Perjalanan yang bertujuan baik, bukan untuk melakukan maksiat.
Jarak perjalanan ( sama ada perjalanan darat, laut atau udara ), mestilah lebih kurang 56 batu atau 91 km.
Menentukan tempat tujuan.Sekiranya tempat tujuannya tidak ditentukan terlebih dahulu, maka tidak harus mengqasarkan sembahyang sekalipun perjalanannya melebihi 2 marhalah.
Mengetahui tentang hukum harusnya sembahyang qasar bagi mengelakkan perbuatan yang sia-sia.Seseorang yang tidak mengetahuinya maka sembahyang itu adalah batal kerana dianggap beramal tanpa ilmu dan bermain-main dengan ibadat.
Berniat mengerjakan sembahyang qasar semasa takbiratul ihram, tanpa perubahan niat.
Tidak berimamkan kepada imam sembahyang tamam ( genap rakaat ) sekalipun imam itu seorang musafir.
Memelihara daripada sebarang perkara yang berlawanan dengan niat qasar sembahyang.
Masa musafir masih berkekalan ketika mngerjakan sembahyang qasar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan