

8. Ashab Al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (adapula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (Qs Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12).

9. Ashab Al-Ukhdudd
Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yanga tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (QS Alburuuj: 4-9).

10. Ashab Al-Qaryah
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (QS Yaasiin: 13).

11. Kaum Tubba’
Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah bendungan air (QS Addukhan: 37).

12. Kaum Saba

Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Karena mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim) (QS Saba: 15-19).