SURAH YANG BOLEH MEMBATALKAN SIHIR


1. Al Kausar baca 2 x

2. Al Kafirun baca 3x

3. Al Nasri baca 4 x

4. Al Masad baca 5x

5. Al Ikhlas baca 6x

6. Al Falaq baca 7x

7. Al Nas baca 7x

BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM


Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :

1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.

2. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.

3. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.

4. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.

5. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.

6. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.

7. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

Untuk dipermudahkan hafazan :

Ayat 128
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”
Maksud : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Ayat 129
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”
Maksud : Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.



JODOH : DIPILIH ATAU MEMILIH ??


Pertama.
• Satu hal yang sering dilupakan oleh wanita adalah kemuliaan wanita tidak bergantung pada lelaki yang mendampinginya. Kenapa? Allah meletakkan nama dua wanita mulia dalam Al-Quran, Maryam dan Asiyah. Kita tahu, Maryam adalah wanita suci yang tidak memiliki suami, dan Asiyah adalah isteri dari manusia yang sangat kejam, Firaun. Apakah pangkat itu mengurangi kemuliaan mereka? Tidak.

Kedua.
• Bicara jodoh adalah bicara tentang hal yang jauh; akhirat, syurga, redha Allah, bukan semata-mata dunia.

Ketiga.
• Jodoh itu sudah tertulis. Tak akan tertukar. Yang kemudian menjadi ujian bagi kita adalah bagaimana cara menjemputnya. Beza cara, beza rasa. Dan tentu saja, beza keberkatannya.

Keempat.
• Dalam hal rezeki, urusan kita adalah bekerja. Soal Allah mahu meletakkan rezeki itu dimana, itu kerja Allah. Dan jodoh, urusan kita adalah ikhtiar. Tentang Allah mahu mempertemukan di mana, itu kerja Allah.

Kelima.
• Cara Allah memberi jodoh bergantung cara kita menjemputnya. Satu hal yang Allah janjikan, bahawa yang baik untuk yang baik. So, jadilah yang terbaik!

Keenam.

• Dalam urusan jodoh, ta'aruf adalah proses seumur hidup. Dan yang penting, jangan expect berlebihan dan jangan merasa sudah sangat mengenal sehingga berhak menafsirkan tentang pasangan.

Ketujuh.
• Salah satu cara terbaik mengenali calon pasangan yang baik adalah melihat caranya dengan empat pihak; iaitu Allah, agama, keluarga, dan kawan-kawannya.

Tanyakan pada hati sendiri. Mana di antara semua faktor itu yang paling mungkin membawa kamu dan keluarga kamu ke syurga?

Ada satu perkara yang sering orang lupa tentang jodoh iaitu jodoh bukan hanya mencari dan menunggu, tetapi ketika memang sudah waktunya, walaupun dengan apa cara dan keadaannya, dua insan itu akan Allah pertemukan. Jodoh memang rahsia, sekalipun begitu tak perlu risau menantinya, kerana janji Allah itu pasti.

Adam, andai mahu mencari Hawa.

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata, kerna Hawa hari ini tidak lagi seperti dahulu. Lihatlah pada pergerakan tangannya. Andai mudah tangan lembutnya menyentuh pada lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. "Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki / wanita yang boleh kita kahwini." .

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata. Lihatlah pada alis bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah (menabur buruk) buat suami.

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyuntingnya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih liar melihat segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Hawa, andai mahu menerima Adam.

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata. Lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerna maksiat lebih mudah jika malam sudah tiba. Khuatir, subuhnya leka dibuai mimpi nan indah.

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerna aurat suami hanya selayaknya untuk isteri.

3. Jangan dilihat pada tampan semata, lihatlah pada mulutnya tika berbicara. Andai mudah menghambur carutan dan kemarahan, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya, risau hanya kerana kesalahan kecil, isteri akan dimarah kasar.

Semakin hebat amal dan pendekatan seseorang kepada Allah, semakin Allah sayang. Bila Allah semakin sayang, pastinya Allah nak serahkan diri kita pada jodoh yang paling terbaik. Yang akan menyayangi dan menghargai kita sepenuh hati kelak.

PETUA MERAWAT PENYAKIT



1. Angin dalam badan, sakit-sakit sendi.
Baca Surah - fussilat, ayat 44.

2. Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel. Ambil & sapu pada bahagian yang disengat.

3. Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya. Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali. InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh.

4. Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri.
Surah Al - Baqarah, ayat 102.

5. Resdung.
Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan. Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada orang datang bersolat). setiap kolah masjid, 1 botol. Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung. Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83. Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'. Masukkan air ke dalam hidung & buang semula. Ulang sebanyak 7 kali Surah Al - Anbya', ayat 83.

6. Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism).
Gunakan minyak zaitun. Baca Al - Fatihah & Ayat kursi. Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di Surah At- Taubah ayat 14 & Surah Al - Hashr ayat 21.

7. Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita.
Menggunakan madu asli. Baca Al- Fatihah & Ayat kursi Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu. Makan 1 sudu sehari.

8. Angin pasang.
Menggunakan madu. Amalkan ayat- ayat ini Surah Al - Isra', ayat 82, Surah Al - Hashr, ayat 21 & Surah Ash - Shua'ra' ayat 70.

9. Penyakit darah tinggi, kencing manis & masalah jantung.
Bahan - bahan : Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah). Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang). Buah kelapa (yang berhingus).
Cara - cara : Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai. Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa. Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan. Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai. Minum air kelapa yang telah suam. Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10. Susah tidur malam.
Surah Al - kahf, ayat 11

11. Merawat histeria.
Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah. Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria. *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain. As saffat , ayat 7

[ Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din ]

TEMPAT MUSTAJAB BERDOA DI SEKITAR MEKAH


1. Hajar Aswad (batu dari syurga).

2. Multazam / Hateem.

3. Tempat Jibril mengimami Nabi Muhammad SAW.

4. Tempat Asal Makam Nabi Ibrahim.

5. Binaan Makam Nabi Ibrahim Sekarang. Berdoa di antara azan Subuh hingga Iqamat (minta kebahagiaan keluarga).

6. Pintu Bani Syaibah (tempat masuk Nabi Muhammad SAW).

7. Telaga Zam-zam. Antara azan Maghrib hingga Iqamat (minta ilmu makrifat).

8. Hijir Ismail. Selepas Asar hingga Maghrib (minta kekayaan harta benda).

9. Mizab Rahmah (Pancuran Rahmat).

10. Mustajaar (Pintu keluar Kaabah – ditutup).

11. Rukun Yamani.

12. Tempat bermulanya Tawaf (penjuru Hajar Aswad).

13. Mihrab Nabi Muhammad SAW di Madinah (bertentangan dengan pancur emas Kaabah).

TEPUK DADA TANYA IMAN


Lelaki yang badannya sado, Allah uji dengan rasa bangga mahu menunjukkan tubuh badan sehingga menampakkan aurat.

Perempuan yang rambutnya cantik, Allah uji dengan rasa mahu freehair.

Lelaki yang wajahnya tampan, Allah uji dengan dikelilingi perempuan² yang mahu menggodanya.

Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.

Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.

Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain.

Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.

Yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.

Yang susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.

Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.

Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.

Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.

Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.

Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza.

Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.

Ingatlah,

Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian.

Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian.

Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian.

Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian.

Setiap pujian juga adalah ujian.

Setiap kejian juga adalah ujian.

Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia.

Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri.

Tepuk dada tanya iman..

PESANAN UNTUK ANAK LELAKI


Apabila orang tua kita meninggal.

Turunlah dalam liang kubur dan sambutlah jenazah mereka.

Buka penutup keranda (tempat usungan jenazah), angkat jenazah Ibu Ayah kita.

Biarkan kita yang memusingkan mayat Ibu Ayah kita menghadap ke Kiblat.

Kita yang melakukan !

Bukan hanya menyaksikan saja orang lain yang melakukan.

Allahu Robbi.

Terakhir kali ini aku melihat ayah Ibu.

Biarkan kita yang merelai ikatan di kepala dan di tubuh mereka.

Pegang perlahan-lahan badan Ayah Ibu kita.

Arahkan mereka dengan baik-baik, ambil gumpalan tanah dan letakanlah di belakang tengkuk Ayah Ibu kita.
Ayah Ibu, terakhir kali inilah aku melihat mu.

Terlintas dalam hati kita sambil memegang mereka.

Kenanglah pengorbanan Ibu saat mengandung kita, saat terlahir tangannya lah yang mengelus lembut wajah kita.

Ingat sejak kita bayi, kitalah yang mengencingi wajahnya, kaki kitalah yang menendang-nendang wajahnya, tapi ibu tetap tersenyum.

Tangan yang penuh kelembutan yang menyuapkan makanan ke mulut kita, tak rela seekor nyamuk pun menggigit tubuh kita.

Siang malam ditunggunya, istirehat kurang tidurnya terganggu oleh kita. Sekarang tidur untuk selamanya.

Ingat hari pertama kita boleh berjalan, boleh bercakap, hingga sampai besar tak jarang kita membentak bahkan memaki mereka, tatapan kita yang sinis ucapan kita yang sering melukai.

Kita boleh bersekolah, kita boleh berpakaian yang elok tetapi disebalik itu ayah kita memeras keringat membanting tulang agar kita tidak dihina orang.

Ayah meminjam duit di sana sini, mengurangkan makan, menjual barang kesayangannya agar dapat memenuhi keperluan anak-anak.

Adakah kita rela sebagai anak, Ayah Ibu kita terhimpit tanah kubur, melolong, menjerit diliang lahad menanti doa dari anak yang soleh dan solehah ??

Naiklah ke atas dan duduklah di tepi kubur mereka. Hari terakhir ini lihatlah, tidak ada satu benda pun yang boleh kita berikan untuk bekalkan meeka kecuali hanya doa.

Ya ALLAH.
Aku angkat tanganku Ya ALLAH.
Aku redha Kau ambil Ayah Ibuku Ya ALLAH.
Ayah Ibu yang mendidik dan membesarkan Aku.
Ya ALLAH hari ini Aku tinggalkan Ayah Ibuku Ya ALLAH.
Aku serahkan ayah Ibu atas urusan Mu belaka Ya ALLAH.
Aku tadahkan tanganku Ya ALLAH.
Aku memohon sangat Engkau ampunkan dosa-dosa Ayah Ibuku Ya ALLAH.
Kasihani Ayah Ibuku Ya ALLAH.
Ya ALLAH, luaskan dan lapangkan kubur mereka, terangi dan cahayailah kubur mereka, bahagiakan mereka dialam kubur, jangan sedikitpun tersiksa, aku amanahkan mereka Ya ALLAH.
Ya ALLAH, jadikan setiap titisan darah mereka, keringat mereka selama membesarkan aku menjadi saksi betapa mereka menyayangi aku.
Ya ALLAH, sayangi mereka dan masukkan mereka ke dalam syurgaMu tanpa hisab Ya ALLAH.

Maka akan beruntunglah Ayah Ibu kita, apakah ALLAH akan menolak doa sebegitu ?

ALLAH SWT tidak akan menolak doa ikhlas yang datang dari seorang anak yang soleh dan solehah.

Pesanan ini untuk sahabat-sahabat yang mana Ayah Ibu mereka masih hidup.

Doakan mereka, sayangi mereka dan hormati serta memuliakan mereka disisa umur mereka kerana redha ALLAH SWT adalah redhanya Ayah Ibu, murka ALLAH adalah murkanya Ayah Ibu.

Dan bagi saudara-saudara yang Ayah Ibu mereka telah tiada, mari kita bersama-sama mendoakan mereka.

Sampai masanya kita pasti akan mengalaminya, ditinggalkan sendirian oleh orang-orang di sekeliling kita yang kita cintai.

Mudah-mudahan sampai giliran kita ALLAH SWT perintahkan malaikat Rahmat Nya untuk menemani kita.

Aaminnn..