Berhentilah meng'makbul'kan amalan diri sendiri di media sosial.

'Saya sedekah RM 3.00, Allah bayar cash, RM 3,000.00.'

'Saya solat dhuha, setiap hari, dan setiap hari itulah rezeki saya mudah.'

Banyak lagi ayat-ayat yang menggambarkan kita meng'makbul'kan amalan diri sendiri di media sosial.

Hakikatnya, kita tidak tahu.. Apa benar apa yang kita sangka tentang rezeki kita..

Bersedekah, solat dhuha, solat sunat sebelum subuh, menyambung silaturahim, mendoakan saudara dalam keadaan saudara tidak mengetahui dan banyak lagi amalan yang sememang ada dikaitkan tentang kemurahan rezeki,

Namun, biarlah ia menjadi rahsia diri kita dengan Allah. Berpadalah kita dengan cerita-cerita para Salaf al-Soleh atau mereka ang telah pergi meninggalkan kita untuk dijadikan motivasi..

Kerana amalan itu dihitung pada penutupnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan