1. Ahli As-Sabr (Ahli Kesabaran)
Golongan yang sentiasa bersabar menjalani suruhan dan sentiasa taat kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Mereka yang sentiasa menghindarkan diri dari melakukan maksiat.
2. Ahli Al-Fadl (Ahli Kemuliaan)
Golongan ini adalah orang yang bersabar menanggung kesakitan apabila dizalimi dan diperbodohkan dan mereka senantiasa memaafkan segala kejahatan yang dilakukan terhadap mereka.
3. Berjiran Kerana ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala
Golongan ini akan saling berziarah dalam berkasih sayang kerana ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Mereka yang duduk dan bangun bersama-sama dengan saudara mereka kerana ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)
4. Orang yang meninggal dalam perjalanan ke Mekah, tidak kira pergi atau balik. (hadis riwayat Jabir)
5. Golongan yang senantiasa menuntut ilmu yang membawa ke jalan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa. (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)
6. Individu yang dalam perjalanan hendak menunaikan hajat saudara seislamnya sehingga tertunai hajat tersebut dan meninggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas)
7. Individu yang mengasuh kanak-kanak sehingga kanak-kanak itu berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”. (hadis sumber daripada A’isyah r.a)
8. Orang Islam lelaki dan perempuan yang meninggal pada malam dan siang hari jumaat. (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)
9. Hamba ALLAH yang bersabar dengan ujian bala bencana pada tubuhnya ataupun pada tubuh anaknya. (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)
10. Individu yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan demi mendapatkan ganjaran ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. (Ibn Mas’ud)
11. Orang yang mati syahid mempertahankan agama Islam.
Al-Hakim dan Al-Baihaqi mengeluarkan hadis bersumber daripada Jabir secara marfu’:
“Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”
“Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan